Sunday, January 27, 2019

Special Invitation Preview from Anantara Mai Khao Phuket

Macam mana saya dapat Special Invitation Preview ni dari Anantara Vacation Club, Mai Khao Phuket?
Ceritanya bermula begini..

Lepas je keluar dari arrival Phuket airport, saya terus pergi ke kaunter taxi untuk bertanyakan harga ke resort yang kami stay iaitu Indo Chine Resort & Villas. Ntah kenapa, tiba2 dia terus panggil seorang staff lelaki travel agent di hadapan kaunter taxi tu dan pass kan saya untuk berurusan dengan staff lelaki tersebut. Saya ingatkan sebab kami tak boleh naik taxi, kena naik MPV memandangkan kami 5 beranak dan barang2 lagi. 

Lepas tu saya dibawa ke kaunter travel agent tersebut. Bila saya bagitau sahaja nama hotel saya Indo Chine Resort & Villa, terus pula saya di passkan ke staffs kaunter sebelah dia pula iaitu Anantara Vacation Club Lounge. Aikk...makin hairan saya. Dah kenapa main pass2 gini?


Ni lah Anantara Vacation Club lounge tu. 
Person in charge yang entertaited saya adalah perempuan (serius, mula2 ingat tu lelaki..haha) kat belakang tu. Bukan yang handsome tu ya. Haha..

Ayat pertama perempuan tu tanya " where you stay here"?
Saya pun bagitaulah nama resort saya.
Terus perempuan tu pun cakap " Ok, I will send you and your family at your resort and you no need to pay the transportation, but just spend few minutes to listen my presentation"

Eh eh..dah kenapa? 
Saya tanya juga, kenapa pilih kami? Ramai lagi traveller yang keluar bersama kami tadi.
Maka dia pun bagitau yang sebab kami duduk hotel 5 stars, dan target dia pun adalah traveller yang duduk hotel 5 stars, maka sebab tu lah dia pilih kami. 
Owwhh cenggitu strategi pemasarannya...

Pada mulanya memang lah saya tak nak dengar sebab takut scammer ke, kena tipu ke atau ada hidden intention kat kami kan. Tapi perempuan tu meyakinkan kami yang just spend 10 minit sahaja untuk dengar apa yang dia nak present kan. Nanti dia akan suruh taxi hantar kami terus ke resort. 

Ok lah memandangkan masa yang kami sampai pun masih awal iaitu dalam jam 9 pagi, saya pun tadahkan lah telinga apa yang dia nak cakap. Rupanya2 dia nak set appointment untuk kami dengar preview dan presentation  kat Anantara Mai kaho Phuket sendiri. Antara benefit yang kami dapat:

1. Pengangkutan percuma dari airport ke resort kami.
2. Pengangkutan percuma lagi masa mereka nak jemput kami ke preview tu.
3. Pengangkutan percuma dari Anatara Mai Khao resort balik semula ke hotel kami.
4. Voucher bernilai THB4000 (RM500 lebih) akan diberi sebagai token dan boleh guna untuk meals, spa, shopping dan lain2.

So why not kan? 
Tak rugi pun rasanya, just spend 2 jam untuk dengar mereka berceloteh dan kentalkan hati tak join club mereka, insyaAllah tiada yang merugikan pun.

Maka lepas sahaja kami check out dari Indo Chine Resort & Villas ni, tepat jam 12:30 pm, dah ada driver yang tunggu kami di lobby resort dengan van besarnya. Perjalanan ke Anatara Mai Khao Phuket dari Patong Beach area kami duduk ni agak jauh juga. Dalam 1 jam setengah baru sampai. 


Sampai2 je...wahhhh...memang cantik..memang class...setaraf dengan 5 bintangnya tu..
Kami dijemput oleh beberapa staff disana, kemudian diberi tempat untuk menyimpan semua luggage kami (sebab nak check in hotel lain pula), dan terus dibawa ke tempat office yang sangat besar ruangnya.


Anak2 pula akan dibawa ke bilik kids activities.
Amboi..pandai betul diaorg kan..sebab tak nak bagi anak2 kacau ibu ayah masa preview tu, siap diberi bilik khas untuk anak2.


Bukan tu saja, anak2 turut dipantau oleh helper juga.
Siap dapat minum juice dan snacks serta biscuits lagi tau.
Aleesya cakap "kejap2 bibik tu datang tanya orange juice? watermelon juice? or apple juice?
Haha..terbaik servisnya untuk anak2..
Anak2 cakap tak terasa pun 2 jam kjat dalam tu..macam2 ada..
Daim pun tak cari dan tanya ibu ayah mana..hamboi!

Ok lepas tu kami pun dibawa masuk ke dalam sebuah bilik untuk person in charge tu terangkan benefit jika menjadi ahli club Anantara ni. Kami cakap tak nak, then masuk pula person in charge yang may be pangkatnya lagi tinggi untuk pujuk kami pula. Kami reject lagi. Haha..

Kemudian kami dibawa ke bilik yang lebih besar pula. Kena dengar lagi manager (agaknya) memujuk kami join club mereka. Kami reject lagi. Haha..kental kan..Ya lah mereka akan cuba memujuk kamu dari ambil pakej yang berharga RM60K sehinggalah pakej stay kat resort mereka yang bernilai RM1K lebih. Dah last reject, barulah kami diberi Voucher yang bernilai THB4000 tu.
Yeayy..kami suami isteri berjaya menepis atas bawah kiri kanan pujukian mereka untuk join club.


Antara aktiviti preview tu, kami akan dibawa untuk melihat sendiri bilik yang lengkap dengan swimming pool serta fasiliti lain. Tak dinafikan memang cantik dan class!


Dah alang2 kami kat resort mewah ni, apa lagi posing je lah kan sampai lebam..haha


Bagi chance sekali sekala feeling jadi Che Ta..


Kat luar kedai cenderahati resort ni.


Awww...muka lega yang tak dimakan pujuk rayuan supaya join club..haha


Dia pun nak juga..


Happy family..


Opsss...sekali sekala..


Sibling


Time baik, sampai berpeluk..
Time gaduh, sampai tarik2 rambut..


Dah puas posing, kami pun ke restoran yang terletak dalam resort ni..


Tengok2 menu dulu..
Cari mana yang halal.


The voucher..
Macam2 boleh diguna voucher ni..
Tapi memandangkan lepas ni kami akan check in ke hotel lain pula dan tengahari pun tak makan lagi, so kami spent voucher ni untuk makan semata2..


Macam2 kami order sebab nak cukupkan nilai voucher tu..
Tapi jangan ngam2 THB4000 pula sebab kana da service tax dengan bayaran cukai lain..
So pandai2 lah budget..


Alhamdulillah..
Syukur dengan rezeki kami haritu dan sepanjang di Phuket ni..


Antara yang kami order..
Pulut mangga wajib lah kan..
Sampai 2 pinggan kami order..


Tenderloin ni sumpah sedap dengan sos pencicahnya.
Mula2 kami ragu2 juga nak order daging ni, tapi lepas sahaja staff restoran tunjuk kepada kami sijil halal daging dari Australia, terus kami makan tanpa was2..


Sayur campur masak oyster sauce..


Set nasi Makkhani..


Telur dadar wajib ada untuk Daim..


Mushroom soup dan bread untuk Daim..


Datang Phuket jangan lupa minum air kelapa sebiji tau.
Feel dia lain macam...haha..sebab Thailand punya..


Bekas nasi pun comell je..dah lah wangi2 semua nasi..


Jus tembikai..


Oreo Shake..


Tom Yam Goong/ Udang..
Terbaik rasanya..


Antara tempat penebusan voucher tadi..
Memang banyak tempat boleh tebus..
Berbaloi..


Ni lagi tempat2 penebuasan..


Ni total harga makanan yang kami makan tadi..
Konsep voucher ni, kalau kurang, baki tak dipulangkan..
Kalau lebih, sila top up guna duit sendiri..


Dah siap makan, jalan2 sekejap kat kawasan sekitar (tempat dia besar sebab ada hotel Marriot dan hotel 5 bintang yang lain kat sini), tepat jam 6 petang, Van taxi pun datang ambil kami untuk dibawa ke hotel kami seterusnya..  Senangkan...Allah permudahkan..


Bye bye Anantara Vacation Club Mai Khao Phuket..
Pengalaman separuh hari disini takkan kami lupakan..
Terima kasih atas hospitaliti ini.
Terima kasih Allah atas peluang dan rezeki yang tak disangka2 ini..

Ok nanti bersambung cerita last day di Phuket..

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: