Tuesday, January 15, 2019

Peranan adanya jawatan di sekolah


Minggu lepas, masa Ayyunie bagitau dia masuk pengakap, ibu be like hah????
Kenapa pilih pengakap dik? Pilihlah badan beruniform yang ayu2 sikit dik.. Nanti pengakap kena kawad, dah lah uniform warna kelabu asap.. Huhu..
.
Bukan adik yang pilih, memang cikgu kelas adik yang pilih, 1 kelas adik semua masuk pengakap, 1 kelas sebelah masuk PBSM, satu kelas lain masuk TKRS...
.
Owhh cenggitu pulak..kesian kesian..haha
.
Semalam balik je dari Kokurikulum, terus masuk kereta dengan gembiranya dia bagitau cikgu pilih dia jadi Setiausaha untuk Pengakap, cikgu pilih dia jadi Bendahari untuk Persatuan Bahasa Inggeris, dan kawan2 undi dia jadi AJK untuk Kelab Bola Tampar.
.
Woww.. Ibu so impressed. Moga jawatan2 ini mampu mendidik adik lebih berkeyakinan, berdisiplin, amanah dan pandai memikul tanggungjawab sejak dari awal lagi.
.

#mananaktumpahnyakuahkalautakkenasi 
#ibudulupunpegangmacam2jawatan


Ni pula baru lepas balik Sekolah Agama dan first day pakai Uniform baru.
Kakak Aleesya jadi memegang 2 jawatan iaitu Ketua Kelas dan Pengawas. 
Ketua kena pakai uniform hijau dan pengawas kena pakai uniform pink. 
Kitaorang buat lawak kakak pakai jelah tudung hijau dan kain pink..haha
Tapi last2 Aleesya pilih uniform pink sebab tahun lepas dia dah 1 tahun pakai uniform hijau sebagai Pen Ketua Kelas.
.
Manakala adik Ayyunie pula yang baru tahun ni pindah ke sekolah agama baru sama dengan kakaknya dilantik sebagai Pen Ketua Kelas. 
.
Good luck anak2 ibu. Laksanakan amanah dengan sebaiknya! Semoga urusan kalian berdua dalam pelajaran dan disekolah dipermudahkan. 
Kita sebagai ibu bapa ni just bagi sokongan atas minat dan potensi anak masing2.
.
Daim jawatan apa? 
Jadi bodyguard ibu lah ke sana ke mari...hihi

No comments: