Pada 23 hingga 25 Disember yang lepas, saya dengan rela hatinya membenarkan both Damias menyertai Summer Camp "Kem Kecemerlangan dan anak soleh" yang diadakan di Sepang. Pada mulanya berat juga saya nak membenarkan anak2 pergi, sebab tak pernah berpisah dengan anak2 kan, apatah lagi berjauhan sebegini. Tapi ayahnya mula memberi semangat kepada saya yang anak2 kita ni makin membesar, kena percaya mereka, kena biarkan mereka berdikari sekala sekala dan yang penting dapat banyak manfaat dari summer camp ini.
Baiklah, maka saya sebagai seorang ibu terpaksa redha pada mulanya, tapi 2-3 hari lepas tu saya makin merelakan mereka pergi dengan harapan mereka makin improve dan dapat banyak ilmu dari summer camp ini.
Hari yang ditunggu2 telah tiba. Pada pagi 23hb tu, bergerak dari JB pagi, dalam jam 1 tengahari dah sampai. Btw sebelum singgah makan dulu lah, ke sana sini dulu dan baru hantar mereka.
Anak2 memang excited dari awal, ibu je yang gundah gelana ni cam mano? Haha..
Mixed feeling sebenarnya masa ni.
Sebak, penuh harapan, sedih, gembira, nervous, paranoid semua adalah.
Kami parent pertama yang sampai ke sini. Daftar jam 2 petang. So sempatlah tinjau2 kawasan kat sini.
Redup, tenang dan terpencil..memang sesuai untuk buat kem.
*Abaikan gambar yang blurr itu. Disnap oleh suami..sobss*
Eleh, ayahnya nampak je cool tu, tapi dalam hati pun ada taman juga nak melepaskan anak2 kan..haha
Amboi..Daim pun dapat rasakan yang dia pun akan berjauhan dengan kakak2nya 3 hari..
Tu yang berpaut tak nak lepas kat kaki kakak tu ya Daim.
3 ekpresi..
Ayyunie be like "alaaaa ibu ni tak habis2 ambil gambar"
Aleesya be like " yeayy 3 hari tak yah jaga Daim"
Ibu be like "muka kena senyum depan kamera, tapi hati banyak tisu, control jangan menangis depan anak2"..hihi
Sempat lagi ayahnya buat lawak..
Kat sini tak ada kem tentera ke..
Ingat nak daftarkan Daim sekali..
Biar disiplin lebih sikit...kikiki..
Lepas je berjumpa dengan pihak management dan selesai urusan pendaftaran dan tinggalkan 1001 wasiat kepada both Damias, kami pun cepat2 ke KLIA pula untuk terbang..
Tak nak bagi Daim rindu sangat kak kakak2 dia, kita bawa dia fly ok?
Padahal ibu yang takut teringat2 kat both Damias..haha
Keje gilerrr sebenarnya ni..
Lewat petang semalamnya baru beli tiket balik Kota Bharu..
Dapat balik 2 malam 1 hari pun alhamdulillah..
Kebetulan mak dan ayah mertua saya baru balik umrah sehari sebelumnya..
Ni antara persediaan ibu untuk both Damias sebelum ke summer camp.
Ibu yang lagi resah dan kalut nak bawa itu ini kata both Damias..haha
Diaorg siap cakap ibu ni nak kitaorang bawa 1 almari dan 1 dapur pergi kem ke macam mana?
Ya lah dah ibu suruh bawa roti, biskut, asam, gula2 angin, air coklat, energy bar, ubat tu, ubat ni, plastik tu, plastik ni dan macam2 lagi lah.
Si ayah siap pesan, macamlah pengurusan kem tu tak bagi makan. Sehari 6 kami makan hokeyy..haha
Lagipun tiap2 tahun saya conduct Kem Jati Diri untuk students2 saya, memang betul pun part makan tu no worries. Tapi tu lah lain anak2 depan mata kita dengan serahkan anak2 kat tempat orang ni.
Orang lain sibuk beli barang2 sekolah dan beg sekolah masa ni.
Korang berdua sibuk beli barang2 dan beg nak gi summer camp..haha
Tetiba masa ni teringat pula citer Kuch Kuch Ho Ta Hai yang budak2 gi Summer Camp tu. Ibu ayah suruh beli beg pikul besar terus senang. Nanti boleh bawa gi main salji pula tak lama lagi.
Sementara di Kota Bharu tu, management Summer Camp ni adalah juga hantar gambar2 untuk tunjuk aktiviti2 yang dilakukan oleh anak2. Terubatlah juga rindu tgk gambar2 Aleesya dan Ayyunie walaupun sipi2..
Wow..
Flying fox..
Terus terbayang mesti suara Ayyunie paling kuat menjerit nanti..
Rupanya memang pun..
Haha..
Tempat tinggal pelajar2 perempuan..
Nite walk..
Ayyunie paling takut nak masuk hutan sebenarnya..
Tapi no worries, ibu dah turunkan sikit2 ilmu sebelum masuk hutan..
Awal2 lagi dah spo Ayyunie..
Ni sesi kuliah selepas subuh..
Dah kenapa Ayyunie tak masuk barisan?
LDK
Sesi cara2 menjawab soalan dan tulis nota..
Sesi pembahagian sijil penyertaan
Dah kemana kerongsang ko dik?
Tentatif program..
Suka dengan pengisian tentatif..
Keseimbangan dunia dan akhirat gitu..
Semoga both Damias praktikkan ilmu2 dan pengalaman2 yang dapat sepanjang summer camp ini.
Yeay..pada pagi 25hb tu, kami terbang balik semula ke KLIA jam 9 pagi..
So just nice masa yang ada untuk ambil both Damias balik..
Tepat jam 2 petang, semua peserta dibenarkan balik ke pangkuan keluarga masing2..
Alhamdulillah...everything went smooth..
Terima kasih YA ALLAH..
Daim pun bukan main ceria lagi dapat jumpa semula kakak2nya..
Tamat sudah Summer Camp untuk Both Damias..
InsyaAllah, jika diberi peluang lagi, dan both Damias nak join lagi, kita bersua kembali ya.
Dan seperti yang dijangka, dalam kereta tak habis2 berebut2 masing2 nak bercerita perihal kem 3h2m mereka tu..ada misteri, teruja, best, takut, lucu dan macam2 lagi lah. Pastu siap request lagi supaya tak nak balik JB terus sebab penat sangat...amboii..
Ok demi memenuhi permintaan anak2..
Kita rehat di Bayou Lagoon Resort, Melaka dulu semalaman..
Then mereka terus bersambung2 lagi cerita kem mereka itu..
Tamattt....
No comments:
Post a Comment