Thursday, December 20, 2018

Resepi Asam Rebus Cili Padi Siakap


Jarang2 masak menu ni..
Tapi sekali sekala less is more ๐Ÿคค..
Nak2 pula time teringin sangat nak makan.. 

(Resepi asam rebus cili padi Siakap) 

*Bahan2 kisar
Cili boh/cili kering
Cili padi
Kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Sedikit ikan bilis

*Bahan2 lain
Siakap dipotong 4
Daum kesom
Bunga kantan
Asam keping
Garam & maggie secukup rasa
Air

*Cara2 membuatnya
Masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk, masukkan air secukupnya. Kalau boleh jangan banyak sebab nak kuah pekat. Kemudian masukkan pula asam keping. Dah mendidih, masukkan ikan disusuli dengan daun kesom serta bunga kantan. Last sekali masukkan garam & perasa. Tutup periuk dan masak sehingga ikan betul2 masak. Siap!

Selamat mencuba! 


Post a Comment