Thursday, December 27, 2018

Menikmati kelainan cendol di Cendol Kampung Hulu, Melaka


Lepas sahaja check out dari Bayou Lagoon Resort tengahari semalam, terus ajak ayah damia gi makan cendol yang tengah viral kat Melaka tu. Kebetulan pula kedai cendol tu kepunyaan kawan comper juga, lagilah keinginan nak mencuba cendol tu membuak2 kan..


Cendol viral yang bukan biasa2..
Bukan guna ais batu biasa..
Tapi menggunakan blok ais santan..


Topping buah-buahan pun banyak pilihan..
Durian, dragon fruits, mango, buah kabung, coktail, mangga, laici dan macam2 lagilah..
Saiz pun besar dengan harga yang mampu dimakan semua..


Saya punya...
Cendol Mangga..
Air gula melaka dia fuhh kaw kaw kaw..


Kebetulan kami sampai tu dalam 12 lebih.
So tak beratur panjang sangat..
Lepas je Zohor..barisan beratur makin panjang..
Waktu lunch agaknya..


Daim sampai sepet mata menahan kepanasan..
Mujur ada cendol buat hilang dahaga..


Pemandangan yang tidak membosankan..
Cafe menghadap sungai..
Bot-bot pun banyak lalu depan tu nanti..


Gambar keluarga wajib ada!


Makanan pun semua sedap2..
Ni mula2 kami order kebab ayam..
Terbaik!


Meat ball buat sendiri agaknya..
Saiz besar dan sedap yakmat..


3 hari turut2 dari kat Kelantan lagi Ayah Damia makan telur goyang ni..Haha


Pop Corn Chicken yang isinya tebal dan garing..
Terbaik!


Order lagi..
Kalini Kebab Daging pula..
Pun sedap..

Macam2 lagi makanan lain pun ada..
Asam pedas Ramen, Nachos, Ayam kari, Ayam masak lemak cili api dan pelbagai lagi..


Untuk sampai ke sini, kami Waze (Cendol Kampung Hulu) aje..
Ada lot parking besar juga lah kat tepi tu..
Ada jambatan juga..
So sangat cantik snap2 gambar..
Kami malas sebab panas..hihi..

Ok so lepas ni, sure akan singgah sini lagi lah jawabnya kalau ke Melaka..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: