Tuesday, October 13, 2020

"The Pasar" - Pasar yang cantik dan selesa

Minggu lepas ada ternampak Visit Johor share tentang The Pasar ni..
Kebetulan hujung minggu lepas memang nak shopping groceries dan lauk2 sikit..
So cepat2 bagitau ketua keluarga yang saya nak jalan2 sambil shopping groceries di sini..

So hari jumaat lepas, otw ke sini, singgah sarapan di WR Kopitiam Gelang Patah dulu...
Saya pernah buat entry pasal sarapan kat sini..
Wahh nampaknya sekarang makin ramai yang sarapan kat tempat ni..

Lepas sarapan, kami beriadah dan jogging kejap di Puteri Harbour tu..
Sementara tunggu The Pasar buka jam 10 pagi..


The Pasar ni terletak di dalam bangunan Puteri Cove Residence & Quayside..
Lepas parking kereta dalam bangunan, then naik lift ke ground floor.
    Sampailah ke The Pasar ni..
Waahhh...mula2 sampai..
Cantiknya lah hai pasar pun..


Masa kami pergi tu tak ramai orang..
Memang lenggang2 kangkung lah tolak troli pilih groceries..


Boleh dikatakan semua sayur2, buah2 dan lauk pauk segar2...
Dan harga pun tak mahal sangat..


Sempat posing lagi both Damias ni..
Susunan barang2 dan rak2 pun teratur..
Senang nak memilih..


Masa bayar tanya cashier..
Memang nama tempat ni Pasar ya..
Sekali adik cashier tu jawab Ya dan bagitau The Pasar ni sama owner dengan Pasaraya Maslee..
Laa kisahnya...Pasaraya Maslee tu boleh dikatakan kerap juga pergi sebab belakang office je..
Member card Maslee pun boleh guna kat sini..


Patutlah kebanyakan groceries kat Maslee pun ada dalam The Pasar ni..
Rupa2nya sama supplier..
Harga pun lebih kurang je..
Cuma kat The Pasar ni lebih luas, cantik dekonya, pilihan barang banyak dan selesa..


Tapi untuk barang2 basah dan lauk pauk, saya vote for Ben's Independent lagi syokkk..
So lepas je balik dari The Pasar ni, kami terus ke Ben's yang terletak di Medini Mall untuk sambung shopping lauk pauk pula..


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: