Salam & selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Allahumma Solli'ala Saiyidina Muhammad. Wa'ala Ali Saiyidina Muhammad.
Semoga kita mendapat syafaat daripada baginda. Aamin ya Allah.
#salammaulidurasul
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Dalam pandemic virus Covid-19 ni, macam2 thermal scanner kita boleh jumpa selain dari yang biasa kita tembak guna infrared thermometer atau yang jenis handsfree tu.
1. Thermal scanner
(face recognition) -
Medini Mall
2. Thermal scanner
(body temperature detection) -
Legoland
3. Thermal scanner
(tak tahu nama apa.. tapi bukan main wide angle lagi dia punya view) -
Sunway Big Box
New norm..
Norma Baharu..
Simpan sini buat kenangan untuk masa2 akan datang..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Lain tau resepi versi Kelantan ni sebab bahan2 tumis tidak menggunakan minyak langsung..
Atau kita panggil ni versi gulai darat..
Sesiapa yang nak try masak gulai daging versi kelate ni, boleh cuba resepi dibawah.
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging dipotong kiub
200ml santan pekat
1 cawan air
2 sudu besar rempah gulai darat
* 4 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
*1/2 sudu kecil biji ketumbar
*1/2 inci kunyit
*1 inci lengkuas
*1/2 inci halia
*2 sudu besar cili boh
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka
2 sudu besar kerisik
Garam & perasa secukupnya.
Cara-cara membuatnya:
1. Kisar Bawang merah, Bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, biji ketumbar dan cili boh hingga halus.
2. Satu kan bahan kisar bersama air dan rempah gulai darat dalam periuk dan tumis tanpa minyak hingga wangi.
3. Kemudian masukkan daging dan gaul rata sehingga sebati.
4. Masukkan pula santan pekat.
5. Akhir sekali masukkan gula melaka, asam keping, garam, perasa dan kerisik. Kacau2 semua sehingga sebati dan tutup api. Boleh juga masukkan cili besar hijau atau cili solok kalau suka.
6. Alihkan periuk ke dalam pressure cooker (setting meat 8 minit) untuk daging lebih lembut dan masak hingga pecah minyak.
Siap! Selamat mencuba.
Cupcakes ni pula tajaan dari ibu student Endang Kitchen (01129726638).
Terima kasih .
Bolehlah dijadikan dessert lepas makan nasi berlauk gulai daging ni.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Yang mana pokok di tanam di dalam tanah kepal atau bebola lumut..
Sesuai untuk tumbuhan dalam rumah dan tidak memerlukan banyak cahaya matahari.
Yang penting mudah dijaga dan mudah dialih-alihkan mengikut ruang yang ada.
Cara penjagaan rendam bebola kokedama ke dalam air selama 2 minit, lepas tu toskan sehingga air tidak menitik dan letak kan kokedama di atas piring.
Ataupun boleh juga curahkan air ke dalam piring dan kokedama akan menyerap air dari piring.
Tips nak tahu kokedama ni perlu kan air atau tidak adalah melalui berat bebola ni. Kalau kita angkat dan ringan, maksudnya kena rendam.
Bukan pokok2 hiasan je ditanam dalam kokedama sekarang, pokok2 cili, daun kesum, daun selasih dan macam2 jenis pokok tanaman harian pun dah mula ditanam dalam kokedama.
Harga pula bermula dari RM15 ke atas tengok saiz dan jenis pokok. Ni saya beli di Harbour Market Puteri Harbour malam minggu aritu.
Sekian ilmu kemahiran hidup dan Seni serta sains & teknologi pagi ni..
p/s: Lepas ni boleh lah hunting kokedama lagi ;-)
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Rajin saya buat Laksa Siam atau dikenali dengan Laksa Thai juga ni..
Laksa Siam ni memang kena makan dengan ulam-ulaman meriah baru sedap..
Nak2 daun pudina dan daun selasih tu..
Berangin je dalam mulut..
Ni pun ada yang tak cukup lagi ulam.
Ulam burung tenggek dan terung bulat2 warna putih tu 3 pasaraya cari tak jumpa..
Ater bak katanya ayah damia memang lah tak jumpa cari kat pasaraya..
Cuba cari kat pasar2 biasa mesti jumpa..hihi
Untuk laksa siam ni, kuah lemak ikan tu kena pekat dan kaw kaw baru nikmat.
Laksa beras lembut tu pula kiriman pos dari Pantai Timur.
Tak payah rendam, tak payah rebus.
Hanya kukus semula je dalam 10 minit..
Memang perfect kombinasinya..
Bahan-bahan untuk Kuah Laksa Siam
*4 ulas bawang merah kecil
*2 ulas bawang putih
*1 batang serai
*1 inci kunyit hidup
*2 sudu besar cili kisar
*5 tangkai cili api merah
*3 tangkai cili besar merah
*2 inci belacan
*2 batang akar ketumbar
500 gram ikan kembung
1 inci lengkuas dihiris nipis
1 kotak santan yang 500 liter
2 -3 keping asam keping
1 liter air
3 helai daun limau purut
5-6 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan dibelah 4
Garam, gula dan perasa secukupnya
Cara-cara membuat Kuah Laksa Siam
1. Rebus ikan dengan 2-3 keping asam keping bersama sedikit garam. Pabila dah masak, biarkan sejuk seketika. Asingkan isi ikan dengan tulang. Kemudian kisar isi ikan sahaja sehingga halus. Tulang dan kepala ikan tak perlu untuk elakkan kuah laksa siam daripada jadi gelap.
2. Kisar semua bahan yang bertanda * hingga halus. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dengan santan, hirisan lengkuas, asam keping, bunga kantan yang dibelah 4 dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
3. Apabila dah mendidih, masukkan isi ikan yang dikisar tadi. Kacau2 hingga rata. Kemudian baru masukkan daun limau purut, daun kesum dan perasakan dengan garam, gula dan perasa. Masak dengan api sederhana kecil hingga naik bau dan layu. Dah siap, tutup api.
4. Kuah laksa siam ni seelok-eloknya nak makan tenghari, masak pagi. Nak makan pagi, masak malamnya lagi kerana lagi lama, lagi sedap kuahnya sebati dan berbau wangi.
Untuk ulam, saya lebih suka potong kasar2 macam timun dan kacang panjang tu.
Manakala untuk ulam-ulam yang berdaun, saya lebih suka letak macam tu je dalam hidangan, pabila nak makan, baru petik daunnya satu2 gaul sekali dengan laksa dan kuah. Baru lebih terasa.
Dan kuantiti ulam pun tak perlu banyak sangat, cukup serba sedikit.
Selamat mencuba..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Saya recommendkan try masak menu Siakap Kengsom ni...
Sebab rasanya yang masam2 kombinasi nenas, air asam jawa dan perahan limau nipis tu..
Boleh membangkitkan selera nanti..
Kalau tak suka siakap..
Boleh je tukar dengan ikan lain seperti jenahak, kaci atau kerapu..
Yang penting cara penyediaan dan bahan2 cukuplah mudah..
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap
* 4 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 inci kunyit hidup
* 6 tangkai cili api
* 2 tangkai cili merah besar
* 2 batang serai
* 1/2 sudu besar belacan (dibakar)
* sedikit air (agak2 paras bahan2 nak blend)
1 sudu kecil paste asam jawa adabi (nak lagi masam boleh tambah)
2 sudu perahan air limau nipis
Nenas yang dipotong
kangkung
Garam & perasa
Cara-caranya:
1. Mula2 blend semua bahan2 yang bertanda*.
2. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak sekali bersama nenas sehingga mendidih.
3. Masukkan pula air asam jawa, garam dan perasa.
4. Kemudian masukkan ikan dan tutup periuk untuk ikan masak sekata.
5. Apabila ikan dah masak, bolehlah masukkan kangkung dan perahan air limau nipis. Siap!
Selamat mencuba..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Happy 13th Sweet Birthday my first born, Damia Aleesya..
Saya percaya ramai yang follow blog ni since Aleesya kecil usia 2 tahun lagi kan....
Tup tap tup tap..
Dah masuk alam remaja pun dia..
Selamat Hari Lahir Damia Aleesya Bt Khairuddin...
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..
Selamat membesar menjadi anak yang solehah dan bidadari syurga selamanya walau dimana pun kamu berada...aaaminn..
Dikesempatan hari istiwewa Aleesya, kami bawa dia untuk birthday Lunch di Impiana Hotel Senai..
Daim...kenapa makin bam bam ni..
Tu lah banyak sangat makan..huhu..
Tersenyum melalui mata gitewww...
Ni bukan mangkuk tingkat bawa dari rumah ya..haha..
Ni memang Tiffin set untuk lunch..
1 set ada ayam masak lemak cili api, ikan tenggiri masak asam pedas dan Kambing Masala..
Sesuai untuk 2 orang setiap 1 set..
Tak membazir dan tak terlalu kenyang..
Ater lepas tu nak sambung jjcm lagi kan...
Termasuklah ulam-ulaman dan sambal belacan..
Untuk Daim add on lagi 1 nasi tambahan..
Habis ko 1 pinggan nasi tu..
Mana lah tak bam bam kan...haha..
Time nak bayar cashier kata tak pe tak payah bayar nasi Daim tu..
Alhamdulillah...rezeki juga tu..
Then saya add on high tea set ni pula..
Untuk dijadikan appetizer & dessert..
Alhamdulillah...
Tak kira celebrate di mana atau bila..
Asalkan sentiasa bersama keluarga..
Makan macam ni pun jenuh nak habiskan..
Jeng jeng..sesi bagi hadiah untuk kakak ya Daim..
Thank you kakak sebab selama ni selalu tolong jaga adik2 terutama Daimlah masa ibu ayah pergi kerja..
Agak2 apa ya tu Aleesya?
Hadiah yang dia nak sangatttt..
Sebelum tu dah 2x masuk starbucks pujuk ayah dia beli botol air ni..
Tapi ayahnya reject..
Bak kata ayahnya tak padan ngan harga botol kecik je..
Dah lah susah jaga sebab ada pengalaman beli botol2 air starbucks ni (bukan pattern ni) kat Jepun mudah pecah..
Tapi sebab nampak dia asyik dok bagi hint2 je..
Last2 ayah dia beli buat suprise..
Nanti tengoklah kat video bawah tu ekspresi Aleesya..
Gambar 1 family wajib ada..
Lagi2 norma baharu ni memang wajib bergambar pakai mask kan..
Boleh dijadikan kenangan untuk tahun2 akan datang..
Syukur alhamdulillah..
Tak berkurang, tidak pula berlebihan dalam sambutan hari jadi Aleesya kalini..
Janji 1 keluarga bersama..
Semoga membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat ya Aleesya..
Orang kata, anak2 makin besar makin jauh dengan kita..
Tapi harapan ibu ayah semoga selalu ingat kat kami dan titipkan doa untuk ibu ayah ya tak kira walau berada di mana...aaaminn..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
The Grocer's Kitchen ni berada dalam Ben's Independent Grocer, Medini Mall.
Ayah Damia lah ni, craving sangat2 nak makan menu ni..
Ni kami lunch hari sabtu lepas..
Dalam platter ni, kami dapat:
Striploin
Rib Eye
Lamb shoulder
Chicken breast
Chicken thigh
Chicken sausage
BBQ Chicken skewer
Honey Mustard Chicken skewer
Beef Kebab
(Semua grill)
Mashed Potato
Memang big big portion sungguh platternya..
Kami makan 5 beranak pun tak habis..
Suku hidangan tapau bawa balik..
Berapa harganya?
RM115 tidak termasuk tax dan minuman..
Berbaloi kan harganya dengan portion besar sebegini..
Rasa macam mana?
Ada yang ok, ada yang kurang ok..
Macam grill lamb shoulder tu masin sikit, Striploin kami minta "well done", tapi dagingnya still pinkish2 lagi. Yang ni tak habis makan, tapau bawa balik, then masa makan masuk dalam air fryer bakar lagin dalam 10 minit, baru licin..hihi..
Yang lain2 ok lah just nice rasanya..
Makan time panas2 lepas grill memang sedap..
Daim excited tengok benda alah ni..
Bila order kita dah siap, nanti benda alah ni akan menyala, berbunyi dan vibrate.
.Then kita yang kena ke kaunter untuk pick up order..
Syokk eh Daim tengok benda ni gerak2..haha
Ok lah..layan video makan2 kami..
Craving satisfied ya bang..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Antara tempat yang saya aim nak bawa anak3 pergi..
Book Xcess ni terletak di shopping mall Sunway Bix box di Sunway City Iskandar Puteri.
Masa kami pergi hari sabtu lepas memang tak ramai orang pun..
So tak lah segan silu sangat nak ootd kat tempat instagrammable ni.
Mula2 masuk..
Daim dah nampak gambar2 Superhero ni..
So dia pun nak jadi Superhero juga..
Ayah damia bersama potret2 celebriti2..
Panjang akal sungguh Daim masuk dalam ni...
Cafe nampaknya tutup masa kami pergi..
Tak pasti tutup sementara atau sepanjang PKPP ni..
Dia dah jumpa port ootd dah..
Adik pun nak ootd juga..
Pintu masuk ke dalam kids room..
Kat dalam ni banyak buku2 budak2 je..
Macam mana lah erkk diaorg susun buku2 ni sampai atas sana..
When books combine with art..
Nampak sangat class dan sungguh instagrammable...
Dulu2 zaman bercinta..
Tempat banyak buku2 ni lah jadi tempat dating..
Korang pun sama kan kan kan..
Alhamdulillah..
Merasalah masing2 dapat Anugerah Dekan..
Nampak Aleesya tak?
Halah halah..
Daim pun nak ootd juga..
Lambai crush ke tu Daim..
Lepas dah masing2 ootd..
Masing2 ntah ke mana dah dengan buku2 yang dipilih masing2...
Daim wajiblah membaca dengan ibu..
And finally..
Daim sorang je beli buku..
Beli buku phonics tapi nak gambar car..
Ok layan..
Ayahnya rajin ambil video..
So kita up buat kenangan..
Happy watching..