Kalau tahun lepas kami sekeluarga bermain salji di Hakodateyama Ski Resort, Osaka.
Tahun ni kami berpeluang lagi bermain salji di Gala Yuzawa Ski Resort, Tokyo pula.
Untuk ke Gala Yuzawa, perlu naik bullet train atau nama Jepunnya Shinkansen.
Kalau siapa2 yang ambil JR PASS, dah cover tiket untuk ke Gala Yuzawa.
Erti kata lain free lah. Sebab kalau nak beli tiket harga walk in, agak pricey juga iaitu dalam 7,000 Yen (RM260 lebih) sehala.
Tapi macam kami memang tak beli apa2 pass pun sepanjang di Tokyo.
Kebetulan pula admin dalam group FB "Road To Japan (RTJ)" buat trip ke sini pada tarikh yang sama kami plan nak ke sini, terus ambil trip dengan admin tersebut dengan bayaran 5,000 yen return dan untuk Ayyunie (bawah 12 tahun) bayaran 2,500 yen return. Daim free lagi sebab belum cukup 4 tahun.
Nama pun bullet train. Semestinya laju lah kan..
Walaupun saya tak rasa laju duduk dalam train tu.
Bak katanya ayah damia, train tu stabil. Sebab tu orang kat dalam train tu tak rasa laju.
Tapi kalau duduk kat luar, boleh tengok kelajuan maksimum sehingga 320 km/h
Dah lah 2 tingkat...memang stabil dan tak bergegar.
Tempat duduk pun luas dan selesa. Siap boleh connecting wi-fi juga.
Perjalanan dari Ueno station ke Gala Yuzawa hanya mengambil masa 75 minit sahaja untuk jarak 200km. Memang canggih dan hebat.
Alhamdulillah, dapat merasa dan naik Shinkansen ni
Bila dah sampai di train station Gala Yuzawa, maka bermulalah misi untuk hunting pakej2 yang disediakan. No worries, ramai je nanti staffs kat sini yang akan approach kita dan terangkan pakej2 yang ada disini. Jangan tak tahu ada staffs yang bekerja kat sini from Malaysia juga. Saya rasa tu students Malaysia yang boleh berbahasa Jepun. Admin RTJ tu pun ada juga terangkan kepada kami pakej2 yang ditawarkan.
Antara tiket yang wajib dibeli adalah tiket Gondola untuk naik keatas dengan bayaran 1,800 yen.
Yang lain2 boleh add on.
Inilah pemandangan sepanjang kami naik gondola.
Cantiknya gunung ganang diseliputi salji..
Dah sampai kat atas..
Tak lama pun naik gondola ni..
Yeahhhh...this is Gala Yuzawa..
Kami bergambar bersama admin RTJ (kiri sekali) dan bersama lagi 1 family yang turut serta.
Nampak tak tangan Daim pegang apa tu?
Ice ball maker hadiah dari admin RTJ tu...
We are happy here..
Halah halah Daim...sambil main sambil makan Churros..
Dah itu je pun makanan yang kami yakin halal ada kat dalam Ski Resort ni..
Family potrait wajib ada..
Dia punya happy sampai baring2 atas salji ya Aleesya
Ni memang gemuk atau nampak gemuk sebab pakai baju 3 lapis ni...huhu
Oh ya ayah damia ambil pakej gondola ticket + snow boot + glove (boleh bawa balik) + slide dengan bayaran 3,800 yen.
Selfie sendiri2 guna wifi connecting camera..
Yang lain minta tolong snap semua tak endah dah...
Sibuk main salji..
Happy yakmat lah Daim..
Ada orang tarik slide dengan dia2 sekali...
Kalau malas nak berjalan untuk ke tempat main slide, masuk je dalam terowong ni..
Ulang alik ulang alik lah ya korang nak main slide tu..
Daim start dulu!
Yeayyy berjaya tak jatuh..
Dah puas main kat bawah, kami naik ke atas lagi pula dengan menggunakan chairlift.
Yang ni sightseeing package.
Kena add on 1,000 yen untuk naik ke atas dengan chairlift ni.
Subhanallah...pemandangan sungguh indah..
Takut sampai menjerit2 hah Ayyunie..
Saya pun takut juga, giler tak takut naik curam sampai ke atas dengan chairlift ni..
Dengan sejuk yakmat lagi..
Tangan kebas pun gigih rekod dan ambil gambar.
Air mata sampai mengalir sebab sejuk sangat..
Tapi bila dah sampai puncak ni..
Subhanallah...indah sangat pemandangan ..
Lagi2 diseliputi salji kan..
Tumpang bergambar kat olaf orang buat...hihi
Wahhh...bukan main happy lagi semua ya..
Budak3 yang excited..
Sejuk2 pun apa ada hal kan..
Cantik gunung kat belakang..
Bubuh salji dalam botol nak bawa balik Johor ke Daim...
Bukan budak2 je excited..
Yang dewasa pun excited juga..
Sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk
The amazing view
Dah tak tahan sejuk kat puncak atas, kita turun bawah balik..
Tu ayah damia dengan Daim kat atas chairlift..
Dah turun bawah, apa lagi??
Sambung main slide lah..
Ayah Damia siap sewa lagi satu slide dengan bayaran 1,000 yen..
Tu dia...
Baru boleh race kan..
Nampaknya Daim dan Aleesya yang mendahului...
Masa kami pergi 24 Jan 2020 ni, kejap2 turun hujan, pastu panas balik..
Alangkah indahnya kalau turun snow fall kan..
Our hero!
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki dan peluang ini.
Tak kira dimana, asalkan bersama keluarga tersayang..
Mudah-mudahan kami berpeluang dan ada rezeki lagi main salji tahun depan.
Kalini biarlah disertakan dengan snow fall pula..
Aaaamin.
Sedikit kenangan yang diabadikan dalam video untuk tatapan anak3 akan datang..
Happy watching..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment