Monday, August 29, 2022

Pengalaman renew passport Daim selepas 5 tahun


1st  passport: Daim 9 bulan
2nd passport: Daim 6 tahun
Beza memang berbeza kan...;-)

Alhamdulillah, rezeki Daim passport 5 tahun tu berkesempatan ke:

2017 -  Gold Coast, Australia & Boracay Island, Philipines
2018 - Hong Kong & Phuket, Thailand
2019 -  Osaka, Japan 
2020 -  Jeju, Korea & Tokyo, Japan

2021 je tak ikut ibu & ayah ke Dubai & Turki sebab banyak SOP dan anak3 pun tak sanggup nak kena cucuk hidung tekak buat PCR. 

Gambar kat atas tu 1 barisan untuk yang walk in, dan 1 barisan lagi untuk yang renew online..

Ni ibu share pengalaman masa nak renew passport Daim (anak bawah 12 tahun) secara WALK IN di UTC Johor pada 14 Ogos 2022 haritu. Prosedur mungkin berubah dari semasa ke semasa lagi2 selepas pandemik ni kan.

Yang perlu dibawa:

  1.Mykids & salinan 1 keping
  2.Surat beranak & salinan 1 keping
  3.Kad pengenalan ibu atau bapa & salinan 1 keping (tengok siapa yang bawa anak)
  4.Passport lama anak

* Dan anak sebaik-baiknya pakai baju bewarna gelap atau tudung gelap*

Ni pengalaman ibu sendiri bersama ayah Damia dan Daim:

7:30 am: Beratur depan pintu masuk  UTC (tingkat 3 tempat parking) - orang yg ke 7.

8:00 am: Berlari2 anak & sampai ke pintu Imigresen (tingkat 2). Duduk di kerusi bahagian WALK IN.

8:10 am: Dapat nombor - orang yg ke 5.

8:15 am: Urusan di kaunter masuk untuk check dokumen.

8:20 am: Urusan di kaunter passport dan ambil gambar.

8:35 am: Selesai & tunggu no di panggil untuk pembayaran.

9:00 am: No di panggil dan bayaran hanya melalui kad debit atau kad kredit sahaja. Caj kanak2 RM100. Passport akan dapat selepas 1 jam pembayaran dibuat.

10:05 am: Nama anak dipanggil untuk mengambil passport. Sila double check segala maklumat dalam passport.

Sekian.. Ok Daim kata dah boleh pergi tempat Aqil Zulkifli main snow.. 
Adududu.. Ibu nak bawa Daim makan murtabak zam zam je ni ;-)



   Ramai juga yang bertanya ibu bapa boleh tumpang renew sekali tak dengan anak yang WALK IN?
Itu tak pasti....Tapi ada terbaca kat komen pages mana ntah dah lupa, yang ibu bapa tetap kena renew online juga, cuma masa nak collect passport tu boleh selit sekali beratur kat barisan WALK IN..

Then ada juga yang tanya sekarang memang tak boleh WALK IN macam dulu2 ya kalau nak renew passport?
Ya, memang dah tak boleh WALK IN kecuali untuk kanak2 bawah 12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas, OKU dan juga yang baru first time nak buat passport je boleh WALK IN..

Semoga bermanfaat....
      








::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: