Alhamdulillah..
Dah selamat sampai bumi Kelantan pada 28 Ramadan..
Bertolak pada hari jumaat malam lepas Majlis Iftar Reunion Alumni Pusat Bahasa Pelangi dalam jam 10 malam..
Sampai di Pasir Mas, Kelantan jam 9 pagi..
Trafik sangatlah lancar langsung tak jem.
Cuma kereta memang banyak lah atas highway tu..
Bawa mak iftar di luar..
Sama2 nak merasa kemeriahan Ramadan macam dulu2 sebelum Covid..
So happy mak dapat berbuka dengan anak menantu cucu2 setelah 2 tahun tak beraya di kampung..
Haha.. Cikgu Khai buat lawak apa lah tu..
Woww.. Aneka coleksss..
Lepas Terawih baru kita makan ya..
Kami memilih untuk berbuka di Restoran Selera Tepi Sungai.. 4 hari sebelum balik lagi dah tempah meja siap2 kat sini.. Lauk pauk pula nanti pihak restoran akan hantar video lauk pauk dan kuih muih haritu, untuk kita pilih dan simpankan siap2 untuk meja kita.. Masakan panas yang set pun ada..
Ni lauk pauk yg kami pilih..
Ada ayam percik, ayam masak kicap, gulai daging kawah, gulai ikan kering, paru berlada, ulam-ulaman dan macam2 lagi...
Anak3 kata lambatnya berbuka kat Kelantan ni.. Beza 12 minit dengan JB..kat restoran ni juga turut disediakan surau yang selesa utk solat maghrib..
Sesudah berbuka, kami semua solat Isyak dan Terawih di Masjid Besar Tanah Merah ni..
Sesudah Terawih, apa lagi?
Misi mencari coleksssss lah jawabnya..
Macam2 coleksssss ada..
Mak makan colek perut tu..
Kami sekeluarga memang tak makan perut :-)
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment