Monday, March 14, 2022

JJCM Negeri Sembilan || Grobok Salai


Podehh oiii Podehh..
Sekali gaso pasti tak lupo..


Yoo.. Memang tak lupo punyoo..
Sebab dio punyo raso memang mantoppp.. 
Walaupun sambil makan sambil sik sik menahan podehh . 
Berjurai peluhhh hah...


Bagi peminat masakan lemak cili api salai, bolehlah cuba 'menahan kepedasan' disini. Highly recommended. Sedap secukup rasa. Macam2 makanan lain juga ada. Tempat besar dan selesa. Parking luas. Dah macam R&R ramainya pengunjung. Tadi ada persembahan busker juga.


Ada macam2 salai.. Itik salai, ayam kampung salai, keli salai, daging salai dan macam2 haiwan lah dimasak lemak cili api tu. Cuma sanggup tak sanggup je menahan pedas tu. Anak2 kata makan lauk saja tak ambil kuah pun dah pedas. Amboii yang korang makan ramen 3x pedas tu boleh pula tahan ya 


Macam-macam kek ada..
Bolehlah buat hilang pedas nanti dessert sejuk2 ni...


Kuih muih pun banyak pilihan...


Pilihan kami..
Total RM75..


Peringatan ikhlas dari kami, orderlah air minum lebih dari biasa. 
Kalau tak, boleh bawa gaduh oooo masa makan 


Nak bagi hilang pedas, kita sweet-sweet lah sikit..kih kih..


Senyum dalam kepedasan gitu...


Budak yang tak tahan kepedasan..
Makan pun sambil mulut ternganga..hahahaha
Cepat2 dia order air kelapa muda ni hah buatt hilang pedas..
RM5 sebiji kelapa...


Selalu baca orang kata kena beratur kalau makan kat sini..
Rezeki kami sampai hari jumaat haritu dalam 11 lebih tak payah beratur..
Walaupun orang ramai full house..


InsyaAllah..
Next time boleh repeat lagi makan kat sini..
Highly recommended..
Makanan semua cukup rasa..
Cuma untuk anak3 next time kena pilih lauk kurang pedas lah..


Sedondon pula Daim dengan papan tanda tu ya..


Lokasi keluar je Tol Pedas Linggi, terus belok ke kanan. 
Jalan terus dalam 2km, sampai. Susah2 Waze ada.


Selamat mencuba..






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: