Alhamdulillah....
Congratulation Ayyunie jadi Superstar sekolah.
Penyampaian anugerah berlangsung pada 15 Februari 2022.
DON'T STOP HERE.
You need to go a long way.
Keep proving you can achieve the unachievable.
Keep making us proud .
*Ayyunie kata dia sebak tadi bila cikgu bagi ucapan dia satu-satunya pelajar melayu yang harumkan nama sekolah*
Ni pula piala2 dan sijil2 yang Ayyunie dapat masa majlis penyampaian hadiah pada 20 Januari 2022 yang menang dalam aktiviti2 dan pertandingan2 sepanjang tahun 2021. Syukur...tahniah Ayyunie.
Sepandai-pandai mana pun kita, biarlah seiring dengan kelakuan dan sahsiah yang baik.
Syukur lagi, Ayyunie dapat anugerah murid amalan baik.
Katanya dia menang sebab sentiasa buka kamera dan berinteraksi dengan cikgu dalam kelas PDPR kot. Sebab anugerah yang ni 1 kelas 2 pelajar je yang dapat.
Terima kasih Allah..
Sesungguhnya semua dengan izin daripadaNYA.
Kami sebagai ibu bapa hanya penjaga amanah sahaja.
p/s: Sekejap je Ayyunie dah naik sek men bulan depan.
Tinggal Daim je lah sorang lagi jadi penghibur ibu ayah ya.
Lepasni ibu dah tak ada anak2 sekolah cina dah.
Daim ayahnya nak masukkan ke sekolah kebangsaan.
Nak merasa ada anak sekolah rendah melayu sorang :-)
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment