Sedikit info tentang saffron yg saya dapat masa kat Dubai.
1. Saffron ni berasal dari stigma bunga. Sekuntum bunga hanya dapat 2-3 tangkai stigma sahaja. Dan dipetik secara manual untuk menjaga kualitinya.
2.Nak dapatkan 1 sudu saffron, kira-kira 50-60 kuntum bunga perlu dipetik.
3.Sebab itulah harga saffron ni mahal. 1 gram mencecah ratusan ringgit. 1 gram ya. Dah setanding dengan harga emas. (boleh tengok kuantiti dalam botol di atas. Tu saya beli 1 gram).
4.Disebabkan mahal, maka adalah pula yang buat saffron tiruan. Buat macam mana? Diaorg guna stamen bunga, serat jagung, bulu kuda dan macam2 lah. Then diaorg celup dalam pewarna & kering kan. (so lepas ni dah tahu dan lebih berhati2 beli saffron).
5.Saffron yang berkualiti dan gred kualiti bagus selalunya berasal dari Kashmir dan Iran. Sebab tu harganya agak mahal sikit dan helaian-helaian ya lebih besar dan warna merah gelap. Dan bau pun wangi seperti bunga.
6.Selalunya kita guna saffron sebagai pewarna semulajadi dalam nasi arab dan nasi Beriani je kan. Tapi sebenarnya banyak lagi keistimewaan saffron ni. Boleh buat pewarna dalam komestik, buat ubat, anti depress dan lain-lain.
Yang ni set rempah yang saya beli di Spice Bazaar, Istanbul.
7.Hati2 kalau beli serbuk saffron. Sebab kebanyakannya dan campur macam2. Jadi better beli saffron yang helaian-helaian.
Kalau yang jenis serbuk saffron instant macam ni, tak perlu rendam air dah.
Bolh tabur terus atas nasi.
Sesuai untuk buat nasi ayam ke, nasi hujan panas ke atau apa2 nasi bewarna.
Cuma nasi tak wangi je lah.
Ni contoh sis guna saffron untuk masak nasi mentega.
Memang wangiiiiiiiiii je nasinya..
Tenggelam bau minyak sapi..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment