Tuesday, September 21, 2021

Tak sangka dalam Bandar JB pun ada sungai untuk berkelah



Waduh waduh...
Picnic by the river gitu tajuknya...
Selepas hampir 2 minggu pencarian dalam media sosial tempat2 piknik di area JB, 
akhirnya ketemu juga dengan tempat ni.
Kesian anak3 lama terkurung..
Nak rentas negeri tak boleh..
Nak rentas daerah pun tak boleh lagi...
Nasib baik ada tempat ni boleh untuk anak3 lepas gian mandi sungai..


Sebelum saya ceritakan dengan lebih details lagi pasal tempat ni..
Moh ler kita layan gambar2 dulu ya...
Pengalaman sungguh anak3 naik 4X4 ni ya..
Sampai terhentak2 punggung masing...


Kami bawa siap2 changing tent, meja piknik, tikar, makanan dll yang mana perlu.
Khemah putih tu pihak sini yang sediakan.


Nyamannya rasa selepas berbulan2 terkurung tak leh ke mana2..


Family bonding dalam suasana baru


Feeling2 ke tu sis..haha
Air sungai dia tak dalam sangat..
Sesuai lah untuk anak3..


Halah..halah..
Budak paling happy ni..
Sebab tu dia paling lambat naik atas..
Sorang2 dia main dalam sungai tu pu boleh..


Ni lagi sorang...
Hari2 asyik ajak jom lah ibu pergi sana..
Jom lah ibu pergi sini..
Haihhh lah anak...tension barangkali dah berbulan2 tak hirup udara luar...


Alhamdulillah..
Misi picnic & mandi sungai berjaya...horeyyy..
Pasni boleh repeat lagi...
Tak jauh pun..
Masih dalam bandar JB..


(Boleh tonton video dulu ya nak ambil mood mandi sungai ;-)

Serba salah dibuatnya sebab orang kata trend sekarang kalau pergi berkelah di sungai/air terjun kena RAHSIA kan lokasi.

Tapi message pula bertalu-talu masuk tanya dari semalam kat mana lokasi . Terutamanya yang dari JB. Faham sangat. Masing2 pun dah tepu terkurung terutamanya anak2 kita.

Ok, lokasi tempat ni dekat je. Kat Bandar Dato' Onn. Ya dalam Bandar. Tak sangka ada sungai dalam bandar kan.

Parking kereta kat dalam kawasan perumahan. Then nanti 4x4 akan bawa kita ke tempat piknik. Kalau Jalan kaki pun boleh dalam 2-3 minit gitu. Kitaorg saja naik 4x4 nak bagi pengalaman kat anak3. Kebetulan barang pun banyak nak bawa.  Tapi hati2 lah ya sebab terhentak2 punggung oiii..

Tempat ni boleh piknik. Sampai jam 6 petang je. Camping pun boleh. Nak BBQ pun boleh. Nak makan dalam sungai pun boleh. Kiranya lebih pada back to nature di sini. Yang penting kawasan bersih dan redup. 

Sungai tu walaupun tengok airnya macam air teh, tapi sebenarnya air dia jernih je. Pasir dia kasar2 warna jingga kemerahan. 
Bolehlah anak2 lepas gian nak mandi sungai sementara tak boleh rentas daerah dan rentas negeri kan. Yang penting family bonding dalam suasana baru. 

Tiada makanan dan minuman dijual dalam ni. So kena bawa sendiri. SOP memang dijaga. Jarak antara khemah kita jauh2 dengan orang lain. Tempat ni private dan limited. So no walk-in dan kena booking. 

Sebelum buat entry ni. Awal2 saya dah booking lagi untuk repeat next piknik. Kalini nak buat BBQ pula. Bukan apa, takut nanti lepas korang baca entry ni, terus dah full booked 😂. 

Ni bayaran dia ya. 
Entrance fee RM5
4x4 pergi balik RM10 per family
Sewa BBQ pit + arang + kipas RM50
Sewa meja dan kerusi makan atas air RM50
Sewa Khemah (bergantung pada saiz)

Untuk details boleh ke IG atau FB : D'onaz FARM + CAMP



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: