Masa hidang minum petang isnin minggu lepas....
Suami: Kuih apa ni?
Isteri: Hahaha.. Ni bukan kuih lah bang, ni roti sardin.
Suami: Fuhhh.... Ni A+ punya roti sardin... Presentation dah macam kat hotel ni..
Lepas suami suap semulut dan gigit dengan penuh bunyi kerangupannya..
Suami: OK, ni bukan roti sardin A+ dah, tapi A+++.
Terima kasih lah buat roti sardin sedap macam ni..
Ok nanti hantar link nak beli barang apa lagi kat Shopee..
Hahaha.. Adoii.. Luculah abang ni..tapi satu KEPUASAN di situ.
Tiber...
Ayyunie: Ibu, kenapa buat sikit sangat? Patut buat banyak lagi..
Hamboi!
Ayah Damia masih tak boleh move on cam mana lah sis buat roti sardin tu ada garis2 belang tu..
Kebetulan pula botol air ni ada depan mata, terus sis cakap 'gelek guna botol ni lah bang"
Korang percaya ke?
Kikiki..
Ramai sungguh lah yang percaya sis gelek roti tu guna botol..haha
Tengok 90% tau voted sis gelek guna botol tu...
Hakikatnya sis gelek guna penggelek ni lah..
Tak kuasa nak gelek guna botol tu...muahaha..
Ok pasni uolss dah boleh cari penggelek camni satu...
Ni sis dah share resepinya ya..
Resepi rakyat marhaen biasa2 je pun..
Tapi diberi sedikit sentuhan kreatif masa menggelek tu..
Jadilah roti sardin A+++
Resepi Roti Sardin Gulung A+++
Inti sardin:
Kepingan sardin (goreng dalam air fryer kejap)
Bawang merah didadu
Cili padi dihiris halus
Sedikit kicap manis
Sedikit mayonis
Sedikit sos cili
(kacau2 semua bahan diatas)
Cara-caranya:
Untuk roti, gelekkan roti dengan penggelek sampai nipis, letak inti sardin, gulung2 then sapu dengan telur. Goreng dalam api suhu perlahan sehingga garing. Siap.
Selamat mencuba..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
2 comments:
Nampak sedap kejadiannya
Sedap dan senang.. Semalam buat lagi roti sardin A+++ ni...
Post a Comment