Tuesday, November 10, 2020

Simple celebration for my 40th birthday


Nasib baik lah sempat celebrate 2 hari sebelum diumumkan PKPB semula..
Si ayahnya beria-ia ajak semua keluar makan sambil2 celebrate birthday ibu katanya..
Tengahari tu, si ayahnya juga beria-ia ajak pergi kedai emas untuk pilih hadiah birthday juga..
Pendek kata semuanya selesai dan dipermudahkan sebelum masing2 berkurung kat rumah semula terutama anak3..


Ke manalah si ayahnya nak bawa kami semua ni?
Rupa2nya ke Woodfire Bukit Indah.
Yang terletak dalam lobby hotel Millesime.
Berdekatan dengan Hospital Colombia.
Rezeki kami masa datang tu tak beratur panjang sangat..
Memang selesa sangat ni woodfire kat sini berbanding dengan Woodfire yang pernah kami cuba di Taman Suria dalam Medan makan pasar tu.


Si ayahnya order ini.
Lamb tu ayahnya lah nak makan..


Tapi mengikut pemerhatian dan rasa kami, burger yang kat Taman Suria tu lagi besar dan nampak menarik. Lagi secukup rasa..
Eh ntahlah..perasaan je kot..


Lamb Grill..
RM96++
Harga berbeza2 ikut berat..
Bermula dari RM80++ ke atas..


Sebelum ke sini, sempat singgah SDS berdekatan rumah untuk beli kek..
Kek dan birthday mana boleh dipisahkan..
Tak pe lah lilin tak nyala pun, janji ada kek buat syarat...hihi


Alhamdulillah..
Di usia 40 tahun ini masih bernafas dan menikmati kebahagiaan bersama orang2 tersayang..


Kek black forest..
Rasa coklat dan masam2 blueberry di dalamnya..


My family..
My strenght...


Terima kasih my sweet family...


Nak masuk ke Woodfire ni kena masuk ikut pintu dalam lobby hotel ya..

Syukur alhamdulillah..
Moga2 kenangan hari ini memberi 1001 memori pada masa akan datang..
Terutama pabila anak3 dah besar dan ibu ayah dah jadi warga emas nanti..


Daim paling cute dan kuat nyanyi..
Sayang anak3 ibu...muah muah muah...





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

Puan Hazel said...

Sanah helwah sis.
Moga diberkati Allah sentiasa
Bestnya dapat bling-bling :)

Ayu Zarina said...

Puan Hazel - Alhamdulillah...terima kasih atas ucapan dan doa.