Tuesday, August 18, 2020

Resepi Kek Pisang Coklat Gebu



Lama tak baking cake..

Nampak ada pisang emas dibawa belayar yang kulitnya dah tak berapa cun beli kat Pasar Tani minggu lepas, muncul idea nak buat kek. 
Kek easy peasy je. Janji tak muak dan rasa lembut. 

Yang nak cuba buat  boleh try resepi dibawah:

Blendkan bahan2:
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan serbuk koko
8 biji pisang emas

Bahan2 diayak:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

Kemudian campur adukkan bahan2 yang diblend bersama bahan2 diayak, kacau2 hingga sebati dan boleh masukkan ke dalam loyang 5 inci yang telah diletakkan baking paper dan disapu sedikit minyak.

Bahan2 untuk hiasan:
Coklat coin
Hirisan pisang

Susun bahan2 hiasan diatas mengikut kreativiti sendiri

Bakar pada suhu 180'c selama 35 minit. (ikut saiz oven masing2)


Gebu dan moist je coklatnya walaupun simpan dalam peti.

Tapi anak2 confius ni kek pisang atau kek coklat.
Hahaha..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

Sheila Adziz said...

Allahu sedapnya... nice sharing, sy lum pernah buat kek pisang coklat ni... leh la cuba ni.. hehe

Ayu Zarina said...

Sheila Adziz - hihi..sila cuba, buat sendiri puas hati..