Tuesday, October 15, 2019

Cancel trip ke Korea dan berjaya dapat refund 100% untuk tiket Air Asia

Nak kongsi dengan semua pengalaman sendiri.
 Incase kalau ada antara uols nak cancel trip to/from negara Korea, sebenanya uols boleh request KOREA REFUND untuk pembelian dengan tiket Air Asia.


Refund berapa banyak?
Sehingga 100% tau.
Tengok berapa lama lagi dari tempoh tarikh yan uols nak departure tu.

Macam kes saya lebih dari 3 bulan lagi nak fly, so dapatlah 100% refund.
Saya beli tiket return to Korea ni lepas sebulan balik dari Osaka pada Mac haritu.
Tak boleh move on nak main salji lagi..
So tu yang beli awal2 time tengah semangat tu kan..


Ni chatting saya  dengan person in charge Air Asia through "Chat with AVA"..
Untuk route KL -Korea, still proceed..
Cuma nak cancelkan route Korea -KL sahaja.
Dah dapat case number tu, kiranya lega lah sebab dah 'Request Korea Refund".

Untuk simpanan, saya request Korea Refund ni pada 30 September 2019.

Kemudian pada hari yang sama juga nanti, kita akan terima email dari Air Asia Support untuk minta saving bank account details seperti account number, account holder name, bank name, bank branch, county of bank dan juga Swift Code (Compulsory). Apa tu Swift Code? Korang google je. Nanti jumpalah Swift Code tu. 

Saya isi semua details tu haritu juga. Then tunggulah dalam masa 1 minggu untuk refund processing.


7 Oktober, tergerak hati nak check status refund ni. Buka website then masukkan no case number untuk kita check status. Alhamdulillah, status refund dah Successful dan case closed. Boleh tengok kat last paid tu -1,130 MYR. Tu maksudnya jumlah yang akan direfund kan.

Tapi duit tak masuk lagi kat dalam bank tau masa ni.


11 Oktober, fully refund by Air Asia dalam no akaun yang kita bagi.
Yeayy!


Kira cepat juga lah dapat refundnya..
Dan yang paling penting, duit tak burn begitu sahaja kan.
Terima kasih Air Asia, terima kasih juga Korea atas polisi macam ni.
Ada juga beberapa negara lain yang polisinya macam Korea yang boleh dapat full refund
.


So macam mana nak start Request Refund ni?
Sonang je, berurusan via "Chat with AVA"..
Nanti ikut je lah arahan step by step dari Avatar tu..hihi

Kalau rasa tak yakin atau tak boleh, macam saya, terus chatting dengan person in charge Air Asia.
Tapi jenuhlah hai menunggu orang nak layan kita.
Dari 8 pagi, kul 11 pagi lebih barulah ada yang melayan...



Kot ada yang bertanya kenapa saya cancelkan trip Korea..
Sebab saya tak nak balik ikut Korea, nak balik ikut Isketambola..
Hihi..
Semoga percutian kami nanti dipermudahkan urusan oleh Allah..
Aaaminn..

Dan semoga uols pun dapat manfaat  dari entry ini..
Bye!



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::



2 comments:

Susan said...

Thanks for another wonderful post. Where else could anybody get that type of info in such an ideal way of writing? Latest sims 4 news Downloads : Showing 9113 items. Customise your view with Compatible mode, Featured uploads, Favourites and more!

Kisah Tatie said...

alhamdulillah ..