Tuesday, October 29, 2019

PT3 Bachelorette Vacation @ Endau Beach Resort

Cuti-cuti sejurus habis PT3 pada 11 Oktober 2019 aritu..
Macam ni lah layan budak2 baru nak up.
PT3 habis, nak holiday nak yang bermalam, tak nak yang day trip.
Nak holiday nak yang jauh2, tak nak yang dekat.
Tapi nak kos yang murah..gitewww kan...
Tapi yang pasti semua enjoy!

Ni gambar masa mula2 sampai di Endau Beach Resort. Semua pakai baju kem 2019 Pusat Bahasa Pelangi. 

Kami pegi dengan 1 van Starex (pelajar perempuan) dan 1 van biasa (pelajar lelaki).
Mereka bertolak dulu, manakala saya dan ayah damia beserta Daim bertolak kemudian lepas habis Edutour di GO JB CHOCOLATE. Both Damias naik Starex. Beza 1 jam je perjalanan mereka dan kami.


Sebelum masuk bilik masing2, kita makan tengahari dulu.
Pakej RM95 perperson ni dah termasuk 1x sarapan dan 2x lunch.
Dinner BBQ kami prepared sendiri semuanya dan tidak termasuk dalam pakej.


The view masa tengah lunch.
Tak banyak yang berubah dari dulu.
Btw saya dan keluarga pernah bercuti kat sini dulu2.
Boleh tengok entry ni.


Lepas solat asar semua, aktiviti bebas.
Nama pun holiday, bukan kem motivasi kan.
So memang banyak aktiviti bebas je.
Tu Daim tengah mandi pool.
Sementara yang lain main bola tampar pantai.


Amboi2 Daim, sukalah tu ramai kakak2 abang2 melayan dia..


Petang tu saya hanya memerhati je..
Malas nak masuk air lagi..


Bila semua dah balik dari pantai, penuhlah jawabnya dalam pool..


Malamnya lepas maghrib, aktiviti BBQ pun bermula.


Semua makanan ni kami bawa sendiri.
Buat senarai barang apa yang perlu dibawa.
Dan masing2 bebas memilih nak bawa barang apa dalam senarai.
So terlebih lah pula ayam2nya...
No worries, keesokan harinya kami minta makcik katering tu gorengkan untuk kami buat tambah lauk untuk breakfast dan lunch. Mujur makcik katering sudi gorengkan. 


Tema Hawaiii..
Lelaki berbaju bunga2 kebanyakannya..


Perempuan pula pakai dress/skirt dan bunga2 atas kepala.


Sesi bakar-membakar pun bermula..


Hamboiii..
Malam2 pun pakai spek mata hitam??


Seronok melayan kerenah2 budak2 ni..


Makan2 time..
Tu sebelah Aleesya cikgu sains dan cikgu BI diaorg..


Daim memang ramai lah yang melayannya..
Sampai penat korang layan kan..haha


Pagi esoknya pula acara jogging2 santai dan mandi pantai..


Then macam biasa, semua terjun pool..


Macam2 aktiviti diaorg buat dalam pool ni, main bola tampar lah, bola baling lah, selam2 lah..


Ni bilik yang ada kat paling atas sekali..
Tapi rasanya pihak resort buat dewan tertutup dan bukan untuk guest.


Pemandangan dari tangga yang paling atas sekali..


Jam 12 check out..
Muka semua dah sunburn...huhu


Sebelum balik, kita ambil lagi gambar kat tangga ni.
Posing ala2 cover majalah gitu..
Kih kih..


The Hero dalam cerita PT3 Bachelorette Vacation ni.
Siapa je yang tak panggil "Daim...Daim.."
Paling2 tak pun "cikgu, cikgu...tengok anak cikgu ni"..haha


Ya pengetua kita dah kenapa tu?
Nak jadi paskal atau tahan panas?
Haha.

Sebelum balik, kami lunch dulu..


Then sampai Mersing, singgah beli kerepok lekor dan ikan2 masin dulu..


Ikan masin pun boleh jadi prop hah!


Masa saya nak bayar kat kaunter tu, tiba2 yang jaga kaunter tu tanya
 "akak kan yang owner kilang coklat kat JB“?
 Dengan muka kehairanan sambil angguk2 cakap" ah ah ya, macam mana kenal saya"?
"Saya kan pernah pergi buat lawatan kat sana, saya dari Sek Mersing Kanan, pergi dengan PPM aritu"... Oooo...

Tapi MasyaAllah, banyaknyalah bagi macam2 kat saya.
Dah lah masa bayar dah bagi diskaun, bagi free sos lagi.
 Dah nak masuk kereta siap panggil lagi bagi free kerepok berbungkus2 lagi.
Terima kasih lah banyak2.
Yang jaga kaunter tu isteri kepada owner Perusahaan Keropok Hj Putih.
Sempatlah ambil gambar buat kenangan.


Lepas tu singgah juga kat jeti Pantai Mersing bawa budak2 ni minum ABC, cendol dan minum petang..Akhirnya sampai di Pusat Bahasa Pelangi dengan selamat jam 5 lebih petang tu.

Semoga percutian ini membawa 1001 kenangan buat semua.
Dan semoga berjaya dalam keputusan PT3 juga.
Ingat, SPM tak lepas lagi tu...hihi..


Enjoy tengok video kami dari DJI Tello yang kali ke 2 saya beli.
Kali pertama dulu beli baru sekali guna dah lenyap terus kat Pulau Tinggi bulan 3 aritu..haha



Thursday, October 24, 2019

Anak sulung dah dapat IC


Ibunya pula yang nervous sebab anak dah besar ada IC.
Walaupun hakikatnya ibu masih anggap Aleesya macam budak2 lagi.
Dah makin remaja ni, ibu dah kena kurang bebel lah kan.
Sebab budak2 remaja ni emosi terlebih kalau mak-mak terlebih bebel..


Asalnya ambil gambar ni je.
Sekali waiter yang hantar nasi tu pula offer saya masuk sekali dalam gambar.
Apa lagi kan..
Pucuk mencita ulam mendatang lah kan..;-)


Maka sempurnalah gambar.
Meraikan Aleesya yang dapat IC semalam.
Bangga haih dia dapat IC.
Konon dah besar sangat lah tu..


Hampir 2 jam jugalah nak dapat IC semalam.
Sepanjang 2 jam tu Daim tidur je.
Penatlah juga dok kendong dan dukung dia.
Last2 bagi je dia tidur kat kerusi tu juga.

Dan macam biasa, kerusi2 pelanggan kat tempat2 berurusan cam ni memang lah sodiss..
Penat dok betullkan kedudukan punggung setiap 5 minit sekali. Haha..
Korang pun mesti ada juga pengalaman duduk mengelongsor bila duduk kat kerusi ni...kikiki..

Friday, October 18, 2019

Selamat Ulang Tahun yang ke 12 Damia Aleesya


17 Oktober 2019

Alamak, dah 12 tahun ke anak dara ibu ni.
Apesal cepat sangat masa berlalu.
Ibu harap setiap momen anak2 ibu, terciptanya kenangan indah kita sekeluarga bersama.

(Daim pun....mata asyik pandang tu je ..haha)

Berlalu sudah masa kecilmu, berganti dengan remaja nan indah. Namun kena lah pandai2 dan dipermudahkan menghadapi liku2 kehidupan kelak.


Selamat Hari Jadi buat Puteri Sulung Damia Aleesya Bt Khairuddin.
Doa ayah dan ibu, semoga Aleesya jadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat serta ingat kami selalu dalam doamu.


Sempat celebrated sebelum both Damias masuk  exam sekolah agama tengahari semalam. Last paper dah semalam. Good luck anak2 ibu. Ayahnya pun sempat juga last minute order suprise delivery 3 jam sebelum celebrated semalam. Demi untuk anak kan..


Video suprise delivery 

Nampak tak siapa yang terlebih excited tepuk tangan tu? haha..

Video dari kamera saya..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, October 15, 2019

Cancel trip ke Korea dan berjaya dapat refund 100% untuk tiket Air Asia

Nak kongsi dengan semua pengalaman sendiri.
 Incase kalau ada antara uols nak cancel trip to/from negara Korea, sebenanya uols boleh request KOREA REFUND untuk pembelian dengan tiket Air Asia.


Refund berapa banyak?
Sehingga 100% tau.
Tengok berapa lama lagi dari tempoh tarikh yan uols nak departure tu.

Macam kes saya lebih dari 3 bulan lagi nak fly, so dapatlah 100% refund.
Saya beli tiket return to Korea ni lepas sebulan balik dari Osaka pada Mac haritu.
Tak boleh move on nak main salji lagi..
So tu yang beli awal2 time tengah semangat tu kan..


Ni chatting saya  dengan person in charge Air Asia through "Chat with AVA"..
Untuk route KL -Korea, still proceed..
Cuma nak cancelkan route Korea -KL sahaja.
Dah dapat case number tu, kiranya lega lah sebab dah 'Request Korea Refund".

Untuk simpanan, saya request Korea Refund ni pada 30 September 2019.

Kemudian pada hari yang sama juga nanti, kita akan terima email dari Air Asia Support untuk minta saving bank account details seperti account number, account holder name, bank name, bank branch, county of bank dan juga Swift Code (Compulsory). Apa tu Swift Code? Korang google je. Nanti jumpalah Swift Code tu. 

Saya isi semua details tu haritu juga. Then tunggulah dalam masa 1 minggu untuk refund processing.


7 Oktober, tergerak hati nak check status refund ni. Buka website then masukkan no case number untuk kita check status. Alhamdulillah, status refund dah Successful dan case closed. Boleh tengok kat last paid tu -1,130 MYR. Tu maksudnya jumlah yang akan direfund kan.

Tapi duit tak masuk lagi kat dalam bank tau masa ni.


11 Oktober, fully refund by Air Asia dalam no akaun yang kita bagi.
Yeayy!


Kira cepat juga lah dapat refundnya..
Dan yang paling penting, duit tak burn begitu sahaja kan.
Terima kasih Air Asia, terima kasih juga Korea atas polisi macam ni.
Ada juga beberapa negara lain yang polisinya macam Korea yang boleh dapat full refund
.


So macam mana nak start Request Refund ni?
Sonang je, berurusan via "Chat with AVA"..
Nanti ikut je lah arahan step by step dari Avatar tu..hihi

Kalau rasa tak yakin atau tak boleh, macam saya, terus chatting dengan person in charge Air Asia.
Tapi jenuhlah hai menunggu orang nak layan kita.
Dari 8 pagi, kul 11 pagi lebih barulah ada yang melayan...



Kot ada yang bertanya kenapa saya cancelkan trip Korea..
Sebab saya tak nak balik ikut Korea, nak balik ikut Isketambola..
Hihi..
Semoga percutian kami nanti dipermudahkan urusan oleh Allah..
Aaaminn..

Dan semoga uols pun dapat manfaat  dari entry ini..
Bye!



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::



Monday, October 7, 2019

BBQ Night at home...



Gara2 pergi ke B.I.G (Ben's Independent Grocer) yang baru 3 hari buka kat Medini of Mall, terus datang idea nak buat BBQ malam tu....ni menu2 dan bahan2 mentah yang dibeli kat B.I.G tu....kebetulan malam minggu, family bonding gitewww..


Salmon mur-mur je kat B.I.G tu..
So beli perap dengan sos teriyaki kejap sebelum bakar..
Memang asyikkkk..


Daging ni beli yang dah siap perap dengan sos BBQ dan dicucuk dengan lidi..
Balik rumah cucuk semula je kat besi grill tu..
Pastu add on lah tomato ceri bagi nampak lagi menarik kan..
Bukan sekadar hiasan ya, memang betul2 dimakan capsicum, tomato ceri dan bawang holland tu..


Mix vege..
Ni saya rebus separuh masak dulu dengan secubit garam kecuali tomato tu tak rebus lah..
Pastu tabur daun parsley..
Nanti grill, letak cheese sikit..
Fuhh..terbaik rasanya makan panas2..


Yang merah tu Wagyu burger..
Rasa tak berapa kick sangat....
Better beli daging wagyu lagi terasa...

Manakala yang lagi satu tu Chicken cheese burger..
Budak3 suka..


Kalau dah ada budak3 time BBQ, tak sah tak ada sosej ni kan..


BBQ Chicken wings pun tak sah kalau tak ada dalam menu time BBQ..
Beli yang siap perap juga senang..


Letak butter saja pun boleh, tapi kalau letak garlic sekali masa grill tu, bau dan rasanya sangatlah terkesan. Tak percaya silalah cuba..


Jangan lupa mereka2 yang berbaris ni..
Tanpa mereka siapalah BBQ...hihi


Bakar2 & grill time..
Licin semuanya dalam pinggan..


Nampak ni kat  B.I.G, tu yang terus ON nak buat BBQ tu..
Tapi daging2 yang dibeli ni tak dimasak lagi..
Tunggu ada masa sikit kita grill dalam Pan ya..

Oh ya, dah tanya pekerja2 kat  situ  terutama butcher lah..
Daging2 kat sini semuanya halal walaupun diimport dari NZ dan Australia..
Yang tak halal ada kat section lain ya..



Beli yang ni senang..
Balik terus bakar/ grill je..
Kalau nak suruh bakar kat restoran situ pun boleh..
Tapi ada charge RM15/300g dikenakan..


Mur-mur kan salmonnya.....
Wajib lah beli..


Hasil shopping haritu..
Harga? Biasalah mahal  sikit dari pasaraya2 biasa tu..
Tapi oklah dengan lokasi serta targetnya pun international..
Betul2 sebelah Legoland Resort..

Next time insyaAllah boleh repeat  pergi lagi bawa anak3 pula..
Ada playground, restoran, bakery cafe dan trolley budak2 pun ada..
Mesti Daim suka nak tolak2 nanti..

Ok selesai cerita BBQ NIGHT at home..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::