Tuesday, September 3, 2019

Merdeka BBQ Dinner Buffet @ Pulai Spring Resort


Nikmati cuti public holiday 2 hari dengan makan, makan dan makan..
Sebelum hectic months start back to back..


Lepas maghrib, terus ke Pulai Spring Resort..
Ater 5-10 minit ajer dari rumah..
Hihi..


Siang tu dah pulun makan macam2 masa jalan2 dan shopping kat Midvalley Southkey..
Malamnya sambung makan2 lagi..hihi


Satu yang saya suka tentang buffet kat Pulai Spring Resort ni dari dulu adalah dessert dan kuih muih yang saya kira agak banyak juga pilihannya..


Nampak tak jeruk2 tu..
Serba satu saya try..
Semua best2..


Ni bahagian BBQ sebelah luarnya..
Bagi saya pilihannya agak kurang ya..
Ada sosej, ayam bakar, kambing bakar,ikan bakar dan kupang bakar sahaja..


Tengah beratur tunggu ayam bakar..


Nyumm nyumm..
Puas hati dapat makan kambing bakar banyak2...haha..


Gambar 1 family wajib lah ada kan..


Tak ramai sangat orang masa BBQ dinner ni..


Ni pula seafood yang telah dicelur dan diperah limau ya..
Tapi ayah damia tak makan cenggitu, dia ambil pastu minta dibakar kat luar sana..
Pun boleh juga..


Bahagian main course..


Section ni pula bahagian pasta, mushroom soup dan western food yang lain..


Adoiii dah lama tak buat puding roti..
Ambillah sikit buat hilang kempunan..
Tapi sos kastardnya, tetap suka yang resepi saya buat..ngeh ngeh..

Ok, makan2 di Hari Merdeka is Done!

Thank you Allah..

p/s: Ada lagi beberapa section makanan yang tak sempat saya ambil gambar..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: