Tuesday, May 21, 2019

Pelangi X CocoDamia to Kuching II Day 2

Kesinambungan dari Day 1


Morning view dari dalam bilik kami.
Btw hotel yang travel agent provide untuk kami adalah Tune Hotel.
Memang tepat pun pilihan hotel ini kerana ia berada betul2 dihadapan Waterfront Kuching.
Walking distance je nak round2 tempat menarik area bandar Kuching ni..
Nak cari makan pun senang..

Sementara tunggu jam 9 pagi tour guide datang pick up kami, so sempatlah kemas2 dulu untuk check out terus. Memandangkan harini perjalanan kami agak jauh sikit, tu yang check out awal2 tu. Tak adalah kelam kabut nanti nak patah sana sini lagi.

Jam 9 pagi kami pun bertolak ke Pantai Damai,Santubung.
Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Bandar Kuching.
Sepanjang perjalanan, tour guide kami tak kedekut ilmu nak berkongsi cerita dan sejarah tentang tempat2 menarik di Sarawak ni. Sangat friendly dan membantu.
Oh ya btw kami bergerak dengan 2 buah van.


Destinasi 1: Dataran Pantai Damai, Santubong

Kat Pantai Damai ni kita boleh berkelah dan mandi manda di Pantai yang dikelilingi hutan Gunung Santubong. Tapi untuk kami cukuplah datang ambil angin dan bergambar sahaja memandangkan masa kami yang suntuk untuk mandi manda.


Lighting On Point katanya..


Destinasi 2: Sarawak Cultural Village/ Kampung Budaya Sarawak

Mengambil masa 10 minit je jalan kaki ke sini dari Pantai Damai tadi.
Disini, ramai yang mengatakan umpama muzium hidup.
Maksudnya disetiap rumah budaya yang ada, mereka akan  melakukan aktiviti2 umpama kawasan kampung sebenar.
Kakitangan2/petugas2 akan melakukan aktiviti harian etnik mereka dengan memakai pakaian tradisional yang lengkap.

Walau bagaimanapun, kami tidak sempat nak masuk ke dalam ni kerana ada beberapa tempat lagi yang harus kami lawati. So bergambar kenang-kenangan di pintu gerbang sahaja sebagai memori.


Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, ayah damia sempat beli cendol Sarawak belanja kami semua. Sedapnya cendol Sarawak...Cendol dia bukan yang panjang2 macam biasa tu tau, tapi ketul2.
Lepas tu ada sagu besar2 sikit. Kitaorang ingatkan pearl keras. Haha..
Dan yang pasti kat Sarawak ni memang kebanyakannya guna gula Apong dan bukannya gula Melaka.


Destinasi 3: Gerai No 2, Kampung Telaga Air

Disini kami lunch di Syurga seafood makanan tengahari.
Seafood2 kat sini semuanya yang dah siap masak.
Harganya juga berpatutan. Rasa pun sedap.
Patutlah boleh tahan ramai juga yang makan kat sini.


Korang kalau datang Kuching, sila pergi lunch di sini please please please..
Very2 recommended..


Antara hidangan yang kami makan seperti udang galah masak sambal, lobster masak sos, ketam masak butter, sotong goreng tepung, Sayur Midin goreng belacan jangan lupa, ikan goreng macam ikan masin (sedap), dan umai udangnya fuhhhhh...marvelous!


Dah lepas makan, kami jalan2 di dataran Kg Telaga Air pula..
Kat sini kalau kita nak sewa boat nak jalan2 round2 sambil2 ambil angin tengok perkampungan sekitar tebing sungai pun boleh. Bayaran RM50 perperson lebih kurang untuk 1 jam perjalanan boat.


Dan kat sini juga ada jual macam2 jenis jeruk.
Haishhh terliur tengok jeruk kelubi tu terus beli.
Kecik2 dulu masa duduk Sarawak, selalu tolong mak kupas kulit kelubi sampai luka2 jari dan tangan ni buat jeruk jual tau. Mengamit memori sungguh!
Oh ya, walaupun jeruk, tapi ia tetap kena makan dengan serbuk asam masam manis dia tu ya.


Destinasi 4: Matang Wildlife Centre

Hah..kat sini kami mengambil masa yang agak lama juga.
Dah macam jungle trekking pun ya..
Siap diberi peta kena ikut laluan yang dihighlightkan.


Puas hati semua dapat jumpa ikon2 haiwan Negeri Sarawak ni seperti Orang Utan, Buaya2 yang banyak serta Burung Kenyalang.

Orang Utan kat atas tu dah tua.
Sebab tu kena kurung dalam sangkar agaknya.
Lagipun badannya besar yakmat.
Kadang2 boleh bertindak aggresif. 


Manakala orang2 utan yang lain dibiarkan bebas kesana kemari dikawasan tertutup.
Memang banyak lah orang utan kalau datang Sarawak ni..

Haiwan2 lain pun ada juga ya.

Kemudian kami pun patah balik semula ke Bandar Kuching.
Sepanjang perjalanan, rasanya masing2 pun dah tidur kepenatan.


Destinasi 5: Masjid Bandar Kuching A.K.A Masjid India

Kami berhenti rehat dan solat jamak disini.
Ayah Damia siap mandi dan tukar baju lagi.
Tak selesa katanya baju peluh2 tadi lepas jungle trekking..haha


Amboi bukan main syokkkkk lagi ya Daim lari sana sini.
Btw Masjid ni terapung atas air ya.
Dekat je dengan Jambatan Darul Hana dan Waterfront Kuching tu.


Destinasi 6: Indian Street

Kat sini cuci2 mata sambil2 tengok apa yang menarik boleh dibeli sebagai cenderahati.
Suasananya lebih kurang macam Jalan TAR kat KL tu juga ni.
Kalau tak silap kat sini jam 6-7 petang dah tutup ya.


Aneka makanan, pakaian, cenderahati, mainan, kek lapis dan macam2 lagi dijual di Indian Street ni..


Destinasi 7: Ais Krim Gula Apong 

Kat Kuching ni memang famous dengan Ais Krim Gula Apong.
Bukan 1-2 gerai je yang jual, tapi banyak yang jual.
Jadi terpulanglah nak beli kat gerai yang mana.

Ni kami beli kat gerai yang hujung sekali dengan Indian Street.


Kalau bagi saya, rasanya so-so je.
Macam Ais Krim Yogurt yang diletak gula apong cair serta ada topping atasnya.
Tapi lain tempat lain cara lain rasa, so tak menyesal pun cuba!


Sementara tunggu tour guide pick up kami jam 5 untuk dibawa terus ke airport, kami jalan2 ambil angin kat Waterfront ni lagi. Tapi kalini dekat dengan jalan masuk Jambatan Darul Hana.


Semua makan Ais Krim Gula Apong ya..


Our big boss..
Joget tarian apa tu???


Otw nak ke airport, kami request supaya tour guide berhenti sekejap kat Tugu Kuching ni.
Walaupun malam tadi dah  bergambar kat sini, tapi kalini kita bergambar versi siang pula..


Bye bye Kuching..
InsyaAllah next time kita jumpa lagi..

Kemudian kami semua terus menuju ke airport Kuching.
Sampai2 sahaja di airport, kek lapis dan ikan terubuk yang kami semua order semalam dah sampai di airport juga. Jadi masing2 ambil dan letak/carry dalam hand luggage masing2.


Gigih saya bawa beg kosong 1 semata2 nak letak barang2 yang shopping kat Kuching tau..haha
Amboiiii...uniknya abang ikan masin tu eja nama saya...
Old school gitu...hihi..


Setiap sorang dari kami bimbit kek lapis Warisan ni sebagai Ole2 untuk bawa balik Semenanjung..


Sementara tunggu boarding
Cantiknya sunset kat luar tu..

Dan jam 9:50 malam, kami semua menaiki "balloon" untuk pulang ke Jb.
Alhamdulillah...kami semua selamat tiba di JB jam 11:10 malam.

Syukur Ya Allah atas rezeki dan peluang ini.
Moga2 lain kali ada lagi rezeki dan peluang lagi untuk membahagiakan orang2 sekeliling kami.



Tu dia..bukan main banyak lagi gambar2 korang ya dalam kamera saya..



Tq Iylia atas ucapan terima kasih tu..



Tq Thirah 


Tq Linda.


Haha..Tak sangka dari nak ke Melaka asalnya terus ke Kuching ya...


Terima kasih juga kepada semua staffs yang turut menjayakan company trip ni.

Alhamdulillah..


Coretan lain untuk trip Kuching ni.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

AzianKhalil said...

alhamdulillah....seronok jadi staf bila dihargai majikan.

Ayu Zarina said...

AzianKalil - Syukur...tanpa mereka tak berkembang dan maju sesuatu business tu..sekadar yang mempu membahagiakan mereka...