Wednesday, March 6, 2019

Resepi Pumpkin Bua Loy (Pencuci Mulut Thai)


Pumpkin Bua Loy ni sejenis dessert yang berasal dari Thai..
Kalau sebelum ni ke Thailand was-was nak makan, lepas ni tak kecur air liur dah. Dah pandai buag sendiri lah katakan.
Rasanya yang lemak2 manis, comel2 pula tu kejadiannya, memang berbaloi lah buat sendiri.


Ada yang bertanya Pumpkin Bua Loy ni ada rasa labu atau bentuknya sahaja labu?
Eh mestilah rasa labu, sebab dalam bahan2nya pun memang letak labu.


Masa nak membentuk dan menggentel jadi kejadian macam ni, boleh tahan lenguh jugalah pinggang dan kaki berdiri je. Tapi lepas siap je membentuk semua ni, fuhhh lega dan puas hati sangat. Al maklumkan first time buat kan.. 


Ni lepas direbus, warna kuning dan hijaunya lagi bertambah2 naik dan terang..


Panas2 ni, letak pula ais dalam dessert ni, memang boleh bertambah sampai 4 mangkuk ni. Yang makan gitu je pun masing2 dah bertambah ni. Hihi.. 



Ok, jom kita tengok bahan2 untuk membuatnya:

1 cawan labu yang direbus dan dilecek
2 cawan tepung pulut (boleh tambah sikit2 lagi jika doh masih lembik)
Pewarna hijau (untuk tangkai)
2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
1 cawan gula (boleh kurangkan/lebihkan ikut citarasa)
Sedikit gula melaka
Sedikit garam
Sedikit halba
Daun pandan

Cara2 membuatnya boleh rujuk video.

Hah cam mana? Mudah bukan?
Cuma tang mengentel dan membentuk kejadian buah labu tu je perlu kesabaran sikit.
Tapi bila dah siap semua, berbaloi2 makannya.

Selamat mencuba!

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: