Thursday, February 28, 2019

Bercuti di Sebana Cove Resort, Pengerang


Kalau rasa nak bercuti di tempat jauh dari hiruk piruk kota dan tak nak jammed-jammed, silalah bercuti ke Sebana Cove Resort ni. Itulah antara sebab utama kenapa saya memilih resort ini semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Tambah2 lagi peak season sebab majoriti cuti kan. 

Resort ni kat Pengerang. Atas sikit je dari Desaru. Lebih kurang 25km gitu.


View superb yakmat.
Tenang aman je kat sini.
Jalan nak sampai ke resort ni pun masuk ke dalam sikit.
Jauh dari kebisingan dan lalu lalang kenderaan luar.
Sesuai sangat nak refresh & rejunavate kat sini.


Tapi satu je yang tak tahan.
Panasssss..
Amboi...mentang2 baru balik dari Jepun 3 hari sebelum tu..
Terus tak leh panas sikit bebudak ni ya. 
Tapi sebab view dan suasana sekeliling aman je, so lupakan lah bab panassss tu ya.


Ok, bagi chance ibu pun nak selfie.


Kebetulan masa kami sampai tu bilik tak ready lagi.
So kami jalan2 dulu area resort ni.
Hah! Sekali jumpa dah yang ditunggu2 oleh anak3 ni..
Saba ya anak3..tunggu check in dan panas reda dulu..
Baru kita enjoy kat pool..


Haishh..memang cantik yakmat suasana poolnya pun..
Memanggil2 nak terjun time tu juga..
Haha
Tu terbahagi kepada kids pool dan adults pool..


Kebetulan masa hari kami nak check in tu ada pula persembahan Tarian Singa.
So, receptionist tu siap pesan lagi kami supaya jangan masuk bilik dulu, tunggu tengok tarian Singa dulu..
Ok lah..Lagipun Daim tak pernah tgk Tarian Singa Live, so boleh lah kami tunggu sekejap kat lobby tu bersama dengan beberapa guests yang lain lagi.


Bukan tunggu kosong..
Siap ada welcoming fresh orange lagi tau..


Wowwweee..dapat dessert tart ni juga..

Lepas tu Acara Tarian Singa pun bermula kat lobby resort...
Saya banyak ambil video je Tarian Singa tu masuk IG Stories..
So tak adalah gambar Tarian Singanya..


Singa siap baling2 duit dan angpaw lagi tau.
Dapatlah Daim kutip (dan orang lain kutipkan bagi kat Daim juga) angpaw tu. 


Lepas tu kami pun bergerak ke bilik kami yang terletak di blok 4 untuik check in.


Barang yang kami bawa pun tak banyak pun..
Setakat 2d1n dan ad hoc pagi tu punya planning..
Bawa mana yang patut je..


Inilah bilik kami..
Type bilik ni Executive Deluxe Twin Bed.
Harga pernite ketika tu RM300 ngam2..
Booking via booking.com
Dan saya juga request pool view..


Tapi kami bukan sekadar dapat pool view je, garden view, lake view, playground view semua dapat lah...haha
Suka budak2 ni lepak kat beranda tu, sebab diaorg boleh baling2 roti kat fish pond tu..
Banyak pula ikannya..
Kiranya dari dalam bilik pun boleh menikmati pemandangan yang tenang kehijauan.
Pagi2 pula dengar kicauan burung dan tupai pun banyak kat sana.
Bukan main peramah lagi tupai2 tu, siap buat tinjauan kat beranda bilik lagi..
Tapi hati2...jangan sesekali bagi monyet makan, nanti tak sudah2 geng2 monyet tu dok intai2 dalam bilik pula...haha


Petang lepas asar, bawa 3 ketul ni ke swimming pool..
Tak sabar2 semuanya..


Have fun kids..
Guests pun tak ramai kat sini, so anak3 memang enjoy sakan lah..
Daim siap bawa alat2 mainan dia dari rumah lagi..


The serenity..


Ibu dan ayah memerhati je..
Tapi last2 ibu pun kena join sekali sebab nak jaga Daim tu..


Petang tu juga kebetulan ada Zumba kat area pool..
DJ ada jemput guests sama2 memeriahkan zumba tu..
Tapi semua buat tak tahu je...haha..


Last2 guest what?
Daim peserta pertama yang sporting join zumba tu..haha
Bukan main ko ya Daim..
Boleh tgk video kat gambar last nanti..
Lagipun Daim memang pantang dengar lagu syantikkk ni, dia memang suka joget2..


Pandai pula dengar arahan orang suruh buat tu, dia buat, orang suruh buat ni, dia pun buat.
Good job Daim..
Lepas tu balik rumah, dia pula ajar kakak2nya ngan ibu berzumba ya..
Haha...kuat ingatan ko ya Daim..


Huiss...kiri kanan orang ajak Daim dancing hah!


Dah penat main pool, dan penat berzumba...kita minum petang pula..
Order kat cafe resort ..
Semua pakat lapar lah katakan..


Air mana air tak sampai lagi?


Lepas habis main pool, masuk bilik bersihkan diri, rehat dan solat, kami terus keluar untuk dinner pula.
Actually kat kawasan sekitar resort ni tak ada kedai atau restoran makan pun.
Kena pergi ke Sg Rengit dalam 15 minit gitu baru banyak kedai2 makan dan restoran.
Banyak pilihan makanan seafood dan lobster (trademark Sg Rengit) kat area situ.
Harga pun berbaloi2 sangat. 
Btw saya pernah makan kat restoran lobster ni dulu..
Boleh tgk sini..

Masa nak balik dari dinner masuk ke resort, jalan kan gelap dan agak ke dalam..
Fuhh tetiba ayah Damia break mengejut..
Rupa2nya ada sekumpulan babi hutan nak melintas jalan dengan lajunya..
Kur semangat!!!
So hati2 guys kalau ke sini nanti..


Pagi esoknya..
Morning view yang superb..


Anak2 tak ikut gi breakfast sebab semua masih tidur lagi..
So dapatlah ibu ayah berdua-duaan menghayati suasana di resort ni..
But No worries, ayah Damia dah siap2 beli macam2 sarapan kan Sg Rengit tu juga..


Milik siapakan yatch2 ni semua?
Adalah nampak beberapa mat salleh kat area yatch ni..


Yang paling saya suka, kat tempat cafe kami breakfast ni, sekelilingnya penuh dengan tanaman2 yang segar dan fresh tau..geram tengok kobis yang boolatt2 ni..tanaman2 lain macam pokok cili, mints, tomato dan lain2..geram sungguh tengok semua segar bugar..


Feeling2 lah kejap..
Anak2 tak da..


Dalam jam 12, get ready to check out..
Banyak pula tupai2 dok lalu lalang kat sini..
Tu Daim sakan cari dan kejar tupai2..

.
Parking pun senang depan bilik je..


Otw balik JB singgah kejap kat Hard Rock Hotel yang baru dibuka ni..
Gi tgk2 apa yang best.
Nampak macam plate kereta Singapore je yang mendominasi masa ni..


Belakang signage ni adalah Hard Rock Shop...


Cantik, luas dan class lobby Hard Rock Hotel ni.
Dari tingkap lobby ni boleh nampak Desaru Coast Adventure Waterpark..
Tunggu Daim besar sikit, kita gi main air kat sini pula ya..


Shopping apa tu Daim?


Ok, Daim dah dapat pinggan guitar Hard Rock dia..
Hari2 buat makan guna pinggan tu je lah..
Dah lupalah tu pinggan Disneyland yang dia beli kat Hong Kong Tahun Lepas..


Ok, sampai disini sahaja perkongsian cerita kalini..
Kalau ada apa2 nak tanya, boleh drop komen ya..
Akhir sekali, enjoy video Daim dok berzumba ni ya!

Sekian...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

mimie said...

bilik ni ada bathtub tak sis?

Ayu Zarina said...

mimie - tak ada..