Wednesday, March 13, 2019

David Residence Phuket - Free airport transfer


Lepas balik dari Anantara Mai Khao, van taxi yang diuruskan oleh pihak resort terus hantar kami ke hotel seterusnya iaitu David Residence. Masa mula2 nak booked hotel ni, rasa macam underestimated je sebab nama "residence" tu sendiri....dan bukan nama "hotel". 

Tapi bila baca reviews kat Agoda tu, rata2 semua bagi good reviews terutama tang "location" dan "room comfort" tu. Yang paling best lagi sebab provide FREE TRANSFER TO AND FROM AIRPORT. Memang sesuai sangat untuk siapa2 yang kena fly awal pagi atau sampai lewat malam. 

Kebetulan flight kami balik KL pun awal pagi esoknya, dalam kul 5 pagi lagi dah kena gerak ke Phuket Airport, so terus saya decided stay kat sini lah senang. Yang penting pagi2 tu dah ada airport transfer hantar kami terus ke airport. 


Kami sampai ke David Residence ni dalam jam 7 petang.
 Kat Thailand  ni 7 petang pun dah macam malam.


Tak besar sangat hotelnya dari luar, tapi suasana sekelilingnya boleh tahan cantik..


Liftnya pun kecil je.
Beranda jalan nak ke bilik by bilik pun sempit je.
Tapi once you dah buka pintu bilik...
Wahhh...boleh tahan luasnya..
Selesa dan ada small kitchenette sekali.
Konsepnya macam 1 bedroom apartment..
Bersih pun bersih..


Yang paling bestnya sebab ada 2 beranda tau..
Nampak luas sangat pemandangan..
Tu Daim dah tidur mati sebab keletihan 1 hari tak tidur..
Tidur sampai nak check out pagi esoknya kul 5 pagi..


Bathroom pun luas dan moden.
Great shower sebab laju je air..


Perfect place to relax before a flight 


Ni beranda bahagian living room..
Best ambil angin kat sini sebab boleh overlooking at the incoming & outgoing planes//
Bangunan 2 tingkat kat depan tu adalah restoran.
Cantik malam2 ada lampu2 bersinar kat restoran tu..
Tapi tidaklah kami ke restoran tu sebab was was halal ke tak..


Yang ni pula beranda kat bedroom..


Selain dari David Residence, ada juga David car rent kat sebelah tu je..
Senang siapa2 nak sewa kereta sepanjang berada kat Phuket kan..
Seberang jalan tu pula Phuket Airport..


Panduan jika nak ke tempat2 menarik dikawasan sekitar


Kat tepi2 David residense ni pula, ada banyak gerai2 halal yang tukang masaknya orang Thai Muslim..
Nak cakap melayu diaorg memang tak pandai, kena order dalam bahasa Inggeris..
Ada makcik ni datang ambil order, tapi dia tak faham bahasa Inggeris pula, last2 dia panggil anaknya ambil order..hihi..
Menu simple kami malam tu, tom yam seafood dan telur dadar je..makan berdua..
3 orang anak dah lena tidur semuanya..

Ada satu gerai tu kami singgah mula2 nak makan mee celop, sekali tukang masaknya bagitau "non halal..non halal.."..wahhh alhamdulillah..ada juga yang prihatin dengan bab halal haram ni, mungkin sebab dia nampak saya bertudung kot..


Pagi esoknya kami check out jam 5 pagi, terus dah ada MPV menanti kami kat luar.
Oh ya masa check in tu kena maklumkan pukul berapa check out dan kul berapa nak airport transfer kat lobby ya.
Senang diorang nak arrangekan nanti..


Bye Bye Phuket..
InsyaAllah nanti kami sampai lagi..
Banyak lagi tempat nak pergi, banyak lagi makanan halal yang nak dirasa ni..


Kat Phuket airport..


Untuk makluman, kat Phuket Airport ni tak ada surau ya..
Jenuh tanya makcik cleaner bertudung, staffs airport bertudung dan kat kaunter pertanyaan, memang tak ada surau dalam International Phuket Airport ni..
So pandai2 lah nak solat kat ceruk2 mana janji bersih kan..
Kami pilih kat Kid Zone ni..


Kena tunggu bas kat gate untuk dibawa terus ke Kapal Terbang


On board meal..
Tapi Daim flight tak take off lagi dia dah tidur dulu..


Simcard sepanjang 4 hari kami di Phuket..

Maka tamatlah sudah cerita percutian kami di Phuket.

Untuk baca kisah Phuket pada hari lain, sila klik..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment