Tuesday, March 19, 2019

Daim dah free-diapers & first underwear


Alhamdulillah.. 
Dah nak masuk 3 minggu Daim free diapers. 
Harini  1st day beli underwear kat dia. 
Tapi dia confius pula dah. 
Dah pakai underwear tu dia ingat pakai seluar cam biasa.
 Sudahnya dia tak nak pakai seluar pula dah...
Btw Daim ni lambat juga potty training berbanding dengan kakak2nya. 
Kakaknya Ayyunie tu 1 tahun 10 bulan dah train. 
Sebab tu dia masuk tadika awal usia  3 tahun sebab dah free diapers. 
Ater dulu ada bibik yang tolong basuh sana sini kalau terkucil.


Ni memang sengaja tunggu Daim cerdik sikit baru nak train. 
Hasilnya sepanjang potty training ni memang dia tak terkucil langsung atas katil tido malam.
 Kat rumah pun nak gi pee dah pandai buka seluar sendiri, hulur bibird kat mangkuk tandas, basuh bibird dan tangan sendiri pastu flush (yang ni kadang2 dia lupa) . 
Syukur.
Cuma nak gi jalan mana2 memang ada standby diapers dalam kereta. 
Incase dia tak tahan nak pee sambil2 kita cari toilet tu kan.
 Tapi bila kita pakaikan diapers tu, tak pula dia kencing. 
Adoiii.. Bikin ibu kelam kabut je driving.
.
Ok save sini buat kenangan untuk #daimmuslim #2y9m dengan his first underwear....
.
Kadang2 kitaorg dalam rumah tersasul panggil panties juga. Dah terbiasa...
Al maklumlah, selama ni membesar bersama dengan gigirl je...;-)


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment