Monday, March 11, 2019

Birthday Suprise untuk suami menjadi!



Selamat Hari jadi husband..
Rupa2nya buat suprise celebrate kat rumah lagi menjadi dari celebrate kat luar..


Sebab apa?
Sebab dia dah boleh agak kalau makan2 kat luar tu tarikh 8 Mac setiap tahun, mesti ada suprise punya kan..
Dan 2 tahun kebelakangan ni memang celebrated dengan staffs, so kalini kita buat kelainan sikit...
Dan kebetulan pun kami sama2 sibuk minggu ni..
Malas nak fikir banyak, buat suprise kat rumah je lah kalini..hihi
Muka terkejut tu memang priceless..
Boleh tengok kat video last nanti.


Tak cukup korum sorang anak pula..
Si adik sampai mengantuk tunggu ayahnya balik kerja jam 10:30 malam..
Nak buat cam mana, pengusaha Pusat Tuisyen memang akan balik malam rutin kerjanya..
Kejutkan pun tak nak bangun hah si adik!


The deco..
Saya request theme biru kuning..


Hope you like it!


Alahai..Daim pun..
Tak sabar2 nak makan..
Kena extend masa makan malam tu semuanya..
Tunggu ayah balik baru boleh makan..haha


Buat2 control macho lerr tuhh...


The view dari tingkat atas..
Simple & minimalis je..
Janji meriah cara kami..


The best part kalau deko2 dan celebrate kat rumah ni, selagi party maker tak datang ambil barang2 atas meja tu, selagi tu lah breakfast, lunch dan dinner kami berhias mejanya..haha..feel 2hari 2 malam celebrate birthday hah..cuma belon je lah makin lama makin kecut...


The foods..
Ok ni kiranya perancangan paling pantas ni..
Sebab habis je lawatan 7hb tu dah petang, lepas tu ambil anak2 dari sekolah agama pula, dalam kul 5 terus bergegas gi cari kek dengan Daim..Kebetulan pula hujan lebat yakmat petir dentam dentum..takut jugalah bawa kereta dengan Daim tu..mujurlah juga kedai kek dekat je dengan rumah walaupun perancangan asalnya nak gi beli kek kat Secret recipe dan Nando's kat Jusco..KFC tu delivery je kat rumah..buah2 tu pula gi beli kat Song Marts sebelah kedai kek..Dalam masa 1 jam siap semua menu...hihi..


Lilin 3 batang tu menandakan dah masuk akhir2 3 series ya...hihi


Kek gulung murberry tu sedap yakmat..
Harus repeat gi beli lagi ni..


The celebration


Hadiah tahun ni..
Bagi DJI Tello..
Haha..ayah damia kata ni bukan hadiah favourite dia, tapi hadiah favourite isteri dia..
Kikiki...
Tak pe lah bang, sama2 boleh guna gitewww konsepnya.



And this birthday video for you husband..
Moga keraian dan ingatan kami sempena birthday ayah damia ni terpahat sebagai memori indah.

Semoga husband Khairuddin Muhammad dipanjangkan umur,diperbanyakkan rezeki dan success dalam business serta sama2 keluarga kita menuju Sakinnah, Mawardah & Warrahmah.
Aaaminn..

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment