Friday, April 10, 2015

Percutian Damai di Aseania Resort, Pulau Besar II Jumpa Penyu



Selesai sahaja kami berphotoshoot bagai di Pulau ini, kami kemudiannya terus pergi berjalan-jalan ke Jeti. Walaupun jam baru menunjukkan hampir jam 9:30 pagi, tapi cuaca terik.

Kelihatan juga beberapa pelancong lain yang sedang memancing di jeti.



Ya Allah, cantiknya batu karang-batu karang yang kelihatan ni.
Dekat je dengan pasir-pasir yang kami bermain semalam.


Allah Maha Mengetahui.
Sedang elok kami tengah jalan2 kat jeti tu, tiba2 ayah damia jerit-jerit panggil nama saya.
Katanya "penyu..penyu.."

Cepat2 saya menoleh ke arah yang ayah damia dan anak2 tunjukkan.
Subhanallah. Memang betul2 penyu.

Tak sempat saya nak snap, penyu tu dah berenang ke bawah permukaan laut.
Mengucap syukur panjang saya dan ayah damia.

Ya lah, masa diving di Sabah dulu, berhajat nak juga jumpa penyu dalam laut.
Tapi Allah tak izinkan.
Kat sini, Allah tunjuk depan2 kita penyu berenang2.
Nampak tak? Allah akan makbulkan doa kita. Tapi tak pasti bila.


Kami sekeluarga jenuh juga membaling2 roti dikawasan situ.
Agar penyu dapat muncul lagi.
Saya pula dah standby kamera dalam mode standby.
Tapi sayangnya. Penyu hanya muncul sekali sahaja.
Kami meneruskan perjalanan hingga ke hujung jeti.


Memang pasir-pasir dan laut-laut di Pulau Besar ni masih dara orang kata.
Pasir putih dan gebu sangat.
Laut pula sangat jernih.
Dekat pula tu batu-batu karang ni dengan resort Aseania.


Ralit kami dijeti tu melihat macam2 spesis ikan.
Ada yang warna warni, ada yang besar kecil, ada yang panjang pendek dan macam2 lagi.


Dah sampai di penghujung jeti.
Tempat boat-boat berlabuh.
Tapi pagi tu boat tak ada lagi.


Pemandangan bawah jeti.
Sebab tu gelap.
Tapi bersinar-sinar ikannya.


Segerombolan ikan datang masing2 makan roti yang diberi oleh kami.


Subhanallah sekali lagi. 
Otw nak balik ke Resort, kami boleh nampak penyu lagi (mungkin penyu yang sama) berenang2 dikawasan ini pula.
Ya Allah. Hebatnya kuasaMU.
Engkau bagi sesuatu yang indah untuk kami abadikan memori ini.
Tapi memang tak sempat saya nak on kamera.
Tak pe lah. Kadang2 sesuatu yang indah itu biarlah tersemat di memori kita tanpa perlu hebohkan kepada sesiapa. Dan setiap yang berlaku tu pun pasti ada hikmahnya.


Batu-batu karang yang jelas kelihatan.
Dekat je dengan kami.
Ikan-ikan berkejaran pun nampak.

Begitulah besarnya Kuasa Allah.
Hanya DIA sahaja yang tahu apa terbaik untuk kita semua.

BERSAMBUNG LAGI..






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment