Sunday, April 12, 2015

Resepi Kerabu Pucuk Paku Kelantan Style


Kerabu? Siapa tak suka makan kerabu kan. Pagi-pagi kalau sarapan diluar, sekali sakala mesti nak cari nasi kerabu juga kan.

Semalam saya teringin sangat nak makan kerabu style kelantan. Iaitu yang ada santan tu. Kalau bulan puasa, mak mertua saya suka buat kerabu beko. Mak saya pula suka buat kerabu jantung pisang.

Disebabkan susah nak cari beko dan jantung pisang disini, saya buat kerabu pucuk paku. Walla.. Setengah pinggan ratah je sambil tengok TV.


Bahan-bahannya seperti diatas. 

Ikan kembung tu saya guna 5 ekor. Rebus tanpa garam. Bubuh lebih ikan sedap tau, kerabu lemak2 manis gitu. Kelapa pula separuh biji. Jangan garing sangat.

Selain bahan2 diatas, sediakan juga:

- Separuh mangkuk kecil santan pekat

- Pucuk paku yang dicelur. Tips nak bagi daun pucuk paku kekal hijau adalah biar air mendidih dulu, masukkan beberapa titis minyak, baru celurkan pucuk paku.

- Segenggam taugeh yang dicelur sekejap.

- Isi kerang yang direbus. (Optional)



Cara membuatnya:

Gaulkan semua bahan2 diatas kecuali limau nipis. Masukkan pucuk paku dan taugeh yang dicelur. Masukkan santan. Dan akhir sekali perah jus limau nipis. Gaul2 sehingga rata dan secukup rasa.


Yummy.. Memang saya suka ratah je kerabu macam ni selain makan dengan nasi panas-panas. Kalau bagi yang tak suka kerabu berkuah macam ni, tak yah letak santan pekat pun tak pe. Pun yummy juga.

Selamat mencuba!

Siap2 nak masak ikan cencaru sumbat sambal belacan dan pucuk paku goreng belacan pula ni sementara tunggu ayah damia balik dari meeting.

No comments:

Post a Comment