Friday, March 27, 2015

Percutian Damai di Aseania Resort, Pulau Besar II Cantiknyaaaaaa....

Sambungan dari episod semalam..

Lepas sahaja kami sampai di Jeti Pulau Besar, kami disambut baik oleh pelayan dari Aseania Resort.
Dan memandangkan hanya kami sahaja tetamu yang tiba di Pulau Besar ketika itu, terasa betapa VVIP nya kami sekeluarga.

Beg-beg kami semua diangkat dan diletakkan dalam sebuah troli kayu dan akan ditolak oleh pelayan yang seorang lagi. Manakala pelayan yang berjalan bersama kami pula menceritakan kepada kami keindahan di kawasan Pulau Besar ini.

Pelayan ini sempat juga bergurau 
" kalau orang ada masalah, kena cari dek polis atau along, atau nak melarikan diri dari kesibukan kota, Pulau Besar tempat yang sesuai sebab lebih tenang dan privasi berbanding pulau2 yang ada"

Memang itulah yang kami cari
"Ketenangan dan jauh dari masalah kerja dan kesibukan kerja untuk sementara"


Kalau dari simpang tiga jeti, belok ke kanan adalah untuk ke Mirage Resort manakala belok ke kiri pula adalah untuk ke Aseania Resort dan D' Coconut Resort.

Jalan dari jeti lebih kurang 10 minit. Yeayyy..dah nampak bayang2 resort kami.
 Mujur juga tak carry luggage bagai. Kalau tak berpeluh juga. 
Kalau pengalaman di Pulau Sibu atau Pulau Tioman, nak ke resort tu jenuh memikul beg masing2.


Ya Allah. Happynya kami melihat keindahan dan ketenangan panorama disini.
Tak sesak dengan orang.
Hijau je pemandangan.
Chalet pun syle kampung.
Tak sabar nak check in.


Sepanjang perjalanan nak ke lobi resort, sempat juga saya snap pemandangan indah disekeliling.


Kami sekali lagi disambut dengan welcome drink.
Dapatlah minum fresh orange seorang segelas.
Alhamdulillah. Berpelu-peluh jalan dari jeti kan.

Selepas itu, kami pun memulakan urusan check-in di kaunter lobi.
Bayaran chalet dan boat telah dibuat awal-awal di agensi pelancongan di Jeti Mersing tadi.
So, ke lobi just menerima kunci chalet dan juga perkara2 lain seperti waktu makan, bayaran untuk snorkelling dan lain2.

Dan yang paling best, kami dapat privilage check-in awal jam 10:30 pagi.


On the way nak ke chalet kami tu, kena lalu swimming pool lah pulak.
Haishh...anak-anak pula dah tak sabar nak mandi pool.
Saya cakap masuk bilik rehat dan makan tengahari dulu baru boleh main pool.


Yuhuuuu...no bilik kami 503.
Sangat puas hati dengan kondisi bilik ni samada luaran atau dalaman.
Happy sangat. Rumah kat kampung pun tak sekampung ni. Kikiki..



Sumber:http://aseaniabeachresort.com.my

Sepanjang nak ke chalet kami, banyak lagi chalet2 lain yang tersusun rapi disekeliling


Masuk-masuk je chalet kami.
Wahhhhhhhhhhhhhhh....puas hati sangat2.
Dah macam kat hotel dekorasi dalamannya.

Kami memilih deluxe room kerana 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kan.
Ada 1 katil twin dan 1 katil super single.
Ayyunie pula kena bayar extra surcharge RM50 per person.
Harga bilik boleh tengok disini ya. 

Oh ya lupa Nak bagitau pula.
Bayaran untuk naik bot dewasa adalah RM100 per person.
Manakala untuk kanak-kanak pula RM70 perperson.
Total RM340 utk kami sekeluarga untuk bot sahaja.



sumber:http://aseaniabeachresort.com.my

Begitulah keadaan penuh dalam bilik.
Best sangat sebab banyak pintu boleh buka, banyak tingkap boleh buka.
Cuma bilik yang kami bermalam tu tak ada sofa. Digantinya dengan meja kecil.


Chalet2 dihadapan chalet kami.

Lepas sahaja dah rehat dan susun2 luggage, kami segera ke cafe resort pula yang terletak bersebelahan dengan lobi untuk menikmati makanan tengahari. Memandangkan kami tidak mengambil pakej lunch dan dinner, so kami makan buffet sendiri.

Untuk dewasa RM28 per person.
Manakala untuk kanak-kanak pula RM15 per person.

Pilihan ok lah.
Kenyang kami sekeluarga.


Ianya betul2 privasi.
Hanya kami sekeluarga dan 3-4 keluarga lain yang makan di cafe ini.
Nampaknya macam pelancong dari Singapore dan juga luar JB.
Tak ramai pun melayu disini.


Macam2 ada.
Rasa worth it dengan harga RM28 dan RM15 per person.
Makanan pun ada rasa.


Lepas sahaja makan tengahari kami pun jalan-jalan di depan resort.
Terjumpa pula mainan bola bertali ni.
Sakan 3 beranak tu main.
Si anak2 berebut nak menolak si ayah.


Saya pun tak ketinggalan bermain buaian kayu yang terletak cantik disitu.


Kenangan paling manis masa adegan2 diatas.
Sampai sekarang kalau kami semua ingatkan balik adegan2 diatas, mesti ketawa sampai keluar air mata.
Tak nak cerita, biar gambar berbicara. Ngeh ngeh..


Gigih panjat tangga untuk sampai rumah atas pokok ni.

Nak turun gayat pula.
Hahaha

Cantikkan rumah atas pokok ni.
Rasa klasik gitu.

Lepas tu kami semua pun balik semula ke chalet dan tidur sekejap untuk melepaskan kepenatan.
Ya lah petang nanti banyak lagi aktiviti yang kami nak buat.
Kononnya...Hihi...

Bersambung...


No comments:

Post a Comment