Sunday, March 29, 2015

Apa kena mengena tak nak hantar gas dengan GST?

Tak faham..
Betul2 tak faham..

Semalam otw balik dari shopping lauk pauk dan barang2 basah di KipMart Tampoi, singgah kedai runcit area Taman perumahan saya yang biasa, suruh hantar gas. Ya lah rumah saya dah 4-5 hari kehabisan gas, tak sempat nak gi kedai suruh tukar baru. Semalam je cuti.

Sekali pekerja kedai runcit tu cakap "sekarang dah tak ada org hantar ke rumah kak, kena bawa sendiri gas kosong dan tukar sendiri sebab GST dah nak mula".

Hah? Takkan lah kot. Macam mana kalau perempuan yang mengandung ke, orang tua ke atau perempuan yang penuh kelembutan dan tak tahan berat macam saya ni nak tukar tong gas? Kalau suruh suami pun, kena tunggu masa yang sesuai ie waktu balik keje (kesian suami penat) atau tunggu suami cuti.

Saya pun tanya lagi "GST kan start 1 April, harini belum April lagi, takkan tak leh hantar"?

Pekerja tu jawab "Memang bos cakap sempena GST, tiada penghantaran gas lagi". 

Ok fine, saya pun ke kedai runcit yang selang 5-6 buah kedai dari kedai biasa saya pergi, pun alasan sama "dah tak hantar gas kak, sebab GST, kalau nak datang tukar sendiri".

Fuhhh penangan GST sungguh.

Last sekali saya pun ke kedai depan. Tawakal kot2 tong gas masih boleh hantar ke rumah. Alhamdulillah. Boleh hantar lagi, tapi tapi tapi.. Kena extra charge lah. Extra pun extra lah. Janji menyenangkan dan memudahkan kerja kita kan.

Yang tak faham tu apa kaitan GST dengan tak boleb hantar tong gas ke rumah? Ada sesiapa boleh explain.


Menu cepat saya semalam. Balik cepat2 masak kari kepala ikan dalam multi-cooker. Memang 4-5 harini memasak dalam multi-cooker je. Lepas tu ngam2 gas sampai, bakar ikar pula. Pekena pula dengan budu serta ulam daun selom. Fuhh tengahari menambah 3 kali nasi, malamnya 2 kali nasi bersama tambahan lauk daging goreng.

Patutlah pagi ni dan tengahari saya masib belum lapar. Ok dah dah jom sambung buat production!





No comments:

Post a Comment