Thursday, March 26, 2015

Percutian Damai di Aseania Resort, Pulau Besar II Perjalanan bermula


Sabtu, 14 Mac 2015..

Hari pertama cuti sekolah minggu lepas, saya dan keluarga telah bercuti ke sebuah pulau.
Memang percutian kali ini kami telah sepakat untuk memilih Pulau sebagai destinasi percutian. Sejak Cuti Hari Raya Cina yang lepas lagi kami telah survey-survey ke agensi-agensi pelancongan sekitar Johor untuk memilih pakej-pakej Pulau yang ditawarkan. 

Kami telah berminat sangat-sangat untuk bercuti ke sebuah Pulau Privasi iaitu di Pulau Rawa. Tapi malangnya kebanyakan agensi pelancongan memberitahu kami bahawa tempahan bilik dan pakej perlu melalui online iaitu website Pulau Rawa sendiri memandangkan ia memang limited dan privasi. Kami cuba booking online, tapi semua bilik penuh. Full booked! Kami call ke hotel direct pun tak boleh booking. Mesti melalui online sahaja. 

Walaupun pihak agensi pelancongan ada menawarkan pakej2 ke Pulau Sibu dan Pulau Tioman, tapi kami tidak berminat sebab mungkin kami pernah beberapa kali ke pulau-pulau tersebut. Dan yang penting kami nak percutian kali ini lebih privasi.

Mungkin ada hikmahnya, lalu kami pun membuat keputusan untuk balik kampung di Kelantan dan bercadang akan datang bercuti di Pulau Rawa ni pada musim cuti sekolah yang terdekat.


 Pagi sabtu tersebut, kami dah bersiap-siap dengan luggage serta peralatan snorkelling masing-masing untuk bercuti di Pulau. Tapi yang kelakarnya, kami masih samar-samar dan tak ada kata putus nak bercuti di Pulau mana. Kejap Pulau Besar lah, kejap Pulau Rawa lah, kejap di Pulau Tioman lah. Hahaha. Ayah damia kata sampai sana baru decide cari pakej mana yang lebih privasi dan reasonable. Kalau tak sempat, tidurlah kat Mersing. Ok juga tu kan. Tak lah rushing dan desperate sangat.

Sebelum bergerak ke Mersing, saya dan keluarga sempat singgah di UTM untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas anak murid saya yang pernah tuisyen dengan saya 10 tahun dahulu. Sedar tak sedar, sekejap sahaja masa berlalu. 10 tahun dahulu, anak murid saya tu berusia 15 tahun, kini dah berusia 25 tahun. Makin matang nampaknya wajah pengantin. Cikgu dia ni je yang still maintain muda kan. Hik hik..

Jam 12:30 tengahari, on the way nak ke Mersing, tiba-tiba dapat panggilan ada yang nak mendaftar tuisyen pula jam 1 tengahari. Kami singgah di office sekejap. Alang2 tu bolehlah kami menukar pakaian lebih casual dan solat Zohor terus. Jam 2 petang masa nak kunci pintu pagar office, alih-alih dapat lagi panggilan yang ada nak mendaftar tuisyen.

Allahuakbar, rezeki nak bercuti agaknya. Allah nak bagi nikmat bercuti lebih mungkin. Kami tunggu sampailah jam 3 baru bergerak ke Mersing. Sepanjang perjalanan tu, kami berkira-kira juga takut feri penuh ke, resort penuh ke, sebab musim cuti sekolah kan. 


Jam 5 petang, kami pun tiba di Jeti Mersing.
Perkara pertama yang kami buat adalah bertanyakan feri terlebih dahulu.
Walla. Ramainya manusia-manusia di jeti tersebut.
Dah macam musim Raya nak balik kampung dah.
Masing2 ada yang menarik luggage, ada yang membawa alatan memancing, ada yang membawa peralatan radiao dan BBQ serta macam2 lagi lah.

Padah walk-in musim cuti sekolah!
Feri semua penuh.
Yang available keesokan pagi jam 3:30 pagi dan jam 4:30 petang.
Fuhhh. Ini tak boleh jadi.
Takkan jam 3:30 pagi lagi angkut anak2 semata2 nak ke Pulau kan. Kalau 4:30 petang dah terlalu lewat.
 So kami memilih percutian yang menggunakan bot persendirian lah senang. Maksudnya bot hak milik resort-resort yang ada di Pulau-pulau Privasi.

Lepas tu kami ke agensi pelancongan yang terdapat di sekitar jeti tersebut untuk survey-survey. 
Pulau yang bermain di kepala kami hanyalah di Pulau Rawa dan Pulau Besar sahaja.
Tapi memang tak ada rezeki kami lah nak bercuti di Pulau Rawa.
Pulau Rawa full!
So kami pun memilih untuk ke Pulau Besar pula.
Pulau Besar hanya ada 3 sahaja resort. 
Iaitu Aseania Resort, D'Coconut Resort dan Mirage Resort.
Akhirnya kami memilih Aseaia Resort atas recommended beberapa pihak agensi disekitar.
Kata mereka Aseania Resort paling cantik dan semestinya harganya pun agak mahal jika dibandingkan dengan 2 resort yang berdekatan.

Alhamdulillah, masih ada kosong. Tapi hanya untuk 2 hari 1 malam sahaja.
Kalau nak 3 hari 2 malam, memang full.
Akhirnya kami pun bersetuju dan booking. 
Esoknya jam 12:30 tengahari tunggu di jeti untuk naik bot ke Aseania Resort.


Memandangkan hari pun dah lewat petang menunjukkan ke angka 6, kami pun bermalamlah di Hotel Seri Malaysia Mersing. Tak sampai 5 km pun dari Jeti Mersing tu. Booking pun via Trivago. Selalunya via Agoda, Tapi tak ada pulak Hotel Seri Malaysia ni dalam senarai hotel2 di Mersing dalam Agoda. Not bad services Trivago. Cepat dan pantas. 

Pilihan bilik adalah family room seperti gambar diatas. Tapi tak adalah bakul buah-buahan tu. Sumber gambar dari internet je tu. Handphone saya tak ada bateri masa ni nak snap gambar.


Yang bestnya tu, bilik kami menghadap swimming pool.
Apa lagi both Damias.
Merayu-rayulah nak pergi main air walhal penat dari JB pun tak hilang lagi.
Tapi si ayahnya memang baik hati. Penat macam mana pun tetap kemahuan anak dituruti.
Memang ayah mithali.
Sementara saya dalam bilik sempat baring2 dan solat asar sekali.

Malamnya pula lepas maghrib, kami ke Medan Ikan Bakar Mersing untuk menikmati makan malam dan menghayati angin sepoi2 bahasa dari pantai. Banyak betul pilihan kedai makananannya. Pilih aje yang mana dan nak makan apa.


15 Mac, Ahad

Kami sekeluarga turun untuk makan sarapan pagi di cafe hotel.

Tiba-tiba dalam jam 9 pagi, ayah damia dapat panggilan dari agensi pelancongan semalam bahawa ada extra bot akan ke Aseania Resort. Sebab ada orang urgent dari Resort nak balik ke Jeti. So kami boleh check-in awal jam 10 lebih. 

Subhanallah. Seperti pucuk dicita, ulam mendatang.
Siapa tak nak check-in awal kan.
So lepas makan, kami siap2 naik kemas barang dan check-out dari Hotel Seri Malaysia.

Otw nak ke Jeti Mersing tu, sempat singgah Mini Giant untuk membeli barang-barang keperluan makanan sekali.


Sementara menunggu ayah mereka parking kereta di Jeti Mersing.


Both Damias teruja nak naik bot walaupun ni bukanlah first time mereka naik bot.
Siap tanya itu ini. Sama tak dengan bot kat bla bla bla lah, bot ni pening macam kat bla bla bla lah..
See, tak ada orang langsung pun menunggu bot dan feri masa ni.
Sebab kami naik bot privasi.


Yeayyy bot dah sampai. 


Pekerja agensi pelancongan Aseania Resort yang sentiasa membantu kami angkat barang.
Very friendly dan helpful.
Tu dukung Aleesya ok lagi.
Dukung Ayyunie...hurmm..Hihi..


Selamat tinggal Jeti Mersing...


Hanya kami berempat sahaja dalam boat termasuk pemandu bot dan pembantunya.
Hahahaha...feelings bot ini aku yang sewa. Kih kih..

Dari Jeti Mersing ke Aseania Resort tak lama.
Dalam 20 minit sahaja.
Tapi memandangkan sekarang ni musim panas, air cetek.
So dari jeti mersing hingga ke aras yang dibenarkan, memang slow sangat perjalanan boat ni.
Tapi bila dah sampai kat air pasang, Masyallah....bukan main laju lagi bot ni weiii..

Sakit punggung-punggung tau. 
Sebab bot ni kejap-kejap melompat.
Dah macam main roller coaster dalam laut pula.

Percikan air laut tak yah cakaplah.
Habis basah separuh badan kami semua.
Hahaha. Masin weii masin baju, muka, tangan dan kaki kami.


Jangan nak berangan sangat ada line kat tengah2 laut ya. Kikiki..


Kesian bot sebelah kami ni.
Tergendala perjalanananya sebab enjin bot terbenam dalam air gara-gara air cetek.
Kesian diaorg. Saya tanya pemandu bot saya, pastu diaorg tu macam mana?
Pemandu bot saya kata "tunggu air pasang baru boleh jalan balik".
Perghhh...sekarang baru jam 10 pagi. Air pasang tengahari.
Masakkkkk tunggu kat tengah2 tu.


Bot yang bersama-sama kami ke Aseania Resort.
Kami naik todak II.
Todak III ni bawa barang2 bekalan makanan untuk dimasak di Resort nanti.


Yuhuuuuu, kami telah menghampiri jeti Pulau Besar.
Excitednya kami!


Subanallah.
Cantiknya panorama resort yang akan kami bermalam tu.
Pantai pun biru je airnya.
Coral pun dari jeti dah nampak bayang-bayangnya.
Haishhh ni yang tak sabar nak cepat-cepat check-in dan menghayati keindahan Pulau Besar ni.


Gambar penuh bot yang kami naik tadi.

Pelancong yang urgent nak balik semula ke jeti.


- ada ke yang nak baca kesinambungan cerita ni? Kalau ada esok bersambung ya-


No comments:

Post a Comment