Episod sambungan cuti-cuti damai di Pulau Besar kembali lagi.
Lepas sahaja bangun dari tidur petang, anak-anak bukan main lagi merayu-rayu mengajak kami ke swimming pool. Aduss..walaupun dah jam 5 petang, tetapi cuaca masih panas. Namun ajakan anak-anak tidak kami perlekehkan. Siap2 pakai losyen dan sunblock, terus sahaja kami menuju ke kolam. Hanya kelihatan sepasang pasangan muda berbangsa cina sahaja yang ada di jakuzzi swimming pool tu.
Selain dari bermain air di kolam, si ayah pun turut sama mengajar Aleesya cara-cara untuk menggunakan snorkelling gear dengan betul. Sebelum ni dah pernah ajar, cuma kali ni biar Aleesya lebih pandai lagi mengawal teknik pernafasan dan hembusan. Ayyunie memang tak nak belajar. Takut katanya.
Ayyunie sibuk nak berenang aje.
Saya pula malas betul nak berendam dalam kolam renang kerana kepanasan.
So, snap sana snap sini lah kerja saya.
Lepas dah puas mandi kolam, saya pula bersungguh mengajak mereka untuk bermain pantai dan snorkelling di persisiran pantai. Ya lah kalau setakat main kolam, mana2 hotel pun ada kan. Hiks..
Jam lebih kurang menunjukkan angka 5 lebih.
Tapi cuaca masih panas lagi.
Panas pun panas lah. Saya tak kira, tetap nak snorkelling di persisiran pantai juga.
Tak sabar nak tengok keindahan hidupan laut.
Rindu nak tengok ikan2 warna warni berenang depan mata kita.
Saya bawa 2 snorkelling gear dari rumah siap2.
Lama dah jangka hayat google saya tu.
Kalau tak silap dah berusia 7-8 tahun.
Tapi masih baik fungsinya.
Saya hanya menyewa 1 buah google sahaja lagi untuk Aleesya.
RM10 untuk kegunaan sampai kedai tutup.
Jacket keselamatan pula saya sewa 3 unit sahaja sebab Ayyunie dah bawa yang dia punya.
Jacket keselamatan harga sewanya RM5. Guna sampai kedai tutup juga. Hihi..
Pemandangan jeti Pulau Besar.
Kalau pergi situ, jelas nampak coral dan ikan2 berenang.
Ayah Damia yang excited nak Aleesya tengok ikan2 warna warni yang berenang depan kita.
See, rumpai laut pun penuh tepi2 pantai.
Saya siap cakap, rumpai laut ni lah kan org buat kolagen.
Ni kalau kutip semua, proses sikit, jual mahu laku keras ni... kikiki..
Pondok tempat kita sewa semua snorkelling gear, basikal atau equipment lain.
Kalau waktu petang dalam jam 6 lebih, pondok ni akan jadi bar.
Maka penuh lah mat salleh dan bangsa2 lain enjoy percutian mereka disini sambil menikmati deruan ombak pantai.
Lepas tu saya pun turut menyimpan kamera DSLR dan dompet semua disini.
Maka saya pun betul2 enjoy percutian kami dengan snorkelling disekeliling pantai.
Walaupun persisiran pantai, tapi memang ada coral dan ikan2.
Lepas tu saya ke jeti pula untuk melihat lebih banyak ikan2.
Ada yang lebih besar, ada ikan todak dan macam2 ikan besar lagi.
Haishhh takut pula saya. Kejap je kat jeti tu, lepas tu kami kembali semula ke persisiran pantai.
Memang puas hati kalini.
Saya siap guling2 dan tidur kat pasir pantai lagi.
Tak kira dah panas pun.
Lepas tu makin lama makin ada pengunjung2 yang turut snorkelling di persisiran pantai bersama anak2 mereka. Btw kalau nak lebih adventure, boleh aje sewa bot snorkelling ke tengah2 laut. Tapi kami tak nak sebab memikirkan Aleesya dan Ayyunie yang masih tak pro bersnorkelling. Cukup ditepi pantai sahaja.
Hari semakin senja.
Saya dan ayah damia dah berhenti snorkelling.
Kami berehat seketika memerhati alam dan menikmati keindahan.
Kemudian kami juga melayan both Damias main pasir pula sementara menunggu matahari terbenam.
Subhanallah.
Jarang2 kami dapat melihat sunset live dari awal hingga akhir.
Kami mengambil kesempatan menunggu matahari terbenam dan betul2 hilang dari pandangan kami.
Masa ni datang pula idea nak buat bentuk love begitu dengan tangan kami.
Alaaa...macam yang selalu kami nampak org buat tu.
Kalini kami sendiri pula berkesempatan mengamit memori bersama sunset di Pulau Besar ini.
Terima kasih Ya Allah.
Cubaan ayah damia untuk ajar Aleesya dan Ayyunie buat bentuk love macam kami buat tadi.
Tapi hahahaha...misi tidak berjaya.
Tak pe lah anak2..nanti kamu berdua pandailah sendiri nak buat cam mana.
Sempat main kejar-kejar tu.
Lepas tu, kami pun sambung main kolam lagi.
Kolam buka sampai jam 8 malam.
Bersihkan diri dengan pancutan air bersih, lepas tu terus kedabooom dalam kolam renang.
Saya dan ayah damia sempat juga berjakuzi.
Ramai juga orang main kolam petang2 ni.
Lepas tu balik chalet. Mandi, solat dan makan malam.
Dan yang kelakarnya, yo yo or je cakap lepas makan, rehat kejap sambil baca buku2 motivasi yang dibawa dari rumah, then keluar jalan2 ke resort2 sebelah atau ke jeti untuk melihat org memancing. Sekali baru je baca tak sampai 5 helai, saya tengok anak2 dah tertidur. Ayah damia pun tertidur. Saya pun apa lagi, tarik selimut terus tertidur juga. Hahahaha..
Dan betullah orang kata, tidur yang cukup walaupun sekejap adalah tidur yang berkualiti.
Saya tersedar. Ingat dah subuh, sekali tengok baru jam 11 malam. Hah??
Rasa macam dah lamaaaaaaa sangattttt tidur, tapi baru jam 11 malam?
Lepas tu ayah damia pula kejutkan saya, tanya dah subuh belum?
Saya pun tengok jam. Hah??? Baru jam 1 pagi lah bang.
See, nampak tak? Rasa macam tidur lama, tapi baru jam berapa.
Saya pasti ini tidur yang benar2 berkualiti kerana percutian damai ini.
Bersambung episod lain apa pula aktiviti kami keesokkan pagi ya.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::