Bermula dari jumaat hingga hari ahad lepas, stokis CocoDamia, Puan Ruziyah telah berada di MITC sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
En Khairuddin a.k.a ayah damia turut sama turun padang ke Melaka dari JB untuk membantu stokis CocoDamia memberi kata-kata perangsang serta khidmat nasihat.
Manakala saya dan anak2 pergi keesokan harinya bersama ayah damia jua. Pergi pun dah lambat, jam 6 petang baru bertolak sebab pagi tu semua OT kat kilang CocoDamia.
Yeayy!!! Kini CocoDamia berkembang lagi setapak.
Kami dah mempunyai Booth Stand sendiri.
Dengan ini baru CocoDamia dapat berdiri gah lagi berkeyakinan di tengah2 produk lain.
Untuk setiap karnival dan pameran di booth2, memang Coklat IQ ada jua dijual dalam bentuk sachet bagi memudahkan para pengunjung rasa dahulu coklat IQ ni.
Dan yang pasti, harga walk in jauh lebih jimat berbanding dengan harga online.
So, lepas ni mana2 pengunjung yang nak ke booth CocoDamia di mana2 karnival atau pameran, dari jauh dah boleh nampak ya. Testimoni2 terpilih juga ada utk dibaca oleh siapa2 yang tak pernah lagi singgah di FB: Coklat IQ.
-Gambar-gambar dibawah adalah saya ambil dari FB stokis tersebut-
Kenangan bersama Melaka FM
CocoDamia turut menarik perhatian salah seorang deejay disitu utk menjadi dealer. Alhamdulillah..
Kenangan bersama penari kebudayaan Melaka.
Abang traffic pun berminat dengan CocoDamia ni.
Saya dan keluarga yang singgah sekejap di Booth CocoDamia di MITC. Alhamdulillah, sambutan yang mengalakkan. Ada yang nak jadi pengedar dan stokis.
Syukur dengan Rezeki yanh Allah kurniakan kepada kami. Semoga keberkesanan dan kebaikan CocoDamia diperluaskan dan menambah nilai kepada masyarakat sekeliling. Amin
P/s: Dan harini pagi2 lagi otw ayah damia ke Pontian ambil barang, dah COD cocodamia. Pastu nanti otw ke Putrajaya, singgah Melaka hantar stok berdozen2 utk stokis baru. Pastu singgah ayer keroh utk hantar setengah dozen kepada regular customer. Then pergi puchong hantar utk stokis baru disana pula. Then at the same time, saya suruh ayah damia collect hadiah2 contest yang saya menang. Hihi.. Then malam pula ada taklimat bersama 600 usahawan di Putrajaya. Alhamdulillah.. Ayah Damia jadi Iron Man, saya jadi iron lady disini..:)
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::