Friday, September 27, 2013

Wahhh bas dah canggih!!!

Statement kat atas adalah utk org yg jakun naik bas utk perjalanan jarak jauh dan juga utk orang yang dah lama giler tak naik bas ekspress! Hihi


Fuhh sangatlah kelam kelibut sejak awal pagi lagi. Jam 5:30 pagi baru nak packing semua baju2 dan baru nak gosok baju bagai. Ya lah dah 4 hari jadi SUPERIBU. So semua benda kena buat sengsorang. Janji ngan staff saya yang tak gi KUD2013, kul 7 amik saya kat rumah gerak nak gi Sri Putri, sekali kul 7 baru dia keluar dari rumah dia. Dah tu jalan jammed giler gaban pulak tu. 

Pastu kena singgah kilang CocoDamia amik berdozen2 stok Coklat IQ lagi. Ayah damia cakap stok yg bawak 13 dozen selasa lepas tinggal 3 kotak jer lagi. Hah? Alhamdulillah..So jammed jammed pun memang terpaksa singgah kilang amik stok yang baru siap jam 7 petang semalam.

Dan nak elak jammed, terpaksa lalu jalan shortcut dalam UTM.. Alhamdulillah, Allah sayang kami. Walaupun dalam UTM banyak kereta dan bas, tetapi jalan smooth.

Ngam2 sampai tempat tunggu bas, tunggu dalam 10 minit, bas pun sampai.. Syukur walaupun agak kelam kelibut disitu. Tu tak cerita lagi otw tadi, kereta depan kami langgar kereta depan dia, kereta depan kami boleh pulak dan dan rosak, kena follow driver yang slow giler bawak kereta. Haha.. Macam2.. Ada hikmah disebaliknya tu!


Naik jer bas... Wahhh sangat best weiii. Bas luas giler.. Seat canggih macam dalam flight keluasan dan dimensi panjangnya. Tak tersekat kaki panjang saya ni.. Lutut pun jauh lagi nak kena seat depan. Siap boleh adjust baring 45 darjah.. Haha.. Statement org jakun ni..
See Ayyunie happy giler dapat naik bas. Nak duduk ngan kakak2 staff ibu both Damias harini. Bagus, senang ibu nak updated blog dalam bas ni hah!


Yang paling penting, tak ramai org dalam bas ni. Ramai lagi staffs CocoDamia dari passenger luar. 3 orang jer passengers. Haha dah macam bas CocoDamia ni. Yang penting turun terus kat Putrajaya. Nak naik flight susah oooo, sapa nak jemput ramai2 ni kat LCCT? 

Kawan2 dalam group whatapps pun teruja tgk gambar bas ni. Diaorg cakap macam seat exam dah hah. Kikikiki.. Ya lah masing2 kan dah lama giler tak naik bas since semua ada family dan berkereta besar2.. Hihi

Ok lah, siap buat entry dalam bas Plusliner ni. Sedikit tips utk uolss yang nak ke Putrajaya dari JB, hanya naik bas Plusliner dan Transnasional sahaja ya. Yang lain2 tak turun Putrajaya..:)

Ok lah, nak tido dulu.. 
Both Damias tak sabar nak jumpa ayah diaorg ni. Rindu kata mereka.. Ibu pun rindu ayah juga ni!!!! Opssss..

P/s: Untuk update2 dan gambar2 terkini di KUD2013 di Putrajaya, jangan lupa LIKE fanpages : Coklat iq ... ada gambar2 silent reader blog ibuayahdamia, ada gambar2 org yang teruja melihat lubanah dan pelbagai gambar2 program menarik disana.
Jumpa disana ya Uolss. Jom jom..

No comments:

Post a Comment