Monday, September 30, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Api


Terdapat 1001 kenangan manis sepanjang saya dan team CocoDamia berada di KUD 2013 di Putrajaya ini. Selain daripada jualan Stok CocoDamia yang laris sampai 3 kali pinjam dengan stokis, dapat juga berjumpa dengan silent2 reader, blogger, kawan2 alam maya dan juga yg best kawan2 zaman sekolah menengah dulu! Nanti saya cerita details pasal corat coret sepanjang saya berada di KUD 2013 ya.

Dan antara yang paling best juga di sana adalah makan, makan, makan.. Haha

Terdapat pelbagai gerai kat KUD 2013. Tapi yang paling menarik, gerai2 yang menawarkan makanan asli dan original bagi setiap negeri. 


Mula2 sampai dari JB lagi jumaat haritu, ayah damia terus ajak makan. Ya lah hampir 4 hari tak jumpa, apa lagi time ni lah nak tenung muka anak2 dan isteri kan.. Muahahaha.. Saya pilih gerai N. sembilan sebab dah lama sangat tak makan "daging salai masak lemak cili padi"..


Ni lah rupa daging salai tu. Alhamdulillah.. Best best.. Lepas tu ingat nak try "telur itik masak lemak gulai cili api" dengan belimbing buluh, alahai ramai lah pulak orang yg beratur.

Aleesya dengan makanan lemang+ ketupat dan rendang, Ayyunie pula sama menu suka makan sup original dari Gerai Kedah.


Aleesya yg snap gambar ni. Pantang nampak ibu ayah "I Love You", mesti dia nak snap.. Hihi..menurun dah hah hobi suka amik gambar kat Aleesya ni..


Lepas tu hari keesokannya kami makan makanan di gerai kelantan. Mana boleh tahankan tgk nasi kerabu asli dari kelantan. Ramai betul orang kat booth ni. Uniknya yang membeli di gerai ni majoriti cakap kelantan.. Hihi


Tu lah menu utamanya. Saya siap beli nasi kerabu dan sup tulang itu!!! Best best..

P/s: alhamdulillah.. Ayah damia baru dapat call dari MICCOS utk karnival besar-besaran yang akan datang di KL lagi.

P/s: Hujung minggu ni temui team cocodamia di event "satu daerah, satu produk" di Plaza Angsana!

P/s: Petang nanti ada meeting di Pejabat daerah Johor Bharu bersama dengan aensi2 kerajaan. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Berilah berita yang baik-baik sahaja kepada kami  CocoDamia. Terima kasih Ya Allah.





No comments:

Post a Comment