Monday, August 3, 2020

Raya Haji dan Korban dalam PKPP yang pasti akan diingati


Sedekah kita boleh buat pada bila2 sahaja selama 365 hari setahun. 
Tapi ibadah Korban Allah hanya peruntukkan 4 hari sahaja setahun.

Alhamdulillah. Moga diberkati segenap ibadah Korbanku tahun ni. Aaminn.. 


Sedikit catatan Korban dalam PKPP dan patuh SOP yang pasti akan diingati.

❤ Penama Korban akan wakilkan kepada pihak surau untuk menyempurnakan ibadah Korban.
❤ Pihak surau akan menelefon penama Korban untuk akad Korban dan jelaskan perbelanjaan setiap sen wang yang dibayar serta bertanyakan penama nak 1/3 daging atau kesemuanya? 
❤ Proses sembelihan lembu dan melapah akan dilaksanakan oleh pihak ladang manakala proses pemotongan dan pembungkusan dilakukan di surau. 
❤ Bilangan petugas bagi seekor lembu ditetapkan seramai 5 orang sahaja. Pihak Surau
menggalakkan penama Qurban @ wakilnya untuk turut menjadi Petugas.
❤ Untuk 5 ekor lembu korban hanya 25 orang Petugas & AJK Surau sahaja dan semua pintu masuk akan dikunci.

Memandangkan tahun ni sembelihan semua di buat di ladang yang mempunyai permit sembelih maka turn nak tunggu lembu tu memakan masa. Bayangkan 1 hari beratus ekor lembu kena sembelih oleh pihak ladang. Permintaan melebihi pengeluaran. 


Ya jam 2 pagi baru selesai semuanya.
Sepatutnya kalau ikut perancangannya 9 pagi lembu2 dan boleh bawa balik dari ladang.
Tapi rupa2nya jam 6 petang baru sembelih lembu ikut turn.
Makanya lepas isyak juga lah baru boleh potong, timbang dan bungkus daging2 korban.
Tu yang sampai jam 2 pagi baru siap semua.

Faham, first time berlakukan sebab semuanya dalam PKPP..
Selalunya kat ladang2 penternakan ni ramai pekerja2 asing.
Ni semua dan balik negara masing2.
So faktor kekurangan manpower pun ya akibat delay2 ikut turn sembelih lembu.


Masing2  bergotong royong di surau.

Pukul 2 pagi tu ayah damia bawa balik daging2 ke rumah, terus simpan dalam chest freezer.


Esok paginya lepas subuh dan sarapan, barulah kami anak beranak gotong royong pula kat rumah bahagi2kan daging dalam plastik untuk diagihkan pada jiran2 dan juga staffs2 kami.
Seronok ya Daim ikut ayah bagi2 kan daging.
Suara dia punyalah kuat bagi assalamualaikum...haha


Syukur Alhamdulillah..
Walaupun dalam PKP, tapi masih dapat melaksanakan ibadah korban tahun ini.


Selingan sat..


Dan menu daging korban kami adalah Daging goreng kunyit dan Sup Tulang wajib lah kan..


Ni pula gambar2 Raya Haji yang pertama.
Tak balik kg tahun ni..
Tapi kami tetap ceria dan bersyukur sambut dalam kesederhanaan..
Bukan main lagi ya masing2 buat muka..


Tak kira beraya dimana, asalkan bersama keluarga..


Daim The Superhero


Menikmati juadah raya korban..


Ibu dan anak2 dara..

 
Raya Haji tahun ni pakai Jubah yang beli kat Mekah tahun 2013. 10 riyal je harganya.
Tapi selesa sangat2. Beli sampai 2 helai berbeza warna.
Dan yang penting saiz M dia besar dan labuh. 
Sesuai lah dengan ketinggian diri 171cm ni.


Juadah di pagi raya.
Semua masak sendiri kecuali lemang tu je beli..

Alhamdulillah untuk tahun ini, moga ada rezeki dan peluang lagi untuk menjalani ibadah korban untuk setiap tahun yang akan datang. Aaaaminn..



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment