Monday, July 27, 2020

Jalan-jalan cari makan Johor

 Cerita hari sabtu lepas (18 July 2020).
Bawa parent in law jalan-jalan cari makan.
Bermula dari JB - Kluang - Mersing - Endau -  Rompin -  JB.


Pit Stop yang pertama adalah di Kluang Rail Coffee Station.
Gerak dari JB jam 8 pagi.
Sampai dalam jam 9 gitu.
Sampai2 nampak panjangnya orang beratur.
Tapi sebab dah datang dari jauh kan..
Gigih juga beratur.
PIL, Daim dan Ayyunie kitaorg suruh duduk dulu kat bawah pokok redup.
Dah nak sampai giliran baru panggil masuk beratur.
Tapi sebenarnya lagi kesian kat orang2 yang datang lepas kitaorg.
Sebab panjang gilerrrrrrrrr beratur weiiii..
Lagi panjang dari barisan yang kitaorg mula2 sampai tadi..
Fuhhh..gigih masing2 nak makan kat sini kan..


Finally, selepas 35 minit beratur..
Nasib baik juga menu2 yang kami order cepat sampai.
So tak rasa nak penat sangatlah beratur..hihi..

Antara menu yang wajib order kalau datang sini semestinya lah Kopi Ais tu..
Bagi peminat kopi memang puas hati macam saya..
Lain2 menu, roti bun bakar atas arang, roti kaya butter, telur masak separuh, meehoon siam, nasi lemak bungkus.
Ayyunie makan lontong dan MIL nak try laksa Johor..
Sedap tapi pedas pula bagi MIL..


Makan simple serba sikit gini pun dah kenyang kan..


Total harga dalam RM49++ gitu..
Oklah harganya harga kopitiam sebenar kan..
Bukan harga kopitiam hipster...hihi..


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Mersing pula.
Mula2 sampai Mersing cari kedai buku atau kedai photostat dulu..
Nak settle kan urusan binding Aleesya ni..


Dah sampai Mersing, mesti singgah kat Perusahaan Keropok Hj. Puteh ni.
Saya shopping ikan2 masing dan MIL shopping belacan dan macam2 sos nak bawa balik Kelantan nanti. Kat Mersing kami tak cari makan sebab perut masih kenyang lagi masing2.




Kemudian kami ke Endau pula..
Saja jalan2 ambil angin pantai.
Pantai yang sesuai untuk piknik dan landai adalah di Pantai Pasir Lanun Penyabong.
Ramai yang datang piknik sambil mandi pantai dan buat BBQ..


PIL pun nak juga ambil gambar kenang-kenangan kan..


Walaupun cuaca panas, tapi angin sepoi2 gitu..


Bukti Pasir Lanun..
Btw ni kali ke2 kami singgah sini..
Dah pernah singgah sini masa bulan 10 2019 aritu..
Masa bawa budak2 PT3 2019 holiday ke sini..


Lepas tu balik dari Pantai Pasir Lanun, singgah di Jeti Pantai Penyabong ni pula nak makan tengahari.
Tak jauh pun lokasinya.
Tak sampai 5 minit dah sampai.
Lunch kami semua teringin makan Ikan Celup Tepung..

Bagus tokey Ikan Celup Tepung, siap sediakan benyak kaki payung untuk customers beratur dalam kepanasan.

Eh eh abang kat belakang kita tu photobomb pula.
Nasi baik dia tak minta no tel kita suruh whatsapps gambar dia kan..


Sabar beratur dalam kepanasan masing2...


Harga pun murah2..
Ketam, udang, ikan dll fresh dan rangup namateyyyyyy..
Ni pun bukan first time kami datang sini..
Selalu kalau lalu Endau waktu siang, memang singgah makan2 kat sini..


Pilihan kami..
Ketam, udang, ikan dan keropok..
Nasi lemak bungkus dan nasi dagang bungkus ayayh damia berkenan..


Lunch yang sangat best..
Simple tapi setiap inci rasa puas hati..
Sosnya tu sedap gilerrr..
Memang ada rasa yang tersendiri lah..

Kat sini sempat kami solat di surau yang disediakan..
Surau dan tandas memang bersih sungguh..


Dan destinasi terakhir..
Kami ke Rompin pula..
Kat sini pun kami tak cari makan sebab perut masih lagi kenyang..
Tujuan ke Rompin ni adalah nak tunggu SIL dan family yang balik dari Pulau Tioman.
Kerana PIL akan naik kereta mereka untuk balik ke Kota Bharu.

Sementara tunggu feri sampai dari Tioman, kitaorang rehat2 dulu di Masjid berdekatan Jeti Tanjong Gemok.

Jam 6 petang kami pun gerak dari Rompin balik JB..
Dalam jam 9 malam, alhamdulillah sampai JB.
Sebelum sampai rumah, singgah dulu restoran berdekatan makan malam siap2..

Tamat sudah cerita JJCM Johor kami...



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment