Thursday, July 23, 2020

Riang Ria di Melaka Bird Park

11 Julai 2020.
Dah lepas check out dari sini..
Terus gerak ke Zoo Melaka sebab dah janji dengan Daim nak bawa dia pergi Zoo..
Tapi alahai....bukan main ramainya orang beratur nak masuk Zoo..
Kerana PKPP ni, sesi nak masuk ke dalam Zoo pun terbahagi 2 sesi.
Sesi pagi sampai jam 1 tengahari.
Masuk semula untuk sesi petang jam 2 petang.
Last2 kami decided nak pergi Melaka Bird Park je lah sebab kurang crowded.
Janji bawa Daim jumpa binatang...hihi..


Cantiknya lahai peacok warna putih ni..
Gerammm tengokk..
Tapi nak pegang takut dia patuk pula..hihi..


Uniknya burung ni..
Siapa tahu nama apa burung ni?


Burung kakak tua pun jinak2 belaka..


Entrance masuk..


Di perkarangan masuk ada pameran dinosour..
Mungkin pameran yang sebelum PKP punya kot..
Sebab nampak kurang terurus sikit dinosour2nya..


Budak baya2 Daim ni memang teruja lah tengok dinosour2 ni..


Ni pun tak berfungsi..
Kalau tak boleh tengok secara virtual realiti kehidupan dinosour2..


Nampak je gigi tajam tu, tapi plastik..


Kami membuat tindakan tepat dengan bawa Daim jalan2 ke Melaka Bird Park ni.
Dah lah kurang crowded..
Redup pula tu..
Burung2 pun jinak...


Us..
Ayah Damia tak masuk sebab nak berehat dan tidur dalam kereta sebelum bertolak balik JB.
Malam tadi tak dapat tidur lena sebab sakit tangan katanya..
Sakit urat makan banyak sangat durian kot..hihi..

Apa2 pun Alhamdulillah..
Walaupun dalam PKPP, tapi kita masih boleh berjalan2 dan holiday dalam Malaysia..
Yang penting jarak kena jaga, basuh tangan selalu dan pakai mask bila perlu.
InsyaAllah, kita jaga kita ok.

Semoga Dunia cepat sembuh dan dijauhi dari COVID-19.
Aaaminn..


 Jom tonton aksi2 dan keletah2 Daim di dalam Melaka Bird Park


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

4 comments:

  1. seronoknya spent masa dengan anak2 kat sni

    ReplyDelete
  2. yang dewasa pun rasanya excited kalo p tempat2 cemni..
    kanak2 mesti lagi suka hehe..

    ReplyDelete
  3. Han Hanni - syok riang ria disini, redup, tak ramai orang dan burung2 pun jinak..

    ReplyDelete
  4. Siti Yang Menaip - ah ah, syok sebab redup je dan tak ramai sangat orang.. tempat pun tak luas sangat..just nice lah bawa budak2 chill2 kat sini kejap..

    ReplyDelete