Idea seorang ayah/suami.
Buat dan jahit extender mask sendiri.
Khas untuk anak2 daranya.
Dan isterinya sekali.
1. Mula2 ambil pengikat rambut yang elastik dan tebal (kat kedai ECO banyak).
2. Gunting bagi putus.
3. Cari butang2 baju yang tak pakai dalam almari.
4. Jahit butang hujung kiri dan hujung kanan di pengikat rambut dengan kemas.
(walaupun dalam gambar jahitan tak kemas )
5. Sangkutkan tali mask pada kedua2 butang kiri dan kanan.
6. Siap! Boleh dipakai kesana kemari.
Dah lah hensem, pandai jahit pula tu. Terima kasih ya bang ❤️.
Btw diri sendiri pun tak pernah terfikir nak jahit sendiri. Asyik nak beli je. Haha..
Tapi yang DIY ni lagi best pakai dari yang beli tu.
Sebab getah rambut ni memeri dengan lebar dan panjang serta tak mencengkam kepala.
Sangatlah selesa.
Nanti uolss pun bolehlah try jugak..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Macam Cik TK, tak pernah beli lagi setakat ni. Satu mama Cik TK buatkan untuk Cik TK. Kemudian, Cik TK buatkan yang kait untuk mama dan adik perempuan Cik TK
ReplyDelete