Wednesday, August 26, 2020

Bercuti di Lotus Seaview Beach Resort & Spa

Ada yang keliru.
Ni bukan Lotus Desaru yang kat Bandar Penawar tu.
Ni Lotus Seaview Beach Resort & Spa kat Tanjung Punggai, Pengerang.
Tapi still under management dan group yang sama.

Amboi bukan main lagi Daim ya..
Paling sporting posing..

Desaru is too crowded kalau musim cuti. So sebagai alternatif kami bercuti di kawasan kampung. Nak cari makan pun senang. Banyak gerai2 atau restoran2 orang kampung tepi jalan.

Landscape dan layout kat resort ni cantik. Banyak pokok2 dan bunga2. Tapi swimming pool nya jauh dari main lobby dan resort. Kena keluar guard dan jalan sikit ke bangunan sebelahnya. Hanya yang ada wristband je boleh main pool tu. 1 bilik dapatlah percuma 2 atau 4 wristband. Yang selebihnya kena beli RM5/person. Masa check in juga dapat voucher f&b RM20. Tapi rasanya ramai yang tak guna sebab kedai makan banyak pilihan area sini.

Selain resort ni, kat sebelahnya ada Arena Sepang Resort dan Tanjung Sepang Resort. 
Tapi yang Lotus Seaview ni lah paling baru dan moden sikit. 
Baru buka untuk public since tahun lepas. 
Sebelum2 ni hanya untuk long term rental saja.

Kami masa mula2 sampai..
Seharian redup je dan hujan rintik2 kadang2..

Halah halah Daim..
Sweet sangat..
Bab posing serah kat dia..

Sarapan pagi tak banyak sangat pilihan.
Dihidangkan secara buffet, tapi staffs cafe yang akan ambilkan untuk kita..
Tu menu diatas saya cuba makanan India..
Rawa Upma dan juga kuah Chutney..

Upma tu dibuat dari tepung suji..
Macam tepung gandum tapi kenyal2 ada campuran rempah dan dal.
Kuahnya pula agak pedas..
Tak cuba tak tahu kan..

Mee goreng, nasi goreng, sandwiches, buah-buahan, sosel dan menu2 basic yang lain..
Apa yang pasti kebanyakan makanan kat sini pedas2..

Kita bagitau nak makan apa, nanti staffs cafe akan bagi kat kita.
Pendek kata kita tak boleh sentuh makanan yang dihidangkan secara buffet tu...

Aneka buah-buahan..

Bilik yang kami stay untuk 1 malam..
Bilik SP101..
Antara bilik paling dekat dengan cafe dan pantai..

Paling suka pintu toilet ni..
Nampak classy..

Benda wajib bawa ni kalau check in mana2 hotel...
Selagi pandemik ni tak betul2 BERSIH, kita beringat2 lah ya..

Tapi paling best kat sini pantainya landai. Tak bahaya untuk budak2....
Boleh baca entry ni...
Memang syokk mandi manda main volleyball dalam pantai. 
Hampar pula tikar yang siap beli/bawa makanan dari rumah.
 Memang damai je rasa. 
Tapi dengan syarat cuaca kena reduplah. 
Kalau panas ceng ceng, kitaorg pun tak sanggup membakar kulit 😁.

So pasni boring2 korang dah tau lah kan nak gi mana kan...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 25, 2020

Warong Lobster Sg Musoh

Dah pernah try yang Warong lobster tepian pantai, Sungai rengit.
Boleh tengok entry ni
Kalini kita try yang cawangannya pula kat Sg Musoh. 
5 minit je dari tempat bermalam kami di Lotus Seaview Beach Resort.

Tempat lagi besar 2 tingkat, parking luas, dan suasana yang ni dalam hutan sikit. 
Kalau yang kat Sungai Rengit tu tepi pantai (eh ke muara ).

Tangga ke tingkat atas...
Masa kami sampai tu, ada birthday party..

Boleh pilih sendiri lobster fresh fresh..

Harga RM195 sekilo..

Anggaran seekor lobster 200-250gram..

Daim: Kenapa ibu pilih lobster ni?
Ibu: Sebab lobster ni handsome.

Daim: Kenapa ibu pilih 2?
Ibu: Sebab kesian yang tadi tak ada kawan.

Begitulah melayan kerenah mulut anak yang banyak bertanya..
Selagi dia tak puas hati dengan jawapan kita, selagi tu dia tanya..

Signature dish disini semestinya lah lobster kan..
So antara menu pilihan saya adalah Lobster masak butter sarang telur..
Feveret anak3..
Makan sampai licin..

Dan lagi satu menu adalah lobster masak telur masin..
Ni pun sedap..menjilat2 jari semuanya..
Tekstur telur masin ori (bukan serbuk) pun banyak untuk dimakan..

Siakap 3 rasa.
Biasa2 je rasanya..dan kuahnya pun agar cair..bukan sos..
Mungkin sebab dah terbiasa makan ikan 3 rasa kedai Tom Yam yang lebih sedap..

Sayur tu pun biasa2 je rasanya..
Tapi lobster tu korang wajib cuba ok kalau jalan2 sampai ke Pengerang ni..

Happy family, happy tummy
Alhamdulillah..

Hampir 1 jam menunggu makanan tiba..
Kebetulan pula hujan lebat masa ni..
Semua pun dah mengantuk lah ya..
Makanan sampai je terus semua buntang mata...hihi..
Alhamdulillah..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, August 20, 2020

Bacaan Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah 1442 di Pusat Bahasa Pelangi

Bacaan Doa Akhir dan Awal tahun Hijrah serta bacaan Yaasin beramai2 di Pusat Bahasa Pelangi bersama guru2 dan pelajar2 (mostly SPM students). 

Terhad 30 pelajar je. Tapi yang datang teroverload sikit. Masing2 nak berebut pahala. Ni kalau semua students datang, mahu 3 bangunan buat penjarakan solat ni bak katanya student.

Alhamdulillah, semoga taubat2 kita semua diterima dan tahun2 akan datang tidak sia2. Aaminn..

Bacaan Doa awal dan akhir tahun Hijrah diketuai oleh Ayah Damia. 
Manakala imam solat maghrib dan ketua bacaan Yaassin diketuai oleh pelajar2. 

Daim yang good boy. 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 18, 2020

Resepi Kek Pisang Coklat Gebu

Lama tak baking cake..

Nampak ada pisang emas dibawa belayar yang kulitnya dah tak berapa cun beli kat Pasar Tani minggu lepas, muncul idea nak buat kek. 
Kek easy peasy je. Janji tak muak dan rasa lembut. 

Yang nak cuba buat  boleh try resepi dibawah:

Blendkan bahan2:
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan serbuk koko
8 biji pisang emas

Bahan2 diayak:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

Kemudian campur adukkan bahan2 yang diblend bersama bahan2 diayak, kacau2 hingga sebati dan boleh masukkan ke dalam loyang 5 inci yang telah diletakkan baking paper dan disapu sedikit minyak.

Bahan2 untuk hiasan:
Coklat coin
Hirisan pisang

Susun bahan2 hiasan diatas mengikut kreativiti sendiri

Bakar pada suhu 180'c selama 35 minit. (ikut saiz oven masing2)

Gebu dan moist je coklatnya walaupun simpan dalam peti.

Tapi anak2 confius ni kek pisang atau kek coklat.
Hahaha..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, August 17, 2020

Cover lagu pertama Daim Muslim bersama Ukulele

Daim & Ukulele barunya..
Baru beli hujung minggu baru ni..
Dia memang minat muzik..
Bab menyanyi lirik berterabur & bab cipta lirik sendiri memang serah kat dia ;-)..

Dah survey kelas Ukulele..
Tunggu Daim mahir ABC dan bacaan sikit lagi baru boleh enroll kan dia.
Kalau tak susah dia nak faham baca chord nanti.
Maklumlah baru 4 tahun.

Ok buat masa ni hari2 lah kitaorg kena dengar konsert lawyer buruk dia.
Tapi style dan gaya memang dah ON sangat.

Susah juga nak cari Ukulele untuk saiz 4-5 tahun ni..
Mula2 pergi CP Music tak ada stok..
Patu ke YAMAHA Taman U pun tak ada kena order dulu..
Then pergi pula YAMAHA Taman Sri Putri pun sama stock tak sampai lagi..
Last2 pergi ke YAMAHA Paradigmall barulah ada..
Tapi Daim tak ambil Ukulele yang paling kecil..
Ambil yang besar sikit dari usia dia sebab dia kan tinggi..
Sesuai lah dengan dia tu..
Dan boleh guna lama juga kan..

So sudi2 kan lah dengar cover pertama Daim bersama ukulelenya ni..
Dengan harapan aunty2 uncle2 kakak2 dan abang2 jangan moday blues ya..kiki..
More songs coming soon..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, August 12, 2020

Kids Chocolate Making Workshop in JB

Sempena Bulan Kemerdekaan dan Cuti Sekolah minggu depan, 
GO JB Chocolate ada buat bengkel membuat coklat.
Terbuka kepada umum kanak-kanak yang berusia 5 tahun hingga 15 tahun. 
Semua keperluan kami sediakan termasuk apron dan peserta hanya bawa diri yang sihat sahaja. 
Sijil penyertaan turut diberikan.
Antara aktiviti-aktiviti adalah seperti makan coklat dan minum air coklat sampai puas, tayangan video, pengenalan jenis-jenis coklat, DIY coklat ikut kreativiti sendiri dan yang paling best, semua peserta boleh bawa balik coklat yang dibuat masing-masing. Wowwwww!
.
Tarikh boleh pilih samada 20, 21, 22 atau 23 Ogos 2020. 
Dan masa bermula dari 9 pagi hingga jam 11:59 pagi.
.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak kelas membuat coklat, cepat2 

www.wasap.my/+60127560895/experiencechocolate ya.
.
Tempat terhad. 1 sesi hanya 10 peserta sahaja mengikut SOP.

Jom kita tengok soalan-soalan yang berkaitan dengan bengkel membuat coklat ni dibawah..

Nota kaki: Gambar-gambar diatas adalah sebelum PKP. 

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 11, 2020

Snow dalam seluar pulak dah...

2 tahun turut2 dah asalkan cuti Tahun Baru Cina bulan Januari, kami pergi holiday main salji.
Januari tahun depan belum tentu boleh main salji lagi sebab pandemik Covi-19 ni.
Kebetulan hujung minggu lepas ayah damia bersihkan Chest Freezer yang dah macam Igloo penuh dengan air batu mengeras, sampaikan nak letak dan ambil lauk2 pun susah, maka Daim pun feeling2 main snow lah tu.
Siap pakai snow glove dan main dengan snowball maker lagi..

Pastu ayahnya dah kenapa gurau kasar dengan Daim tu?
Habis 1 rumah menjerit..hahaha
Kami pula yang rasa ngilu..kah kah..

Gala Yuzawa, Tokyo - Januari  2020

Arghhhh..rindunya nak travel dan main salji lagi..
Semoga Covid-19 ni cepat-cepat lenyap dari bumi.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, August 10, 2020

Jalan-jalan cari makan JOHOR || Sarapan di WR Kopitiam Gelang Patah

Jumpa pun Kopitiam Melayu walaupun berada dalam ceruk kampung dan rumah orang.

Apa susah, Waze kan ada..
Masukkan aje nama kopitiam, insyAllah sampailah nanti..

Hidangan atas meja tu untuk 2 orang makan ya.
Diiringi dengan kicauan2 burung serta alunan muzik2 klasik..
Tenang je sarapan disini..

Kat sini hanya untuk sarapan dan brunch sahaja.
Tutup setiap hari selasa.
Buka dari jam 8 pagi hingga tengahari.
Harga pun berbalo2..

Boleh tengok video nak tahu harga menu2 yang kami makan..

::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, August 6, 2020

Ragam pelajar-pelajar UPSR belajar peribahasa

Peribahasa UPSR

Tak semua mampu mengingati peribahasa yang ada beratus-ratus.
Tapi budak-budak ni make my day lah.
Kita rasa jawapannya senang.
Tapi dengan usia mereka ni ada yang baru first time dengar peribahasa ni.

Nak tahu jawapan tepat?
Tengok video sampai habis...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, August 5, 2020

DIY Extender Mask paling senang dan jimat

Idea seorang ayah/suami. 

Buat dan jahit extender mask sendiri.
Khas untuk anak2 daranya.
Dan isterinya sekali.

1. Mula2 ambil pengikat rambut yang elastik dan tebal (kat kedai ECO banyak). 
2. Gunting bagi putus.
3. Cari butang2 baju yang tak pakai dalam almari.
4. Jahit butang hujung kiri dan hujung kanan di pengikat rambut dengan kemas. 
(walaupun dalam gambar jahitan tak kemas )
5. Sangkutkan tali mask pada kedua2 butang kiri dan kanan.
6. Siap! Boleh dipakai kesana kemari. 

Dah lah hensem, pandai jahit pula tu. Terima kasih ya bang ❤️.

Btw diri sendiri pun tak pernah terfikir nak jahit sendiri. Asyik nak beli je. Haha..
Tapi yang DIY ni lagi best pakai dari yang beli tu.
Sebab getah rambut ni memeri dengan lebar dan panjang serta tak mencengkam kepala.
Sangatlah selesa.

Nanti uolss pun bolehlah try jugak..