Friday, August 30, 2019

Semangat Kemerdekaan di GO JB CHOCOLATE



Halah..halah..
Semangat Kemerdekaan kami datang dulu..
Gambar diatas adalah Edutour pada 27/8/19 dari Tadika Genius Al-Latif, Iskandar Puteri.

Cikgu2nya teruja betul..
Selalu nampak kat FB apron purple, ni apron Merdeka pula katanya.


Ya cikgu, mana-mana sekolah yang buat edutour sepanjang minggu akhir bulan Ogos dan sepanjang bulan September, akan dapat apron limited edition sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Selagi stok masih ada.


Halah halah..
Tak boleh Move On dengan kecomelan adik2 yang pakai apron limited edition ni..
Cikgu2 pun macam tau2 je siap sedondon tudung merdeka juga.
Gambar diatas adalah Edutour pada 28/8/19 dari Tadika Al-A'qil Cawangan Pulai Indah dan Seri Orkid.


Yang ni Edutour semalam 29/8/19 dari Sekolah Orang Asli Sek Keb Runchang, Pahang.
Walaupun berbeza negeri, berbeza etnik, berbeza agama..
Tapi kami bangga dengan pencapaian Malaysia.
Oh ya mereka semua diatas bukan Islam ya.
Hanya seorang pelajar yang bertudung dan guru2nya sahaja Islam.
Namun ia tidak menghalang kami utk sama2 menyambut hari Merdeka.


Ini juga Edutour semalam 29/8/19 dari Sek Keb Pogoh, Segamat.
Lain macam semangat kemerdekaan lepas pakai apron edisi Merdeka ni.
Walaupun mereka mungkin tidak begitu faham lagi erti "MERDEKA", namun ekspresi kebebasan dalam kehidupan seharian mereka sangatlah priceless.

Bulan September sesi pagi dah fully booked ya.
Sesi petang pun tinggal beberapa je tarikh kosong lagi.
Boleh whatsapps 010-6468383 untuk maklumat lanjut mengenai pakej2 Edutour.

Banggalah kita menjadi Rakyat Malaysia!


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 27, 2019

Bercuti 2H1M di The Federal Hotel Kuala Lumpur




Percutian 2 hari 1 malam kalini ditaja oleh News Strait Time..
Menggunakan voucher penginapan yang menang Contest gambar kat Jepun tempohari..
Boleh tengok kat entry Gambar kat Jepun menang Grand Prize ni..
Voucher dah nak expired, baru sempat nak guna..
Kami tempah hotel ni pun malam esoknya nak pergi tu baru call buat reservation.
Nasib baik tak banyak cekadak walaupun tarikh tu kira public holiday sebab Cuti Sekolah dan cuti Raya haji kan..
Alhamdulillah..Allah permudahkan..


Lepas breakfast di Kluang Rail Coffee, kami meneruskan perjalanan..
Trafik agak perlahan dan sekali sekala adalah jammed juga..
Sampai KL pun dah dalam jam 3 petang...
Masing2 dah kelaparan..
So cari makan dulu..

Hajatnya nak makan ikan singgang, tutup.
Nak makan ikan bakar pun tutup..
Last2 ke Kg Baru cari makanan..
Majoriti semua tutup juga..
Yang buka yang ni je..
Nasi Lemak Wanjo Kg Baru..
Bolehlah janji makan..
Tapi rasanya so-so je...huhu..


Dah makan kami pun check in terus ke The Federal Hotel area Bukit Bintang..
Kami dapat voucher yang wing room..
Boleh tahan luas juga lah biliknya..


Yang ni menarik perhatian saya..
Dah biasa jumpa hotel provided sejadah dan kain pelikat..
Tapi jarang2 ni jumpa hotel provided kain batik sekali..
Huh...rare sungguh..


Bilik air, makkkkk aiii...luas betul..
Walaupun simple, tapi cukup lah kelengkapannya..
Cuma tak ada bath tub je..


Yang ni, lepas guna wajib bawak balik simpan kat rak rumah buat kenangan..


Boleh tahan luas juga lah biliknya..
Selesa utk kami 4 beranak..
Cadar pink tu memang selalu standby dalam kereta..
Buat alas kalau budak2 ni nak rehat atau tido kat mana2..
Kebersihan terjamin gitu..


Seronok semua dapat short vacay setelah semuanya penat dan lama tak bercuti..


Driver penat..
Jalan jammed..
Baru boleh tengok handphone hah..


Bab bergambar serah pada 2 orang ni..
Nak-nak si kecik sekali tu..
Pantang cakap " Daim tengok kamera"...
Mesti macam2 pose dia buat..


Syokkk sangat semua dapat bercuti..
Baru dapat spent masa yang berkualiti..
Kalau tak masing2 semua sibuk dengan kerja dan urusan masing2..
Budak2 sekolah zaman sekarang pun lagi sibuk dari kita tau..
Dari pagi lepas subuh keluar rumah, malam jam 10 lepas tuisyen baru balik..
Fuhh...bersabarlah anak2..


Dah rehat dan solat semua dalam jam 6 petang..
Apa lagi, ni lah yang paling ditunggu2 oleh Ayyunie dan Daim..
Aleesya dah besar tak sangat..
Swimming time..


Kolam dewasa..
Belakang tu jalan kaki pun boleh ke Berjaya Times Square.


Seronoknya korang berdua, tak ada orang lain..
Orang lain balik kampung lah..
Kita je yang gi bercuti kat KL ni...haha..


Mandi dan main air puas puas..
Seronok bukan main...


Lepas dah penat main air, apa lagi...minum petang lah..
Kami order makanan kat restoran dalam hotel hotel tepi pool ni je..
Daim order nuggets dan french fries..


Amboiii ayah damia..
Ni bukan minum petang dah..
Tapi makan malam terus ni..
Tapi sumpah sedap giler mee karinya..
Tak kedekut lauk langsung..
Udang saja kat 8-10 ekor..
Ayam dan fishball bukan main banyak lagi...
Puas hati...


Our small family here..


Sambil makan pun boleh lagi nak sambung main tu..


Hah..yang ditunggu2..
ABC Special..
Betul2 special ni..
Mangkuk besar, isi bukan main macam2 ada..
5 orang makan ABC ni pun tak habis2..

Dalam jam 7, kami pun balik semula ke bilik..
Masing2 dah kepenatan..
Perut pun dah kenyang..
Dah semuanya pakat malas nak makan kat luar pula....


So ibu ayah apa lagi, ambil keempatan lah nak dating keluar berdua..
Sekali Daim nak ikut pula..
Alahai, kacau daun betul..haha..
Banyak juga restoran yang kami singgah untuk tengok menunya dan beli makanan..
Tapi kebanyakannya makanan arab lah..
Boleh tengok video kat atas cam mana kami playing tourist kat Bukit Bintang...ngeh ngeh..


Dah siap beli dan tapau semua, kami makan dalam bilik je lah senang..
Kebetulan Daim pun dah tidur atas dukungan..
Penat ayah damia ke hulu ke hilir mengusungnya..


Esok paginya, otw kami nak breakfast kat Kontiki Restaurant (termasuk dalam voucher)  yang very high standard dan cantik tu, nampak pula dah bendera banyak2 ni..
Apa lagi, haruslah snap2 kan..
Kot2 boleh buat modal masuk contest Merdeka ke..hihi..
Bukan main lagi gaya Daim ya..


Warna warni 14 buah Negeri..


Memorable sangat gambar ni..
Terasa macam Aleesya ada dalam suasana Merdeka tahun 1957.

Ok, lepas sahaja kami check out dari The Federal Hotel, kami sambung lagi bercuti..
Bercuti dimana???
Stay tune...

Tq for reading and watching..


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, August 23, 2019

Breakfast @ The Federal Hotel Kuala Lumpur


Suka betul breakfast kat Kontiki Restaurant dalam The Federal Hotel ni..
Mungkin sebab ada banyak pilihan makanan, suasana yang luas dan very high standard, pelayan2 yang peramah serta adanya tempat duduk macam sarang burung ni. Nampak class..


Daim mula2 masuk je Restaurant ni terus cakap "wahhhh cantiknya"..


Agak unik jugalah dekorasi dalam Restaurant ni..
Terutama tang kerusi sarang burung ni..
Luas boleh duduk 3-4 orang..
Daim sambil makan pun boleh main baring2 lagi..haha


Eh kami pun nak enterframe jugaklah..
*Baru balik Haji ke bang botak licin tu ..


Macam2lah pilihan bufet makanan..
Ada Asian, Chinese, Indian & Western food..
Tapi yang paling saya berkenan sangat2 adalah iniiiiiiii..
Putu putu Mayammmmmm...
Berulang alik asyik ambil menu ni je...haha..


Selalu dengar orang naik motor jual Putu putu mayam..
Tapi sebab bukan Islam yang jual,was was lah nak beli kan..
Hah ni dah jumpa yang halal, apa lagi???
Makan sampai puas lah..
Lembut dan sedap...
Apatah lagi cicah dengan gula melaka tu..


Besar juga tempat hidang makanan ni..
Berpusing2 juga nak ambil makanan, tapi teratur sangat2..
Ni baru Islandnya..yang kat hujung2 ada lagi..


Daim cam biasalah, semua makanan dia nak tengok..
Last2 ambil hotdog, cereal dan buah juga...


Ni section kat luar pula..
Bahagian segala aneka masakan telur, roti canai dan apa lagi erkk...haha..tak terperasan pula..
Oh ya minuman air panas pun kat luar juga..


Sambil2 makan tu, tetiba ada pelayan tanya kita nak minum minuman panas apa..
Espresso ke, latte ke, coffee ke dan macam2 lagilah..
Nanti pelayan tu yang akan serve untuk kita..
So nice kan..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, August 22, 2019

Halah halah...Pandainya jual coklat...




Halah..halah..
Geram betul dengar celoteh Daim ni..
Tahun depan lepas balik tadika, dah boleh tolong ibu jual coklat lah camni...

Peramah orangnya..
Senang lah nak attract orang beli coklat nanti..kiki..

Daim Muslim, 3 years 2 months..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, August 20, 2019

Minum petang di The Puteri Pacific Hotel JB



Sementara tunggu kerja kat UTC sebelah bangunan tu siap, singgah minum petang kat sini dulu..
Harga mampu makan semua..
Pilihan samada cucur manis, cucur udang atau cucur ikan bilis hanya RM 4 sahaja..
Manakala untuk teh tarik pula RM 5..
Kiranya 1 set untuk minum petang tu adalah RM 9..

Untuk tarikh 31 Ogos sempenan Merdeka pula, 1 set tu hanya RM7 sahaja..
Berbaloi2 kan..


Kami pilih set Cucur Udang dan Cucur Ikan bilis..
Cucur udang tu dalamnya ada seekor udang yang telah siap dikopek kulit. Sedapp.
Manakala Cucur Bilis tu memang rangup dan terasa ikan bilisnya..

Kami juga order kek.
Tapi rasa kek tu biasa2 dan agak keras juga lah..

Ais Krim scoop pula untuk Daim, habis licin dia sorang makan..


Ini dulu yang dia makan hah..
Ok lah janji habis dan tak  membazir..




Layan lah dulu video dengan lagu best ni ya..

p/s: Sebenarnya nak gi makan kuih lompat tikam dan pulut panggang kat Kedai bawah Pokok Ceri kat depan hotel ni, tapi tutup pula. Tu yang melencong masuk ke sini,,;-)



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, August 18, 2019

Kluang Rail Coffee @ Stesen Keretapi Kluang


Raya Haji kedua dan cuti cuti sekolah baru2 ni, kami ke KL untuk meluangkan masa cuti dan jalan2 cari makan. Sambil2 tu nak redeem voucher kemenangan stay hotel kat  KL yang hampir expired date dah. Last minute plan ni. Malamnya sebelum tu hah baru call hotel buat reservation. Nasib baik tak banyak cekadak walaupun tahu kami akan stay dengan menggunakan voucher.


Kami bertolak pagi.
Sebab memang plan nak breakfast kat Kluang Rail Coffee Original yang terletak di Stesen Keretapi Kluang ni.


Tapi Ya Ampunn..
Sampai2 je panjang berjela dah orang beratur..
Setiap penjuru pintu hah orang beratur...


Kami beratur tunggu meja je 1 jam.
Dah dapat meja tunggu makanan sampai pula 20 minit.
Hahaha..merasalah nak makan sangat kat sini kan..
Pastu sampai sudah juga bun bakar atas arang kami tak sampai2 lagi..
Yang Daim pula, asyik tanya "mana keretapi, mana keretapi?"
Punyalah lama kami kat situ, 1 keretapi pun tak ada lalu..
Kempunan Daim nak tengok keretapi ya..


Alang2 dah tunggu lama..
Kita order banyak terus..
Biar berbaloi lah dengan masa yang menunggu tu kan..
Tapi betullah, kopinya tu memang mantopppp..
Dia punya rasa kaw kopi, dari Kluang sampai KL pun masih rasa kat tekak lagi tau..
Powerr...


Ni antara menu yang kami order..
Btw tunjuk resit ni nak bagitau yang ni betul2 harga kopitiam ni, memang mur mur aje..
Mana nak dapat harga cam ni..
Fuhhhh...Kopitiam acah2 hipster memang banyak tumbuh bak cendawan..
Tapi harga air sahaja pun boleh tahan..
Apatah lagi harga makanan kan..


Bun bakar atas arang..
Lambat benooooo sampainya..
Ingat nak cancel order dah..
Sekali baru je bangun nak gi bayar, bun pun sampai..
Memandangkan perut pun dah kenyang dan orang pun masih ramai tunggu meja lagi, so kami tapau je lah jawabnya...

Nanti bersambung cerita cuti2 kat KL pula ya..
Stay tune..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, August 17, 2019

Cara ambil parcel/barang kita kat EziBox dari Pos Laju





Ok dah ada kat Taman Teratai.. Sonang keje..



1. Jika parcel/barang yang di order tak dihantar sampai depan rumah dan dapat notis suruh collect kat Ezibox. 

2. Parcel/barang akan dimasukkan ke dalam Ezi Box yang berdekatan oleh posmen. 

3. Pelanggan akan menerima SMS yang memberitahu tentang parcel/barang berada dimana , bila waktu collection , dan valid sehingga tarikh bila.

4. SMS itu juga akan memberitahu Tracking Number & 6 Digit NO PIN yang kita perlu masukkan semasa nak tebus barang tu nanti di EziBox.

5. Dah masukkan NO PIN yang tepat , peti box akan terbuka dan boleh ambil barang. Tutup locker semula.


Senang kan. Jimat masa jimat tenaga. 
Tak perlu beratur di Pejabat Pos Collection lagi dahh.. 
Tapi tak semua tempat lagi ada EziBox ni.. 


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::