Raya Haji kedua dan cuti cuti sekolah baru2 ni, kami ke KL untuk meluangkan masa cuti dan jalan2 cari makan. Sambil2 tu nak redeem voucher kemenangan stay hotel kat KL yang hampir expired date dah. Last minute plan ni. Malamnya sebelum tu hah baru call hotel buat reservation. Nasib baik tak banyak cekadak walaupun tahu kami akan stay dengan menggunakan voucher.
Kami bertolak pagi.
Sebab memang plan nak breakfast kat Kluang Rail Coffee Original yang terletak di Stesen Keretapi Kluang ni.
Tapi Ya Ampunn..
Sampai2 je panjang berjela dah orang beratur..
Setiap penjuru pintu hah orang beratur...
Kami beratur tunggu meja je 1 jam.
Dah dapat meja tunggu makanan sampai pula 20 minit.
Hahaha..merasalah nak makan sangat kat sini kan..
Pastu sampai sudah juga bun bakar atas arang kami tak sampai2 lagi..
Yang Daim pula, asyik tanya "mana keretapi, mana keretapi?"
Punyalah lama kami kat situ, 1 keretapi pun tak ada lalu..
Kempunan Daim nak tengok keretapi ya..
Alang2 dah tunggu lama..
Kita order banyak terus..
Biar berbaloi lah dengan masa yang menunggu tu kan..
Tapi betullah, kopinya tu memang mantopppp..
Dia punya rasa kaw kopi, dari Kluang sampai KL pun masih rasa kat tekak lagi tau..
Powerr...
Ni antara menu yang kami order..
Btw tunjuk resit ni nak bagitau yang ni betul2 harga kopitiam ni, memang mur mur aje..
Mana nak dapat harga cam ni..
Fuhhhh...Kopitiam acah2 hipster memang banyak tumbuh bak cendawan..
Tapi harga air sahaja pun boleh tahan..
Apatah lagi harga makanan kan..
Bun bakar atas arang..
Lambat benooooo sampainya..
Ingat nak cancel order dah..
Sekali baru je bangun nak gi bayar, bun pun sampai..
Memandangkan perut pun dah kenyang dan orang pun masih ramai tunggu meja lagi, so kami tapau je lah jawabnya...
Nanti bersambung cerita cuti2 kat KL pula ya..
Stay tune..
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
Susah nak cari meja kosong kat sini.
ReplyDeleteAda beberapa cawangan lain yang lebih selesa di sekitar bandar
Warisan Petani-Betul, selalu dengar orang kata susah meja kosong sini, tapi sebab kami nak rasa suasana tu walaupun bukan pertama kali ke sini, tunggu je lah...
ReplyDeleteSaya selalu pergi kat cawangannya kat sebelah Ninso tu. Sebab yang tu paling dekat dengan site construction kami. Yang kat stesen keretapi ni...tak pernah sampai lagi...sampai projek kat kluang dah siap dah..
ReplyDeleteAzianKhalil-Pernah juga beberapa kali pergi yang kat cawangan tu, tapi ni saja nak bawa anak2 gi try yang kat stesen keretapi tu, kot2 untung Daim dapat tgk keretapi lalu..tapi hampeh...haha..nasib baik kopi sedap penyejuk hati..
ReplyDelete