Tuesday, August 20, 2019

Minum petang di The Puteri Pacific Hotel JB



Sementara tunggu kerja kat UTC sebelah bangunan tu siap, singgah minum petang kat sini dulu..
Harga mampu makan semua..
Pilihan samada cucur manis, cucur udang atau cucur ikan bilis hanya RM 4 sahaja..
Manakala untuk teh tarik pula RM 5..
Kiranya 1 set untuk minum petang tu adalah RM 9..

Untuk tarikh 31 Ogos sempenan Merdeka pula, 1 set tu hanya RM7 sahaja..
Berbaloi2 kan..


Kami pilih set Cucur Udang dan Cucur Ikan bilis..
Cucur udang tu dalamnya ada seekor udang yang telah siap dikopek kulit. Sedapp.
Manakala Cucur Bilis tu memang rangup dan terasa ikan bilisnya..

Kami juga order kek.
Tapi rasa kek tu biasa2 dan agak keras juga lah..

Ais Krim scoop pula untuk Daim, habis licin dia sorang makan..


Ini dulu yang dia makan hah..
Ok lah janji habis dan tak  membazir..




Layan lah dulu video dengan lagu best ni ya..

p/s: Sebenarnya nak gi makan kuih lompat tikam dan pulut panggang kat Kedai bawah Pokok Ceri kat depan hotel ni, tapi tutup pula. Tu yang melencong masuk ke sini,,;-)



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment