Tuesday, August 27, 2019

Bercuti 2H1M di The Federal Hotel Kuala Lumpur




Percutian 2 hari 1 malam kalini ditaja oleh News Strait Time..
Menggunakan voucher penginapan yang menang Contest gambar kat Jepun tempohari..
Boleh tengok kat entry Gambar kat Jepun menang Grand Prize ni..
Voucher dah nak expired, baru sempat nak guna..
Kami tempah hotel ni pun malam esoknya nak pergi tu baru call buat reservation.
Nasib baik tak banyak cekadak walaupun tarikh tu kira public holiday sebab Cuti Sekolah dan cuti Raya haji kan..
Alhamdulillah..Allah permudahkan..


Lepas breakfast di Kluang Rail Coffee, kami meneruskan perjalanan..
Trafik agak perlahan dan sekali sekala adalah jammed juga..
Sampai KL pun dah dalam jam 3 petang...
Masing2 dah kelaparan..
So cari makan dulu..

Hajatnya nak makan ikan singgang, tutup.
Nak makan ikan bakar pun tutup..
Last2 ke Kg Baru cari makanan..
Majoriti semua tutup juga..
Yang buka yang ni je..
Nasi Lemak Wanjo Kg Baru..
Bolehlah janji makan..
Tapi rasanya so-so je...huhu..


Dah makan kami pun check in terus ke The Federal Hotel area Bukit Bintang..
Kami dapat voucher yang wing room..
Boleh tahan luas juga lah biliknya..


Yang ni menarik perhatian saya..
Dah biasa jumpa hotel provided sejadah dan kain pelikat..
Tapi jarang2 ni jumpa hotel provided kain batik sekali..
Huh...rare sungguh..


Bilik air, makkkkk aiii...luas betul..
Walaupun simple, tapi cukup lah kelengkapannya..
Cuma tak ada bath tub je..


Yang ni, lepas guna wajib bawak balik simpan kat rak rumah buat kenangan..


Boleh tahan luas juga lah biliknya..
Selesa utk kami 4 beranak..
Cadar pink tu memang selalu standby dalam kereta..
Buat alas kalau budak2 ni nak rehat atau tido kat mana2..
Kebersihan terjamin gitu..


Seronok semua dapat short vacay setelah semuanya penat dan lama tak bercuti..


Driver penat..
Jalan jammed..
Baru boleh tengok handphone hah..


Bab bergambar serah pada 2 orang ni..
Nak-nak si kecik sekali tu..
Pantang cakap " Daim tengok kamera"...
Mesti macam2 pose dia buat..


Syokkk sangat semua dapat bercuti..
Baru dapat spent masa yang berkualiti..
Kalau tak masing2 semua sibuk dengan kerja dan urusan masing2..
Budak2 sekolah zaman sekarang pun lagi sibuk dari kita tau..
Dari pagi lepas subuh keluar rumah, malam jam 10 lepas tuisyen baru balik..
Fuhh...bersabarlah anak2..


Dah rehat dan solat semua dalam jam 6 petang..
Apa lagi, ni lah yang paling ditunggu2 oleh Ayyunie dan Daim..
Aleesya dah besar tak sangat..
Swimming time..


Kolam dewasa..
Belakang tu jalan kaki pun boleh ke Berjaya Times Square.


Seronoknya korang berdua, tak ada orang lain..
Orang lain balik kampung lah..
Kita je yang gi bercuti kat KL ni...haha..


Mandi dan main air puas puas..
Seronok bukan main...


Lepas dah penat main air, apa lagi...minum petang lah..
Kami order makanan kat restoran dalam hotel hotel tepi pool ni je..
Daim order nuggets dan french fries..


Amboiii ayah damia..
Ni bukan minum petang dah..
Tapi makan malam terus ni..
Tapi sumpah sedap giler mee karinya..
Tak kedekut lauk langsung..
Udang saja kat 8-10 ekor..
Ayam dan fishball bukan main banyak lagi...
Puas hati...


Our small family here..


Sambil makan pun boleh lagi nak sambung main tu..


Hah..yang ditunggu2..
ABC Special..
Betul2 special ni..
Mangkuk besar, isi bukan main macam2 ada..
5 orang makan ABC ni pun tak habis2..

Dalam jam 7, kami pun balik semula ke bilik..
Masing2 dah kepenatan..
Perut pun dah kenyang..
Dah semuanya pakat malas nak makan kat luar pula....


So ibu ayah apa lagi, ambil keempatan lah nak dating keluar berdua..
Sekali Daim nak ikut pula..
Alahai, kacau daun betul..haha..
Banyak juga restoran yang kami singgah untuk tengok menunya dan beli makanan..
Tapi kebanyakannya makanan arab lah..
Boleh tengok video kat atas cam mana kami playing tourist kat Bukit Bintang...ngeh ngeh..


Dah siap beli dan tapau semua, kami makan dalam bilik je lah senang..
Kebetulan Daim pun dah tidur atas dukungan..
Penat ayah damia ke hulu ke hilir mengusungnya..


Esok paginya, otw kami nak breakfast kat Kontiki Restaurant (termasuk dalam voucher)  yang very high standard dan cantik tu, nampak pula dah bendera banyak2 ni..
Apa lagi, haruslah snap2 kan..
Kot2 boleh buat modal masuk contest Merdeka ke..hihi..
Bukan main lagi gaya Daim ya..


Warna warni 14 buah Negeri..


Memorable sangat gambar ni..
Terasa macam Aleesya ada dalam suasana Merdeka tahun 1957.

Ok, lepas sahaja kami check out dari The Federal Hotel, kami sambung lagi bercuti..
Bercuti dimana???
Stay tune...

Tq for reading and watching..


:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment