Tuesday, October 21, 2014

Sampai menangis kena suprise dengan staffs hotel || Terharu dapat hadiah skateline

Kisah celebrated birthday Aleesya yang ke-7 jumaat lepas.

Disebabkan jumaat haritu Ayyunie pun balik sekolah petang, pagi tu ayah damia pun ada kerja luar, lepas tu nak pergi solat jumaat lagi, so decided sambut birthday Aleesya petang2 sikit.

Jam 6 petang, barulah kami ke Thistle hotel untuk sama2 meraikan birthday Aleesya.
Kebetulan voucher hotel Thistle masih ada lagi, so gunakan untuk hari2 bahagia Aleesya ini.
Oh ya disebabkan baru minggu lepas hari jumaat kami makan2 kat sini, then kali ini pun pergi hari jumaat juga, so menu lebih kurang sama aje.


Saja pilih makan kat hotel sebab banyak pilihan keknya..hihi..
Bukan apa, beli kek sebiji pun CONFIRM berminggu-minggu dalam peti ais tu.
So sekarang beli yang slices atau yang cupcake je.
Unless nak buat birthday party lah kan.


Makanan yang saya ambil masa mula2 sampai.
Sedap betul puding mango tu.


Pastu barulah makan nasi.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dan masa tengah2 makan tu sempatlah kami anak-beranak berbual2 kan..
Tanya apa impian Aleesya, Aleesya happy tak sambut hari ini, Aleesya ingat hadiah apa dan so on..
Tetiba dari belakang, ada 3 orang waiter berkot hitam datang membawa 2 slices kek yang lilin menyala sambil nyanyi lagu " Happy Birthday". Wahhh tak terkata kami. Semua berpandangan sesama kami dan speechless. Saya tengok Aleesya mata dah bertakung air. Huhu...terharu ler tu..


Tak sempat saya nak snap gambar masa 3 waiter tu datang bawa kek ni sambil nyanyi lagu "Happy Birthday".. Ya lah saya pun terkejut jugak sebenarnya.
Sebab memang tak planned semua ni. Tetiba ada kejutan.


See, Aleesya tak nak bagi saya amik gambar dia yang sedang menitiskan air mata. Jujurnya saya dan ayah damia pun bergenang air mata dengan kejutan ini.
Saya tanya apa perasaan Aleesya masa tu, dia jawab kenapa ibu buat suprised?
Ibu dengan ayah pun tak tahu ada suprised ni Aleesya..

Kisahnya mungkin bermula disini.
Masa mula2 sampai, saya ada tanya waiter tu ada lilin tak?
Dia kata ada, kejap lagi dia bagi.
Lepas tu ayah damia pun bagilah hadiah birthday kat Aleesya.
Masa tu waiter tu pun tuang air dalam gelas kami dan sambil senyum2.
Agaknya masa tu lah kot dia tahu haritu birthday Aleesya.
Bertuah kamu nak! Rezeki datang tanpa disangka.
Dah lah makan2 haritu pun free tak payah bayar sebab ditaja oleh HOMESOY Malaysia.
Again.Terima kasih HOMESOY.


Disebabkan moment tiup lilin tu tak sempat disnap, saya hidupkan semula 2 batang lilin tu dengan menggunakan lilin hiasan yang memang bernyala atas meja tu.
Kami nyanyi lagi lagu birthday sekali lagi bersama family kecil kami.
Hah barulah boleh snap moment tu kan.
Alahai, masih nampak muka Aleesya yang cukup terharu tu.


Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan kaya dan berjaya dunia akhirat ya Aleesya.


Wajib ler bergambar ngan adik kan.
Mujurnya waiter tak tertukar mana satu Birthday Girl sebab baju sama, tinggi sama, ikat rambut pun sama. Hihi..


Dah nak balik, singgah lobby snap2 dulu.
Muka Ayyunie tak puas hati tak dapat hadiah tu juga.
Aiyooo, sibuk je Ayyunie nak hadiah birthday kakak juga.


Jeng jeng jeng..
Hadiah Skateline untuk Aleesya..
Tapi nampaknya Ayyunie yang konker..


Mula2 takut juga nak ajar budak2 ni main skateline ni..
Takut jatuh, takut luka, takut macam2..
Tapi ayah damia kata sampai bila nak takutkan..
At least Aleesya belajar sesuatu yang baru sempena birthday dia yang ke 7 ni..


Gilir2 lah main ya..
Dah pro nanti ayah beli sepasang lagi main sama2..


Tapi tapi tapi..
Sekejap je praktis, masing2 dah boleh imbang badan..
Wahhhh...happynya ibu dan ayah..
Walhal mula2 tu asyik jatuh dan nak jatuh je..
Siap bawa ke Danga Bay practice..


See, Ayyunie dah boleh main slow-slow tanpa perlu berpaut pada mana2..
Tapi ayahnya tetap memantau dekat2..
Takut tergolek atau terjatuh kan..


Fuyooo..makin laju Ayyunie..
Dah tak bagi ayahnya ikut dia..
Haishhh Ayyunie ni confident level dia memang tinggi..
Kita baru ajar ABC, dia dah sampai GHI..


Aleesya as usual slow and steady..
Walaupun slow, tapi jangka masa untuk dia stabilkan badan serta bergerak guna skateline lebih lama berbanding Ayyunie..
Apa2 pun ibu ayah Aleesya dan Ayyunie happy sebab dapat belajar sesuatu yang baru kan.
Kalau suruh ibu, ibu pun tak nak belajar ni...takuttt..hihi


Lepas tu bawa mereka berdua round2 Danga Bay..
Dah banyak laut kena tambak dah..
Tapi entertaintment tetap ada macam dulu2..
Cuma tempat makan je tak ada.

Ayyunie ajak ayahnya main kereta ni..
Haishhh ibu yang tak bagi..
Ntah macam pening arrrrr main kereta pusing2 macam ni..


Last2 bagi Both Damias naik permainan ni.
Ok lah RM6 per person.
Cuma Ayyunie mula2 semangat nak naik..pastu tiba2 keluar air mata..haha..
Adoilah adik..

Apa2 pun semoga memori kita pada hari ini dapat dijadikan kenangan untuk masa depan.
Nanti dah besar, Aleesya dan Ayyunie bolehlah baca semula kisah2 yang ibu abadikan dalam blog ini ya.

Semoga Aleesya happy dan hargai Birthday Celebration yang sederhana itu.



















No comments:

Post a Comment