Monday, October 20, 2014

Toshiba Digital Rice Cooker for sale!


STATUS: SOLD!!!

Ini bukan rice cooker biasa.
Ini dah macam little kitchen helper.


Alhamdulillah, hadiah dari TUMIX dah sampai.
Baru kejap 10 minit tadi sampai.

Tapi kat rumah pun saya dah ada sebiji model sama macam ni.
Sama brand, sama kapasiti, bezanya saya punya warna putih sahaja.
Oh ya lagi satu sama sebab menang dari contest juga.

Best tau digital Rice Cooker ni.
Bukan sekadar boleh masa nasi macam biasa, nak masak nasi kukus pun boleh (saya pernah masak nasi dagang), nak buat bubur pun semudah ABC (campak-campak je ayam, carrot, ikan bilis, kacang panjang  bla-bla-bla, then tutup terus buat kerja lain), kek kukus (ni lagi senang, blend semua bahan2, terus tuang dalam periuk ni, setting manual "cake", siap! Saya pernah buat kek kukus pisang) dan sayur steam. 

Pendek kata kalau rajin, macam2 menu boleh buat lagi.
Dan kalau malas, pun macam2 benda boleh dicampak2 dalam ni.
Confirm jadi.
Cuma saya tak pernah try buat roti lagi je.

So, saya nak let go digital rice cooker 1.8L ni dengan harga kasih sayang. Harga kat pasaraya 300 lebih, harga kat lelong pun 300 lebih, harga kat Lazada harga sebenar 400 lebih pastu ada diskaun jadi 270. Insyallah, harga saya harga kasih sayang. Lagipun baru ni. Tak bawa balik rumah lagi. Saya akan letak kat office sampai ada buyer. 

Tapi janganlah expect harga terlajakkkkk murahhh. Walaupun menang dari contest, tapi modal juga diperlukan untuk sesebuah kemenangan, modal duit beli bukti pembelian, modal masa untuk curi peluang, modal tenaga penat lelah snap2 dan macam2 yang mungkin kita semua tak perasan.

(Alhamdulillah, dah dijual. Terima kasih buyer)


No comments:

Post a Comment