Thursday, October 16, 2014

R&F Tanjung Puteri persis Bali


Wahhh cantiknya!!!
Macam kat Bali.
Amboi...Bali pun tak pernah sampai, ada hati cakap R&F Tanjung Puteri ni persis Bali ya.

Ya lah, dengan gazebo-gazebo serta kerusi santai yang begitu indah dengan alunan kain kelambu yang ditiup angin, serta tilam-tilam dan bantal yang empuk menghadap laut (muara sebenarnya), membuatkan pengunjung yang datang kat sini terasa bukan di Johor. 

Saya tersenyum lebar apabila ada sebuah keluarga cina yang datang ke sini bercakap sesama mereka 
"nanti engkau upload gambar, janganlah cakap kat johor, engkau tulis kat oversea, bukannya org tau" (setelah diterjemahkan dalam bahasa melayu).

Haha, betul juga. Since ni tempat masih baru, tak ramai lagi yang tahu tempat ni. Lagipun rata-rata yang datang sini pasti tidak akan melepaskan detik merakamkan gambar untuk dijadikan kenang-kenangan. Cuma pantai peranginannya yang masih banyak perlu diperbaiki lagi. Sure lah pantai di Bali lagi cun kan.



Kebetulan masa kami pergi tu hari ahad, makanya Ayyunie lah sekaki dengan kami. Kakaknya Aleesya sekolah seperti biasa. Ada banyak replika-replika seafood kat situ. Mula-mula Ayyunie takut nak pegang2 replika tu, takut hidup katanya. Lepas saya pegang baru Ayyunie berani nak pegang. Tu pun hujung-hujung je. Sotong kurita adalah dalam 5-6 ekor kat situ.


Oh ya kebetulan cuaca terik yang amat. Sempat singgah Petronas beli air untuk minum menyejukkan kehausan tekak. Sambil-sambil tu apa lagi, berphotoshoot bagai lah kan kat tempat cantik macam ni.


Cantikkan tempat rehat ni. Damai je rasa. Masa kami pergi tu tak ramai orang, so memang best lah!


Ambil kesempatan bermanja-manjaan dengan Ayyunie.


Sambil bercerita lucu dengan Ayyunie.


Dan kadang-kadang merenung masa depan sambil minum Ice Lemon Tea..;-))


Ya Allah, cantiknya pemandangan kat sini.
Rasanya malam-malam lagi cantik dengan kilauan lampu ni..


Tak habis-habis minum ice lemon tea ya.
Dah itu je prop yang ada. Hihi..


Walaupun panas terik yang amat, masih sempat bagi senyuman paling manis tuh ;-))


Ni kat tempat rehat bahagian lain pulak.
Haishh memang kat R&F ni mewah tilam dan bantal lah.


Then kami terus berjalan menyusuri laluan yang ada.
Memang cantik kiri kanan dengan kolam dan lansdkapnya.


Kat tempat sini view betul-betul menghadap muara. Dan memang nampak pun Singapore kat depan tu.


Kat hujung sekali ada playground.
Apa lagi, walaupun panas terik, ia tidak mematahkan semangat Ayyunie nak main kat playground tu.
Ya lah ibu pun faham, budak umur 5 tahun lah katakan.


Mainlah dik sampai puas, bukan ada budak lain pun. Hihi..
Ya lah, budak2 lain kan sekolah.


See, cantikkan view kat sini.


Ehem..ni apa kes berdating berdua-duaan atas kerusi rotan comel ni.
Ya Allah selesa sangat kerusi ni.
Bagi chance lah kat kami dating sekali sekala ya.
Credit to Ayyunie tolong snap gambar ni dengan DSLR.


Oppsss ada lagi gambar dating ya.
Tak pe ni last dah gambar kami berdua-duaan.


Kelihatan ada 2 buah boat yang terikat rapi nun di jeti sana.


Ok, kat situ juga ada sebuah bangunan besar yang kelilingnya penuh cermin gelap. Apa lagi selfie lah kan. Hikss.


Nak lepak-lepak minum2 kat sini pun boleh. Dalam bangunan tu ada jual minuman. Tapi masa kami pergi tu tutup pula. Ataupun masih belum beroperasi, tak sure.


See, cantikkan.
Haishh, ada peluang harus datang lagi ke sini.
Tak pe dekat je.


The signange.


Kalau ada budak ramai ni, mesti masing2 teruja nak duduk atas cengkerang ni kan.


Oh ya, dari tempat kita parking kereta, kena jalan kaki ke stesen buggy ya.
Lepas tu Buggy akan hantar kita kat staion di atas.
 Then kena turun tangga yang bayak baru sampai kat tempat persis Bali tadi.
Tapi tak jauh pun sebenarnya. Saja pihak R&F ni nak bagi kita feeling-feeling pelancong sebab siap ada perkhidmatan buggy lagi.


Hihi, sempat saya snap.
Nasib tak kena tinggal.


Yang ni buggy perhiasan punya. Boleh posing dalam ni sampai puas ya.

Btw sebenarnya kami ingat nak ke tempat 3D ART  kat dalam bangunan R&F ni, entah macam mana syokkkkkk sangat berphotoshoot, boleh tak ingat pula nak ke situ. Ok, harus datang ke sini lagi ya bawa Aleesya pula.

Then balik dari sini, terus kami ke Restoran Selasih untuk lunch.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment