Tuesday, October 14, 2014

Detox Drink tak sesuai buat guna botol plastik


Alhamdulillah..
Dah lebih 2 minggu saya masih istiqamah minum detox drink yang dibuat sendiri dirumah.
Minum setiap pagi, minum setiap malam.
Walaupun dalam kuantiti yang kecil, tapi saya happy sebab masih berterusan.

Dan hasilnya?
Badan terasa lebih ringan, kaki bangun pagi pun kurang kebas dan masalah membuang bahan2 penyahtinjaan pun lancar.
Kalau tak sebelum amalkan detox drink ni bangun pagi je mesti tapak kaki kebas2, kalau duduk lama je mesti tapak kaki kebas2, terutama kalau jalan atas lantai sejuk. Orang kata banyak toxin kat tapak kaki. Sebab tu saya cuba sedaya upaya buat detox drink ni, dan alhamdulillah ia berhasil.

Masalah pencernaan pun boleh dikatakan hari2 mesti nyah dari rektum. 
Kalau tak saya ni jenis susah juga nak membuang. Boleh simpan 4-5 hari tau. Hihi..

Dan kalau pasal badan boleh slim minum Detox Water ni, saya tak amik port sangat.
Sebab hari2 tetap makan nasi, cuma kuantiti sederhana lah.
Yang pasti badan memang terasa ringan. Serius! Lain rasa bangun pagi dan setiap kali solat.
Hopefully dengan usaha kecil ini, kesihatan bertambah baik dan urusan kerja dan ibadah turut dapat dipertingkatkan.

Oh ya, masa dalam entry saya Homemade Detox Drink 2 minggu lepas, ada adik yang bernama Aisy Nasiha ni komen kalau buat detox water ni sesuai dalam bekas kaca. Saya pun tanyalah apa reasonnya? Then adik tu jawab

"Menurut kawan, kalau bekas plastik , lama kelamaan akan dihakis oleh asid yang terhasil oleh bahan yg direndam tu..jadi khasiatnya tak terjejas.."

 Thanks dik bagitau. Logik juga tu reasonnya kan. Then saya pun trylah googled sebab2 detox water ni tak sesuai digunakan dalam botol plastik. Ada yang tulis sebab botol plastik tak free BPA, ada yang tulis sebab botol plastik ni diperbuat dari minyak dan boleh bertindakbalas dengan asid limau tu dan beberapa sebab lagi.

Oraitt, kini saya lebih faham kenapa perlu buat dalam bekas kaca dan juga bekas stailess steel.
Saya sempat minum detox drink dalam botol plastik yang saya buat 3 hari je. Lepas tu cepat2 saya tukar dalam jug kaca seperti diatas.

Dan oh ya ada juga yang bertanya kepada saya memang air detox ni pahit ke?
Sebenarnya lagi lama buah-buahan tu dalam bekas detox drink tu, memang makin pahit air tu.
Seeelok-eloknya detox drink tu bertukar ganti air dan buahnya dalam 2-3 hari gitu. Baru rasanya just nice. Tapi saya ok je pahit2 limau gitu. Mak saya pesan pahit2 kulit limau nipis banyak khasiatnya. Mak buat sambal belacan siap potong nipis2 kulit limau nipis masukkan sekali dalam belacan tu tau. Tu saya dah kalih pahit kulit limau nipis ni.

Ok lah itu sahaja ilmu yang ingin saya kongsi harini.

Mari kita teruskan kerja hakiki kita ya.




No comments:

Post a Comment