Tuesday, September 30, 2014

Makan sambil baca akhbar ada muka sendiri


Take 5 sekejap setelah penat ke hulu hilir.

Baru sempat baca akhbar Harian Metro ni kat Kedai Arab Al-Hanin di Nusa Bestari. Mujur ada akhbar Harian Metro. Yang ayah damia beli pagi tadi tak sempat baca lagi sebab saya tak sempat pun masuk office lagi.

Terima kasih kawan2 yang tag saya di FB dan whatapps saya pasal cerita CocoDamia dalam akhbar Harian Metro pagi2 lagi. Segala keprihatinan anda semua saya hargai.

Laa, ada 2 cerita rupanya pasal CoCoDamia. Satu dalam kisah gerabak keretapi yang bersama media. Lagi satu dalam kisah khas CocoDamia sebagai Jajan IQ dan minda.

Ok, izinkan saya makan dulu. Lepas ni banyak lagi tempat nak kena saya pergi. Esok saya ada big program di PUJB Bandar Baru Uda. CocoDamia sebagai hos utk program ni.

Pabila budak 5 tahun pun pandai baca artikel politik



Sejak awal tahun 2014, saya dapati yang Ayyunie dah boleh membaca dengan penuh yakin dan agak lancar. Bukan lancar membaca buku sekolahnya sahaja, malah lancar juga membaca signboard2, baca risalah/pemplet yang sampai dirumah, serta baca subtittle di TV walaupun masih merangkak-rangkak untuk perkataan yang agak panjang seperti "perpustakaan" atau "perbadanan". Walaupun kadang2 sebutannya salah, tapi janganlah kita mentertawakannya, malah perlu diperbaikinya. 

Namun sejak akhir-akhir ini, saya nampak yang improvement dia semakin bagus. Dah boleh membaca suratkhabar dan juga dah boleh baca surat-surat rasmi yang sampai dirumah serta office saya. Bukan itu sahaja, malah sms atau whatapps dalam handphone saya pun dia dah boleh baca dan faham apa yang ditulis.
Alhamdulillah.

Yang saya perhatikan Ayyunie ni, dia rajin. Ya dia rajin. Walaupun dia ni petah berkata2 dan suka bermain, tapi dia rajin nak mencuba. Kalau dia tak pandai baca atau teragak2 nak baca, selagi tu lah dia akan bertanya kepada kita " ibu, ni macam mana baca?".
Selagi tak bagi jawapan, selagi tu dia akan bertanya sampai kita rimassss. 

Dan saya percaya, sebab dia rajin nak mencuba dan membacalah, faktor dia agak cepat membaca dengan lancar. Oh ya, walaupun usia dia baru 5 tahun, tapi di tadika dia masuk kelas 6 tahun ya. Ini bermakna tahun depan dia 6 tahun pun masih duduk kelas yang sama.

Kenapa jadi macam tu? Sebab Ayyunie cepat sangat masuk tadika. Usia dia 2 tahun 8 bulan (3 tahun) dah masuk tadika. Tadika yang betul2 mengajar ikut silibus ya. Bukan nursery mahupun tadika yang kejap2 main, kejap main. So dari sini lah saya dapat lihat improvement disiplin serta tahap pendidikan dia yang semakin bagus. Disamping saya dan ayahnya pun turut serta cuba mengajarnya dirumah. Sesibuk mana pun kita, hak bersama anak-anak jangan diabaikan.

Terima kasih kepada guru2 tadika yang bersabar melayani kerenah2 dan peel2 macam2 budak sehingga pandai mengajar mereka membaca terutamanya guru2 anak2 saya. 

Kalau dengar betul2, bacaan Ayyunie dalam video diatas agak telor. Ya! Telor macam amoi2 baca. Memang haruslah kan. Kata tadika cina. Kawan2 pun ramai cina. Kadang2 cakap ngan saya atau ayah atau kakaknya pun telor cina. Tak pe, jangan paksa2 betulkan telornya. Nanti lama2 ia akan betul sendiri. Janji dia boleh baca dan faham maksudnya. 

p/s: Kalau tanya Ayyunie kenapa adik pandai ya? Dia jawab 'kan hari2 adik makan Coklat IQ CocoDamia, memanglah pandai!"..hahaha.. (tapi ada juga on off makannya. ikut mood dia)

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, September 29, 2014

Homemade detox drink


Saya memang bukan pengemar air masak sejak dari dulu lagi.
Kalau nak habiskan segelas air masak tu puas kena paksa dengan mak.
Barulah minum.
Itupun panjang anak tekak menelan air masak.
Kalau gi sekolah dulu, sebotol air bawak pergi, sebotol air juga bawak balik.
Ishh ishh ishh..betapanya saya tak suka minum air masak.

Lama-lama, wujud kesedaran sendiri betapa pentingnya ais masak untuk sistem badan kita. Then saya try masukkan limau nipis atau lemon untuk galakkan diri sendiri minum air masak. At least air tu ada perasalah konon2nya. Dan alhamdulillah, berjaya jugalah saya minum walaupun cuma 2 gelas sehari dan kadang2 on off minum.

Tetiba sejak akhir2 ni, ternampak virals pula kat FB dan IG pasal detox drink ni. Why not saya cubakan. Alang2 memang dah minum air masak perasa lemon atau limau nipis, just tambah timun dan apple merah sahaja.

Kata orang, air kita minum, toxin kita buang.

Dan pagi ini saya trylah minumnya. Alhamdulillah. Tak jauh beza dengan rasa air masak perasa elmon sebelum ni. Cuma kalini ada rasa timun juga. Saya memang pengemar timun. So, luluskan minuman ini untuk saya minum setiap hari. Semoga istiqamah sahaja. Takut awal2 bersemangat2, lama2 tak minum tu je. Oh ya, rasa apple tu masih belum dapat dirasai sepenuhnya lagi. Atau memang tak akan rasa apple tu sebenarnya? 

Ok, kepada readers semua yang nak tahu apa kebaikan detox drink ni, bolehlah google ya. Insyallah banyak manfaatnya walaupun nampak simple sebegini.

p/s: Pinjam bekas air Ayyunie yang dibeli di USS tempohari. Saja nak bagi semangat minum air masak kan, so bekas air pun memainkan peranan penting juga tu. Marah juga Ayyunie mula2, pastu saya sogok beli yakult untuk stock 20 hari, terus dia tak marah. Hahaha..

Sunday, September 28, 2014

Antara realiti dan pandangan orang terhadap kejayaan


Tidak dapat disangkal lagi!

Org pandang kita mudahnya untuk berjaya.

Walhal realiti betapa peritnya.

Kadang2 ada juga mengeluh. Kadang2 ada juga rasa putus asa. Dan kadang2 ada juga rasa ingin mengalah.

Namun sabar itu indah!

Dengan semangat yang membara, dengan cita-cita yang tidak mahu berkubur, dan dengan niat yang betul, insyallah doa kita akan dimakbulkan.

Yang penting YAKIN dengan rezeki Allah. Tahniah jika anda seorang usahawan! Kerana iman anda terletak pada tingkat teratas! 

Dan insyallah, semakin lama business anda, semakin berkurang halangan dan rintangannya, kerana anda telah dapat mengawalnya.

Syabas! 

Friday, September 26, 2014

Resepi Baked Spagetti & Meatballs


Tara! 
Inilah sarapan kami dan bekalan untuk Ayyunie hari ini.
Baked Spagetti & Meatballs.
Gambar kat atas tu sedia untuk dibakar.

Oh ya, saya tak guna spagetti kalini.
Saya guna meegetii.
Meegetti tu apa pula?
Macam spagetti juga, cuma lebih lembut. Dan yang bestnya keluaran Bumiputera.

Meatballs dan keju yang saya guna pun keluaran Bumiputera juga. Yeayyy jom sokong produk2 keluaran Bumiputera. Cuma sos original spagetti tu sahaja yang saya masih tak jumpa keluaran bumiputera. Kalau ada sesiapa yang tahu, please let me know ya!


Ok. Jom tengok resepi mudah Baked spagetti & meatballs ni step by step.

1. Mula2 rebus meegetti. Jangan lupa masukkan beberapa titik minyak untuk elakkan meegetti melekat2 ya.

2. Lepas dah agak lembut, toskan meegetti. Kemudian masukkan dalam bekas kaca yang sesuai untuk dibakar dalam oven.

3. Dalam kuali, masak kuah spagetti seperti biasa. Saya tumis bawang putih, tomato dadu dan bawang besar, kemudian masukkan daging kisar dan sosej yang dihiris. Dah agak garing, masukkan sos tomato, sos cili dan sos asli spagetti asli. Dah masak, tuangkan atas meegetti tadi.

4. Kemudian masukkan meatballs yang telah digoreng dalam meegetti. Susun cantik2. Dan tuangkan baki sos spagetti yang dimasak tadi.

5. Taburkan keju dan daun seleri.

6. Bakar dalam mode "top" dalam 15 minit dengan suhu 270'c. 

Gambar saya lepas bakar tu agak hangit. Sebab lepas 15 minit bakar, saya masih tak keluarkan bekas tu dari oven. Macam2 benda nak buat katakan. Tapi rasa still ok. Garing2 gitukan. 

Ok selamat mencuba! 
Pasti anak2 anda mengemarinya.

Wednesday, September 24, 2014

Fenomena makanan Nachos

Supreme beef Chilis Nachos

Makanan fenomena sekarang.
Nachos!

Saya jujurnya tak tahu pun Nachos tu apa.
Saya tahu pun masa di Halal Fest 2014.

Saya hairan apesal ramai benar orang bawa Nachos ni.
Setiap kali ada orang bawa Nachos ni, mesti ramai je mata memandang ke arah Nachos ni.
Ada tu siap berhenti tanya kat org yang bawa Nachos ni beli kat mana.

Begitu juga saya.
Terpengaruh punya pasal.
Bagus bagus? Guerilla Marketing menjadi!
Siap tanya adik yang beli Nachos tu beli kat mana.
Lepas saya tahu tempat tu, cepat2 saya pergi tempat Nachos ni dijual.
Makkk aiii...beratur panjang hokey nak beli Nachos ni.

Saya siap tanya lagi "How to pronounce it"..
Hahaha..budget mat salleh lah sangat siap tanya dalam english.

Oh ya harga pun boleh tahan.
RM 11 untuk sebekas macam ni.

Tapi Nachos tu apa?
Nachos ni bahan utama adalah Kerepek Tortilla, dimakan dengan keju cair atasnya.
Tapi yang saya makan ni telah diinovasi ada daging cincang bagai pula.
Rasanya ada rasa paprika dan masala. Hurmmm memang sedap.
Walaupun daging cincang panas2 diletakkan atas tortilla ni, kerepek tu tak lemau. Still rangup lagi.
Boleh tahan sedap juga rasanya. Sekali sekala makan nak rasa boleh lah.



Tuesday, September 23, 2014

Toing Toing Toing..Pandainya Ayyunie lari dalam guni!

Ya ampunnnnnn..
Pagi tu kami bangun lewat..
Gara2 malamnya baru tiba dari KLIA2 jam 1 pagi.

Sepatutnya kena berkumpul dipadang jam 7:30 pagi. Tapi gara2 terlambat sikit, jam 8:15 baru kami sampai. Mujur acara masih belum bermula. Tapi masing2 dah duduk dalam kumpulan masing2 bersama guru pengiring.




Happy nya lah Ayyunie. Selagi tak ke sukaneka ni, selagi tu lah mulutnya tak habis2 mengingatkan kami tarikh 14hb ni sempena sukaneka sekolahnya.


Beratur dalam group masing2.


Lagu "Negaraku" dinyanyi beramai-ramai.

Acara perbarisan dilakukan.


Acara sukaneka dimulakan.


Masing2 masuk dalam khemah
masing2 mengikut warna
kumpulan.


Ceria yang amat muka Ayyunie walhal penat tu. Tak cukup tido dan rehat.


Tak sangka Ayyunie pandai lari sambil lompat dalam guni. Walhal kat rumah tak permah praktis pun..


Caiyok caiyok!


Ibu yang sebenarnya terlebih cuak takut Ayyunie terjatuh atau tersembam.


Walhal Ayyunie dan kawan2 dia steady je.


Kawan ayyunie ni kecik je, tapi semangat dia kuat..


caiyok caiyok Ayyunie!


Alhamdulillah, kumpulan Ayyunie dapat no 2. Yeayyyy!


Bergambar beramai2 dengan budak2 kelasnya.


Dengan bestfriend dia!



Dan berikut merupakan video yang sempat saya rekod masa Ayyunie lompat dalam guni. Sweet je tengok! Abaikan suara pom pom girl yang merdu itu ya. Hiks... Ibu bangga dengan Ayyunie dan kawan2.

P/s: Sudahnya balik rumah terus tidur. Jam 2 petang tidur, lepas maghrib baru bangun. Lepas mandi, dia nak sambung tidur lagi. Huhuhu.. Penat sangat lah tuh!


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::









Monday, September 22, 2014

Menang awesome modern Toshiba Rice Cooker dari Tumix Malaysia

Alhamdulillah..
Rezeki bulan Anniversary tahun ini.
Sekali sekala join contest, menang hadiah siapa tak happy kan.


Jumaat lepas, keputusan diumumkan.
Menang tempat ke-9
Banyak hadiah untuk contest Tumix Malaysia ni.
Kebanyakannya barang2 elektrik rumah..
Tapi hadiah utamanya sungguh lumayan.
Belum sampai masa saya lagi nak menang wang tunai RM100K, RM50K dan RM20K.


3 gambar dihantar.
Ni gambar 1


Ni gambar 2


Ni gambar 3.
Pemenang dipilih berdasarkan ekspresi WOW dan slogan kreatif.
Nampaknya belum betul2 WOW ekspresi kami ni.
Hiks.
Apa2 pun bersyukur dengan rezeki daripadaNya.

p/s: Kali kedua menang Modern Rice Cooker. Yang menang dulu memang saya guna sekarang, Macam2 boleh masak. Buat roti dan kek pun boleh. 


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Sunday, September 21, 2014

Malam Gala Usahawan Halfest 2014

Sambung cerita Halfest 2014 yang tertunda. 


Lepas sahaja booth masing2 ditutup jam 7 malam, para usahawan serta partnernya dijemput untuk ke Malam Gala Usahawan Halfest 2014. Borang kehadiran telah siap diisi 2 hari sebelum tu. Siap ada karpet merah lagi untuk menyambut ketibaan VVIP. 


Majlis diadakan sehari sebelum Halfest 2014 berakhir.


Menu malam tersebut.


Sebelum acara berlangsung, ada lintas langsung dari Astro Awani kalau tak silap.


Ucapan oleh para VVIP. Boleh tahan lama sorang2 punya ucapan. Para usahawan dan tetamu kat belakang ni masing2 dah nampak lesu dan kelaparan. Ya lah seharian di booth kan. 


Ucapan lagi!


Dan jam 9 lebih baru boleh makan. Dimulakan dengan appetizer dulu.


Sambil makan sambil dihiburkan oleh nyanyian arab dan persembahan.


Then baru boleh makan menu utama. Lama betul nak buka penutupnya oleh waiters. Masing2 kat meja dah tak sabar nak makan.


Saya ambil ini je!

Then sambil makan, ada juga anugerah untuk usahawan-usahawan Halfest 2014. Tak silap dalam 5-6 kategori juga. 

Then habis je makan, cepat2 saya dan ayah damia balik. Tak sempat tunggu dessert sampai dan tgk artis Amy Search buat persembahan. Dah nak jam 10 malam. Kesian kat anak2 dan staffs yang tunggu kami. Ya lah, kami suruh mereka gi makan2 dan shopping2 dulu. Tapi jam 10 malam kan The Mines dah tutup. Tu yang cepat2 kami nak balik. Sampai2 kereta tgk mereka baru je tunggu dalam kereta. 

Insyallah semoga kami bertemu lagi Halfest 2015 pada Oktober Tahun hadapan. Semoga Allah memberi skrip yang baik2 untuk kami serta keluarga dan staffs kami.








Saturday, September 20, 2014

Done shooting & interview bersama Harian Metro

Semalam adalah hari yang penuh kekalutan, kesibukan dan macam-macam hal yang perlu diuruskan. Namun Alhamdulillah Allah permudahkan dan everything settled!


Agenda terakhir semalam adalah shooting dan sesi interview bersama Harian Metro. Kita tunggu featuring in newspaper ya nanti.


Btw sepatutnya akan keluar dalam Harian Metro selasa ni, tapi sebab kami lambat bagi feedback (last week kat luar Malaysia) so tak sempat kami nak follow up dengan wartawan tersebut. Sampaikan wartawan tu tulis kat pm fanpages "tak nak publisiti tak kisah". Ampun wahai wartawan yang budiman, masa tu betul2 kami tak boleh call you.


But alhamdulillah semalam semuanya berjalan dengan lancar. Tanpa wartawan dan publisiti, agak sukar juga untuk org luar mengenali produk dan perniagaan kita kan. Terima kasih para wartawan suratkhabar, majalah serta TV dan Radio yang pernah bekerjasama dengan kami.


Susun atur produk, gaya serta style kami ikut bulat-bulat apa yang photographer aturkan untuk kami walaupun semalam dalam tergopoh gapah juga. Memang kebetulan semalam banyak urusan yang perlu diselesaikan. Apa2 pun terima kasih kepada wartawan En. Sabran dan photographernya.




Friday, September 19, 2014

Selamat Menjalani Pembedahan

Alhamdulillah, mak mertua saya selamat menjalani pembedahan.

Walaupun balik Kelantan 2 hari sahaja dalam keadaan tergesa-gesa dan schedule kerja full, namun ibu bapa tetap diutamakan.

Semoga ibu mertua saya cepat sembuh! Dan semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna untuk kedua-dua mertua dan mak saya.


Hari pertama (selasa) sampai kelantan, terus ke Hospital HUSM untuk tgk ibu mertua saya. Ramai saudara mara yang datang menziarahinya.


Hari kedua (rabu) di Kelantan, cukup 8 anak-anak ibu mertua saya dihospital. Ada yang baru tiba dengan flight pagi tersebut. Gambar diatas beberapa jam sebelum masuk bilik pembedahan.


Ibu mertua saya yang get ready utk masuk bilik pembedahan. Sedih melihat ipar duai saya yang sebak melihat kesayuan diwajah ibu mertua saya.


Selepas 6 jam di bilik pembedahan. Alhamdulillah. Semua selesai. Mujurnya adik ipar dan biras saya adalah doktor. So sedikit banyak kami lebih faham akan proses pembedahan ini.

Syukur semuanya selesai dan selamat.

Semalam kami bertolak dari KB ke JB jam 11:30 pagi. Sampai JB lebih kurang jam 11:30 malam. Kami banyak berhenti sebab penat yang amat. Lagipun ayah damia pun penat. Non-stop driving start sebelum cuti sekolah lagi ke negeri tu, ke negeri ni. Kalau berehat pun kejap je tak betul2 menghayati erti REHAT.

Dan sekarang saya dan ayah damia tengah tunggu org Harian Metro utk shooting di Kilang CocoDamia lepas solat jumaat nanti. Kalau tak memang kami tak balik lagi dari Kelantan. Semoga semua urusan kerja kami dipermudahkan. 

P/s: Terima kasih kawan2 yang tag video/gambar saya keluar dalam dokumentari Islam di TV Al-Hijrah, 17/09/14, jam 10 malam. 2 kali slot CocoDamia keluar. Ada masa nanti saya upload video tu dalam blog ya.

Terima kasih Ya Allah.

Tuesday, September 16, 2014

CocoDamia dalam Sinar Harian 15/09/2014

Bersiaran dari Kelantan.

Baru ahad lepas sampai JB, pagi ni dah ada kat KB pula. Bertolak lepas maghrib semalam, berhenti kat beberapa pitstop dan Alhamdulillah pagi ini sampai di bumi kelantan.

Perjalanan yang tidak dirancang awal. Keputusan nak balik kelantan pun drastik dalam jam 10 pagi semalam buat keputusan. Balik kelantan kerana mak mertua saya masuk wad dan esok (rabu) akan dijalankan pembedahan. Sebab tu tergesa-gesa balik.

Semoga semuanya esok berjalan dengan lancar.


Semalam cerita CocoDamia masuk paper lagi. Kali ini kali kedua masuk paper Sinar Harian. Terima kasih kepada wartawan dan Sinar Harian kerana memberi peluang kepada CocoDamia untuk lebih publisiti. Saya dan team CocoDamia yang lain amat suka akan artikel kali ini. Ringkas tetapi padat! Sesi interview telah diadakan ketika saya di Halfest 2014 2 minggu lepas.

Lebih dari 700 usahawan yang berkampung di Halfest 2014. Namun Allah telah menghantar wartawan Sinar Harian kepada CocoDamia untuk antara yang terpilih masuk suratkhabar. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini. Sememangnya rezeki itu milik dan rahsia Allah.

Ikhlas! Saya tak tahu pun yang cerita CocoDamia akan keluar paper semalam. Namun ramai rakan2 sekolah, customer dan kenalan yang telah whatapps dan tag saya di FB. Terima kasih kalian semua kerana mengingati saya dan CocoDamia. Semoga kita semua diberkati dan dilimpahi kurniaan daripadaNya.

Impak dari Sinar Harian semalam, jujur saya katakan pertambahan untuk ejen dan stokis memang luar biasa. Kebanyakannya dari prospek dan pengunjung Halfest 2014 itu sendiri. Syukur aura positif di Halfest 2014 menjadi-jadi.

Kepada yang berminat untuk menjadi ejen atau stokis, boleh hubungi/sms 010-6468383. Insyallah yang banyak kita kongsi, yang sikit kita agih-agihkan.

Wassalam.

Monday, September 15, 2014

Stop dreaming! Snap back into reality!


The sea, sun, sand and sea breeze. There's no other words needed to explain the lovely feeling.

From the day 1 to the very last day, we smile all the way...

Ok! Ok! Ok!

Stop dreaming and snap back into reality!

Back to local time!
Back to busy life!
Back to normal work!

Alhamdulillah, segala perancangan kami berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah.


Walaupun semalam masih kepenatan yang amat sangat, but what to do? Seawal pagi semalam kami sekeluaga telah memberi semangat dan sokongan kepada Ayyunie untuk "Hari sukan dan sukaneka" tadikanya. Alhamdulillah, Kumpulan Ayyunie dapat no 2 dalam acara lari dalam guni. Macam tak percaya Ayyunie dan rakan2nya pandai melompat dengan guni. Hikss.


Balik je dari Sukaneka, masing2 terus berehat dan tidur. Kesian Ayyunie, sampai pening2 kepalanya akibat kepenatan. Ya lah malamnya jam 1 pagi sampai rumah, esoknya jam 7:30 pagi kena ke Sukaneka pula. Tu pun kami lambat setengah jam dah tuh. 

Lepas maghrib, kami ke Dataran untuk makan steambot. Memang saya malas betul nak masak akibat masih kepenatan. Lepas tu jalan2 di Art Festival JB. Tak ada pun kecuali live band. Tapi ramai juga orangnya. Then otw balik, Ayyunie bersungguh nak pakai henna kat tangan. Ni kali kedua dia pakai henna selepas kat Brunei haritu. Suka betul dia pakai Henna. Aleesya tak nak pula.

Then sampai rumah, kemas2 dan basuh2 baju yang berbakul2 tu.

Ok! Back to reality. No more dreaming bangun pagi relax-relax sambil2 ada therapist urut kaki dan face massage. 

Syukur dengan nikmat Allah.


Thursday, September 11, 2014

I'm off on vacation!


I'm on 10th Anniversary Vacation.
Please call me back later.
Thank you!


Wednesday, September 10, 2014

Video II Khai & Ayu 10th Anniversary



Happy 10th Anniversary!

10 years of togetherness,
10 years of happiness,
10 years of making dreams come true,
10 years of sharing,
10 years of trust,
10 beautiful years!

I still want to learn more about you, even though we've been together 10 years!

Love,
Sayang


Sedar tak sedar dah 10 tahun rupanya saya menjadi isteri Khairuddin Muhammad.
Kadang-kadang baru terasa macam semalam kami jadi suami isteri,
Kadang-kadang rasa dah lama sangat kami jadi suami isteri,
Apatah lagi pabila kami sama-sama throwback semula susah senang jatuh bangun dari zero hingga ke saat ini.
Yang pasti sepanjang 10 tahun ini, saya hari-hari jatuh cinta dengan suami saya.
Walaupun kadang-kadang ada jua bermasam muka.
Namun semua itu sekejap sahaja.


Alhamdulillah, dapat hadiah 10th Anniversary pagi tadi.
Rupa2nya seawal pagi suami saya keluar dengan Aleesya (tak sekolah sebab cuti sempena UPSR), ingatkan terus ke kilang dan PUJB, rupa2nya pergi beli hadiah dulu.
Hurmmm, wangiiiiiiiiiiiii..
Dah lama tak dapat hadiah minyak wangi.


Terselit jua seutas jam tangan diatas minyak2 wangi itu.
Dah lama saya tak pakai jam, agak-agak 2 tahun kot, sebab dah 2 kali berturut-turut hilang kat masjid masa ambil air sembahyang. Terus malas nak pakai jam tangan.
Semoga kali ini jam tangan ini kekal utuh sehingga 10 tahun lagi.


Sekeping kad Anniversary menjadi teman kepada hadiah2 diatas.


Ni tulisan Aleesya.
Happy sebab 10 tahun saya jadi isteri, bukan sahaja dikurniakan seorang suami yang baik dan rajin serta penyabar, malah anak-anak yang bijak dan mendengar kata. Nakal tu biasalah budak2 kan.

Hari ini genap usia 10 tahun perkahwinan saya.
Dan extra lagi 5 tahun lebih bercinta di UTM dari mula2 first Degree sampai habis master.
Semoga Allah memberkati hubungan kami sekeluarga.
Semoga rezeki yang kami nikmati sekeluarga halal daripadaNya.

Abang, semoga kita dapat bertemu lagi di dalam jannah ya bang.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::