Wednesday, September 10, 2014

Video II Khai & Ayu 10th Anniversary



Happy 10th Anniversary!

10 years of togetherness,
10 years of happiness,
10 years of making dreams come true,
10 years of sharing,
10 years of trust,
10 beautiful years!

I still want to learn more about you, even though we've been together 10 years!

Love,
Sayang


Sedar tak sedar dah 10 tahun rupanya saya menjadi isteri Khairuddin Muhammad.
Kadang-kadang baru terasa macam semalam kami jadi suami isteri,
Kadang-kadang rasa dah lama sangat kami jadi suami isteri,
Apatah lagi pabila kami sama-sama throwback semula susah senang jatuh bangun dari zero hingga ke saat ini.
Yang pasti sepanjang 10 tahun ini, saya hari-hari jatuh cinta dengan suami saya.
Walaupun kadang-kadang ada jua bermasam muka.
Namun semua itu sekejap sahaja.


Alhamdulillah, dapat hadiah 10th Anniversary pagi tadi.
Rupa2nya seawal pagi suami saya keluar dengan Aleesya (tak sekolah sebab cuti sempena UPSR), ingatkan terus ke kilang dan PUJB, rupa2nya pergi beli hadiah dulu.
Hurmmm, wangiiiiiiiiiiiii..
Dah lama tak dapat hadiah minyak wangi.


Terselit jua seutas jam tangan diatas minyak2 wangi itu.
Dah lama saya tak pakai jam, agak-agak 2 tahun kot, sebab dah 2 kali berturut-turut hilang kat masjid masa ambil air sembahyang. Terus malas nak pakai jam tangan.
Semoga kali ini jam tangan ini kekal utuh sehingga 10 tahun lagi.


Sekeping kad Anniversary menjadi teman kepada hadiah2 diatas.


Ni tulisan Aleesya.
Happy sebab 10 tahun saya jadi isteri, bukan sahaja dikurniakan seorang suami yang baik dan rajin serta penyabar, malah anak-anak yang bijak dan mendengar kata. Nakal tu biasalah budak2 kan.

Hari ini genap usia 10 tahun perkahwinan saya.
Dan extra lagi 5 tahun lebih bercinta di UTM dari mula2 first Degree sampai habis master.
Semoga Allah memberkati hubungan kami sekeluarga.
Semoga rezeki yang kami nikmati sekeluarga halal daripadaNya.

Abang, semoga kita dapat bertemu lagi di dalam jannah ya bang.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments:

Post a Comment